RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 8 Disember 2009

MAHATHIR CABAR NAZRI KELUAR DARI UMNO

Nazri perlu keluar UMNO: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz digesa meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nazri menuduh saya sebagai ‘racist betul’ kerana saya mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa yang sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus BTNbersifat perkauman,” katanya.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum melayu sahaja.

“Saya cadangkan agar beliau keluar daripada UMNO untuk membuktikan yang beliau anti perkauman.

“Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang melayu,” katanya di sini hari ini./Sinar

5 ulasan:

  1. kenapalah pimpinan2 tinggi PAS kita jarang sangat nak serang UBN. asyik nak cerita pasal kawan kawan sendiri aje. Isu cukup banyak kalau nak serang.

    BalasPadam
  2. Kucing dengan anjing umno dah bergaduh ..baguslah tu. Nazri ni memang kaki ampu keparat.

    BalasPadam
  3. Nazri dan Mahathir sama saja... 2x5.. sama2
    bersifat racist. Nazri ketika berada dlm
    kabinet Mahathir dulu pun, apa yg Mahathir
    lakukan sentiasa jadi yes men, tapi apabila
    Mahathir dah tiada, apa yg Mahathir buat semua
    nya tak betul, begitulah jugak dgn Mahathir..
    Kedua2nya tak bolih dipakai, masins2 ada
    kepentingan diri..

    BalasPadam
  4. so....betullah UMNO tu bersifat perkauman, so slogan 1 malaysia cuma retorik...ha haha...madey yg bukan melayu telah cuba menjadi batu api melaga-lagakan perbagai kaum di Malaysia. tipu dek DKK je le org UMNO(melayu subsidi)

    BalasPadam
  5. Ha ... kan dah nampak UMNO. Dah padan lah mika berdua tu. Ampu sana, ampu sini. Zaman MahaFIRAUN memerintah, bagaimana Nazri? Sekarang di mana Nazri? Sudah laaa .... Kerusi mau jaga beb ... Sendili mau ingat ... Allah Memerhatikan Kita ...

    BalasPadam