RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 8 Disember 2009

Apa motif Mahfuz ajar Nik Aziz

08 Dec 2009

APAKAH masalah dalam Pas yang dikatakan sudah reda dan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah dilihat stabil sehari dua ini sebenarnya cerita saja sedangkan hakikatnya bukan begitu. Bahawa acara himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz di perkarangan pejabat Pas Jumaat lalu yang dihadiri ribuan hanya sebuah sandiwara saja tetapi bukan menggambarkan hakikat kedudukan MB itu sudah stabil?

Saya mempersoalkan ini ekoran membaca kenyataan oleh Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang meminta agar Nik Aziz bertindak segera memastikan menantunya, Ariffahmi Abd Rahman supaya segera melepaskan jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di PMBK.

Mahfuz membuat gesaan itu dalam sidang akhbar di Parlimen pagi ini.

Saya mencari di manakah rasionalnya Mahfuz membuat gesaan berkenaan. Seolah-olah Naib Presiden Pas ini ada masalah dengan Ariffahmi. Beliau juga seakan-akan tidak memahami kenyataan Ariffahmi beberapa hari lalu dan jahil mengenai prosuder dan tatacara badan berkanun.

Kenapa harus dimusykilkan lagi, menantu Nik Aziz itu sudah membuat pengakuan akan melepaskan jawatan itu pada Mac depan. Notis untuk berhenti sudah pun diserahkan. Sepatutnya semua pihak berpuas hati dan tunggulah tiga bulan lagi.

Menurut Ariffahmi tindakan beliau itu mengikut prosuder di mana tatacara badan berkanun dan korporat memerlukan notis 90 hari sebelum melepaskan jawatan. Apakah Mahfuz tidak mendapat nasihat benar mengenai hal ini dan membuat gesaan itu kerana berlandaskan sentimen atau kerana ada orang yang meludah ke dalam mulutnya?

Dalam pada itu apa mendukacitakan lagi, Mahfuz juga meminta Nik Aziz mendapatkan nasihat dari penasihat PMBK supaya menentukan apakah Ariffahmi dapat menjalakan tugas-tugas berhubung kewangan dan projek setelah notis berhenti diberikan. Gesaan Mahfuz kepada Nik Aziz itu satu penghinaan dan merendah-rendahkan keupayaan MB berkenaan.

Cara Mahfuz mengarah Nik Aziz secara terbuka ini juga menimbulkan persoalan dan seolah-olah Mahfuz mahu menekan Nik Aziz. Apakah tindakan Mahfuz ini ada motif tersendiri ataupun dibuat kerana kelemahannya berhubung pentadbiran terutamanya berhubung badan berkanun?

Kenyataan Mahfuz itu mungkin dilihat ringan tetapi kalau dihalusi ia memberi implikasi kepada Pas. Cara Mahfuz itu membuka satu lagi ruang kepada musuh Pas untuk menyerang Nik Aziz. Sudah pasti esok atau lusa wartawan akan menyerbu Nik Aziz bertanyakan hal demikian. Apakah ini sudah dipelankan untuk menyerabutkan pemikiran Nik Aziz bagi mencapai matlamat yang lebih besar?

Demikian juga kalau dilihat dari segi kewajaran, apakah wajar pemimpin tertinggi Pas membuat gesaan kepada pemimpin tertinggi lain secara terbuka?

Kalau Mahfuz mempunyai hujah dan pandangan tersendiri elok kalau beliau berjumpa dengan Nik Aziz dan memaklumkan kepadanya bukannya dengan membuat kenyataan terbuka menerusi media massa yang sudah pasti akan dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin sikap yang diambil atau pendekatan digunapakai seorang lagi Naib Presiden, Sallahuddin Ayub boleh dicontohi. Sallahuddin selalu mengunjungi Nik Aziz sekiranya beliau ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada Mursyidul Am itu dan bukannya ghairah membuat kenyataan akhbar. Seharusnya sikap Sallahuddin itulah ditiru Mahfuz dan pemimpin lain.

Kerana melihat tindakan ini tidak rasional dan tidak bijaksana menyebabkan saya rasa Mahfuz ada motif tertentu kenapa beliau berbuat tindakan demikian. Mungkin juga beliau telah mendapat maklumat yang salah berhubung tindak tanduk menantu Nik Aziz itu pada masa ini. Adalah dangkal sebagai seorang pemimpin kalau bercakap berdasarkan apa yang disuruh dan diajar saja tanpa berfikir dan mendapat fakta-fakta lengkap.

Cara Mahfuz itu bukan saja tidak menghormati Mursydul Am itu tetapi menghina kemampuan Menteri Besar Kelantan itu yang sebelum ini menegaskan beliau mendapat nasihat yang betul daripada penasihat-penasihatnya dalam melantik Ariffahmi.

Ketika membalas pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung perlantikan Ariffahmi, Nik Aziz menolak andaian Abdul Hadi itu sambil menegaskan para penasihatnya tidak salah dan telah memberi nasihat yang betul.

Jika pengakuan dan kata-kata Nik Aziz itu boleh dipegang ini bermakna kesalahan dan implikasi di sebalik perlantikan Ariffahmi itu seharusnya dipikul sama oleh penasihat bijak laksana yang dimaksudkan Nik Aziz itu. Kesilapan melantik Ariffahmi itu bukan saja diletakkan atas bahu Nik Aziz tetapi bahu sang penasihat juga. Malangnya sehingga hari ini para penasihat 'otak puyuh' itu tidak pernah tampil menyatakan tanggungjawab mereka.

Sudah pasti dengan kenyataan dikeluarkan Mahfuz itu ia membuka semula bekah di PMBK yang dijahit beberapa minggu lalu. Dan saya percaya Pas Kelantan kurang minat dengan cara mahfuz yang dilihat sebagai mencampuri urusan kerajaan Kelantan. Eloklah kalau Mahfuz lebih memberi tumpuan untuk membersihkan Kedah yang kini dikatakan penuh dengan sampah sarap./msomelayu.blogspot.com


Cara Mahfuz timbulkan persoalan...

5 ulasan:

  1. Ade udang sebalik mi goreng ke...

    BalasPadam
  2. Pening2 kepala aku tgok depa ni. Baru jer menang sikit da buat hal pulak. Dulu aku undi depa sbb ingat kan boleh la urus kan negara dgn aman dan tenang.. tut2 urusan parti pun tak leh settle. Org kata JUBUR la klu mcm ni perangai nak urus kan negara. Buat aper nanti perut aku masuk angin pulak klu bagi undi kat depa ni lagi. Tunggu la...sekali lagi PRU..aku akan kempen kat member2 aku agar jgn sekali bagi undi kat PR..biar padan muka. Memang dasar tak mengenang budi rakyat. Kamu ingat kami ni bodoh ka....termakan dgn ceramah kau org lagi. Klu tak caya..tgok la nanti...

    BalasPadam
  3. Jangan Salahkan Mahfuz 100%, mungkin niatnya bagus tapi dia ada masaalah pengetahuan dalam prosedur, beliaupun dah lama x dapat microphone, ini lah masa nya nak highlightkan diri dengan memanaskan semula isu yg dah nak suam2. Statement di bawah ni elok lah dibaca, saya setuju sangat :

    Tindakan YB Mahfuz Omar yang membuat kenyataan terbuka agar menantu Menteri Besar Kelantan, TGNA meletakkan jawatan segera sebagai satu tindakan bodoh peribadi yang membuka pekung di dada bahawa YB Mahfuz ni tak faham tatacara dan prosedur penjawat awam.


    Memang betoila sejak dari dulu lagi aku selalu kata bahawa ramai pemimpin PAS ni hanya pandai jaga parti, tapi tak pandai dan tak reti untuk menjtadbir negeri dan kerajaan. Sebagai pegawai kerajaan, proses perletakkan jawatan bukan boleh dibuat serta-merta. Ia ada prosedur yang perlu diambilkira dan dipatuhi. Perlu menulis surat dan menunggu tempoh kelulusan meletakkan jawatan tersebut.


    Tindakan Ariffahmi adalah betul. Aku adalah kakitangan kerajaan dan aku faham apa yang dibuat oleh Ariffahmi. Cuma yang tak faham adalah Mahfuz Omar. paling bodoh YB ni masih dok gila microfon reporter. Suka buat kenyataan yang memakan diri. Sepatutnya tak perlu layan Astro Awani. Sejak dulu lagi aku tak berapa berkenan dengan Mahfuz ni. Dia adalah bekas Penjaga Stor, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Terlibat dengan PAS kerana semangat dan jiwa yang kuat memperjuangkan Islam.


    Dalam soal-soal pentadbiran dan prosedur perkhidmatan dia kena tau jugak. Kalau taktau janganlah dok buat statement membuta tuli kerana ia akan memakan diri dan merugikan Pakatan Rakyat. Mahfuz ni hanya tau pasai pengurusan parti saja dan pandai cakap dalam Parlimen...tapi kadang-kadang dia cakap tanpa data dan bukti sahih. Seronok dok bertengkag dalam parlimen saja. Padahal di luar tak tera mana pun. Kawasan dia sendiri pun tak terurus.


    Kalau setakat mai jengok muka bila ada mati dan kenduri, lebih baik takpayah mai. Yang tu kerja Penghulu dan JKK saja. Kerja Yang Berhormat ni perlu sistematik. Kena ada data dan statistik penduduk dalam parlimen. Perlu ada data dan statistiki kampung dan lokaliti. Perlu ada bancian masalah rakyat. Perlu ada pengurusan membantgu rakyat melalui agensi kerajaan negeri dan permohonan kepada agensi Kerajaan Pusat.


    Perlu ada tindakan dan laporan bertulis. Perlu ada perjumpaan bulanan setiap lokaliti dan mukim bagi bertemu dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Perkara ni tidak berlaku secara sistematik. Kalau setakat jengok muka bila balik sekali sekala, itu belum cukup digelar Yang Berhormat. Kalau setakat dok jerkah dan tunjuk hebat di Parlimen, itu belum tentu ada jaminan bahawa rakyat dalam Parlimen anda akan terbela dan terjaga.


    Oleh itu, eloklah belajar cara-cara pengurusan dan pentadbiran agar tahu sikit selok belok prosedur pengurusan. Jangan main hentam saja dan jangan suka sangat bercakap tak tentu hala bila wartawan hulog microfon. Semua tu perangkap yang banyak merugikan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  4. Tunggu saja bulan 3 sbb :

    Arif Fahmi blum sempat lg nk lulus tanah pd Tamrin Ghafar seluas 10,000ekar d kelantan.

    Arif Fahmi blum dapat % dr SensaTimur kontraktor Bazaar Tok Guru.

    Arif Fahmi blum siap Kelantan Fest bulan Mac 2010. Nati dapat RM,RM,RM dia blah laaaa....

    BalasPadam
  5. Mslh sampah di Kedah dah selesai.harap maklum.
    biar la mahfuz nk popular skit..lg pn benda dh dia ckp..

    BalasPadam