RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 19 Ogos 2010

PAS SELANGOR PERLU LEBIH BIJAK

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU kuota Bumiputera dipentaskan semula oleh MCA dan Umno. Sewajarnya PAS tidak turut menawarkan diri di dalam pentas sandiwara mereka. Apabila saya membaca kenyataan PAS Selangor di sini, saya sedikit terkilan dengan pendekatan PAS Selangor. Samada pendekatan itu dipersetujui oleh PAS Selangor atau tidak, Wallahu Aklam.

Sebenarnya semua telah maklum termasuk rakan di dalam PR sendiri bahawa PAS sejak dari dahulu lagi menyanjung keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Begitu juga dengan PKR dan DAP, yang kesemua parti di dalam PR ini telah pun Justify Fullmenandatangani pengistiharan bahawa Perlembagaan tetap dipertahankan. Oleh yang demikian, tidak bijak jika kita di dalam PR melatah dengan sandiwara yang dimainkan oleh Umno, MCA mahupun PERKASA. Biarkan sahaja mereka `bersilat pengantin' yang setiap pukulan silat pengantin tidak akan mengenai sesiapa pun.

Saya cukup teruja apabila KM P.Pinang Lim Guan Eng yang mahukan DAP tutup mulut dari mencampuri urusan MCA, Umno dan PERKASA. Lim Guan Eng menyedari itu semua adalah helah mereka untuk memerangkap kita di dalam PR. Usaha Umno terutamanya ingin menyeret PAS agar dilihat `ekstrim' terhadap ketuanan Melayu boleh menyebabkan PAS akan hilang identiti sebagai Parti Islam yang berjuang untuk semua. "PAS For All' adalah slogan yang amat ditakuti oleh Umno dan parti komponennya.

Malangnya, PAS Selangor mungkin alpa dengan tipu muslihat mereka. Kenyataan PAS Selangor yang melenting tidak tentu pasal mungkin melegakan Umno dan MCA selaku pelakun utama drama ini. Adalah diharapkan selepas ini PAS Selangor lebih bijak di dalam mengatur gerak kerja dan strategi mereka. Orang-orang Melayu kini mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka dan kaum-kaum lain juga tidak lagi sangsi dengan PAS.

Justeru itu, usah dimusnahkan apa yang telah kita bina di dalam PR. Kawal diri dan percakapan kita agar kita tidak dilihat seperti adik beradik atau suku sakat Umno yang keterlaluan itu. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Muktamar akan datang CAMPAKKAN saja pemimpin yang sedia ada ni. Mereka ni semuanya berjiwa umno yang suka mencantas dan mengampu. Perwakilan muktamar perlu lebih bijak dari pemimpin-pemimpin BODOH yang mereka telah tersalah pilih sebelum ni. Jangan jadi 2x bodoh. Cukuplah perwakilan muktamar melakukan SEKALI kesiapan. Jangan buat kesilapan kali kedua. Selamatkan PAS dari pemimpin ala-ala umno ni.

    BalasPadam
  2. TAHNIAH TUAN !!! kenyataan yang amat ditunggu. Ini baru betul.

    BalasPadam