RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 25 April 2012

TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI

Oleh:  WFAUZDIN NS



TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka.  Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara.  Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun. 

Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0?  Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'.  Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor.  Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan.  Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH.  Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih.  Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya.  Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?

Kami boleh beri jaminan selepas Himpunan BERSIH 3.0 nanti, DBKL tidak akan menjumpai hatta satu pun plastik kondom di kawasan berkenaan.  Berbanding jika sebelum ini dataran tersebut digunakan untuk tujuan konsert atau Jom Heboh, kami tiada jaminan seperti itu.  Semalam terdapat sekumpulan pemandu teksi yang sanggup menghantar peserta-peserta BERSIH nanti ke Stadium jika lokasi tersebut dipilih oleh BERSIH untuk berhimpun pada 28 April ini.  

Terima kasih banyaklah kepada pemandu-pemandu teksi yang `pemurah' itu.  Kami tidak mahu menyusahkan kamu yang kebanyakannya sudah sememangnya susah melainkan tokeh-tokeh kamu yang memiliki permit/AP teksi sahaja yang kaya raya.  Rakyat yang bakal berhimpun sudah biasa berjalan kaki dan datang sendiri, bukan seperti lembu-lembu yang sudah terbiasa dengan pengangkutan dan makan percuma setiap kali menyambut pemimpin lembu datang.  Bahkan,lebih hebat lagi lembu yang berada di dalam kondo sekarang.

Dataran Merdeka adalah tempat terbaik buat BERSIH.  Memperjuangkan kemerdekaan demokrasi harus bermula di Dataran Merdeka.  Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka atau sebagainya jangan diganggu rumput di padang berkenaan.  Sewaktu Najib mengumpulkan para belia dahulu, Najib pun tidak gunakan Stadium, beliau mengumpulkan mereka di Putarajaya.  Jadi, tidak timbul masalah lokasi asalkan perhimpunan itu aman dan terkawal.  

Muktamadnya di Dataran Merdeka.  Jika BERSIH mengubahnya ke stadium, aku pun malas mahu masuk stadium kecuali BERSIH mahu adakan perlawanan Bola Sepak persahabatan di situ./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. DBKL DAH JADI LEBIH UMNO-APCO-BN PULAK ! DBKL JANGANLAH JADI LEMBU PAWAH DIPERALAT PENGHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA YANG MAHU MALAYSIA DITADBIR ALA ZIMBABWE !

    BalasPadam
    Balasan
    1. tetap di DATARAN MERDEKA...apa nak jadi jadi laa. kalau dok ikut ketua penyangak DBKL tu sampai bila pun kita jadi buduh macam dia.....nak tunjuk kuat bodek pun tengokla situasi semasa.dia tak tau ka amnobn dah nak hancur...apala punya bodo DBKL

      Padam
    2. ketua penyangak DBKL Menjalankan tugas sebaik mungkin sama macam ketua DB KELANTAN DAN JUGA PENANG..MEREKA ADA HATI DAN PERASSAAN..

      korang suka kah org berdemo di kelantan ramai2...beriuh rendah di BANDAR PENANGGG

      SUKA KAH ?? SILA JAWAB DGN LUHUR.. (BUKAN BERNADA POLITIK)

      Padam
  2. DBKL kata kalau ada joget lambak, kalau ada tarian bogel, kalau ada bunga api boleh la...
    Ini....nak dengar ceramah...boring laaaaa...

    Ini arahan "Raja Bersiug" tau

    BalasPadam
  3. db selangor tak BoNgok ...maka sila buat dekat selangor

    BalasPadam
  4. STUDENT ...WAJAH ANDA AKAN DIPERHATI... MANA SATU MUKA BONGOK2 MELAYU...SEDAR DGN GRED2 cukup makan masa SPM patut2 yg layak masuk u sikit saja....

    tp kenapa anda berada di menara gading??? itu BN yg tak kenal anak bn ka anak pas ka... dari dolo sampai sekarang itm...tuuuu CONTOH TERBAIK MAT SABU SENDIRI X ITM.. ADAM ADLI...DAN RAMAI LAGI YG KINI DODOK DLM PAS DAN PKR..DAN PULUH2 kawan2 aku sendiri...

    BalasPadam
  5. trima hakikat dgn politikal dap 3parti ni nak tuntut merdeka dr british..chance utk jadi Singpork upto 75%... 75% tu kira rendah ...dgn anggapan singpork dah kuar..

    so pikir2 dgn hati yg luhur...jasa umno pada anda2 melayu sekalian...sila jgn nafikan...

    so tidak layak utk sebut 'merdeka'!!!!!

    ..stepback to selangorr sambil2 boleh bersihkan sampah skali..tunjuk rela buat kerja2 tu demi rakyat..

    terus terang ckp pas pkr hanya pikir nak berkuasa...nasib anak bangsa agama sndiri xmasuk calculation sama sekaliii..

    berpikirlah 'diatas' politik..bukan politik atau tempurung politik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau sepatut berceramah pasal kuasa dgn BN. 50 perintah, habis semua dikaut.

      Padam
  6. Pas kalau nak semata2 nak kuasa dah lama bungkus la bodoh. Semenjak merdeka brp kali Pas memerintah Msia? TIDAK PERNAH la bodoh. Hanya semangat, iltizam dan tanggungjawab sahaja yang menyebabkan mereka kekal sehingga ke hari ini. Seperti solat, ramai orang yang dulunya solat tp bila dah senang sikit, tinggal solat. Kerana apa? Sebab dia dia x tahu pasal apa dia solat. Aku harap kau faham. Setiap yang dilakukan kerana Allah, biasanya akan disusuli dgn semangat istiqamah. Jika tidak, pasti ada perasaan putus asa.

    BalasPadam
  7. Itulah sbb Allah x izinkan... Allah syg org islam sini... jika dibanding dgn Yahudi terlalu bangga sgn bijaknya mereka...melayu mmg agak bodoh (trimala hakikat yg pedih ini)... tp jgn lupa pd pandangan Allah berbeza!! terbalik pandangan pd Yahudi!!!

    itulah sbb Yahudi jatuh 'kaum yg dimurka!!..''

    aku tak heran jika Melayu adalah kaum yg Allah sygkan...

    InysAllah Allah akan selamatkan kita (termasuk ko dan keluarga ko juga)..dari tgn2 jahanam DAP.. '

    JIKA NAK MEMAJUKAN LAGI GERAKAN ISLAM SILA KAN ...TP JGN MENGHANCURKAN DIRI DGN MEMBIAR MUSUH SENDIRI JADI LEBIH BERKUASA DI TANAH AIR SENDIRI

    X-pas (barub3 thn)...bukan katak..tp insaf..

    BalasPadam
  8. MAK DATOK AHLI PAKATAN SENDIRI SUDAH MENGAMUK..AHLI DAP PULAK TU.. (kalu dia hassan ali dah kena buang parti sendiri dah..)

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/04/seorang-pemimpin-pakatan-mula-bercakap.html

    BalasPadam
  9. Aku akan masuk Umno kalau korang tunjuk satu je pemimpin DAP yg rampas tanah rezab Melayu atau jual Pulau kat Singapore atau pemimpin DAP guna duit kasi kat family dia bela lembu kmudian buat kondo atau DAP hapuskan tulisan Jawi atau DAP yg rampas royalti minyak kat Kelantan dan Tganu yg negeri itu adalah negeri Melayu atau DAP yg tulis Banner kata kat Raja "NATANG" atau DAP yang buat rumah jutaan ringgit bila jadi MB atau DAP yang guna duit KWSP kasi kat felda atau DAP yang lupuskan hutang Tajuddin Ramli RM500 Juta..atau..atau...tak larat nk tulis plak...jawab le lembu Umno..hihi

    BalasPadam