Pertelingkahan dan pergolakan dalam Umno semakin membarah ketika pemimpin-pemimpin mereka cuba memainkan lagu perpaduan. Di Terangganu Dato Hishamudin selaku pengerusi perhubungannya pening kepala dengan karenah kumpulan Mat Said dan Idris Jusoh. Walaupun telah dilantik menjadi kapten kapal, Hishamudin berkecamuk kerana di Terangganu Umno mempunyai dua tekong yang tak sehaluan.
Dalam masa yang sama Hishamudin berperang mulut dengan direktor filem yang kini menerajui MCA berhubung isu semangat BN yang masing-masing berperang mulut menunding jari di antara satu sama lain.
Di Alor Star Kedah, 11 AJK pemuda bahagian berkenaan meletak jawatan serentak kerana tidak berpuasa hati dengan pucuk pimpinan bahagian. Manakala akar umbi Umno di Bukit Bendera hari ini mengugut untuk menyertai persatuan lompat melompat yang dipelopori Dato Ibrahim Ali kerana tidak berpuas hati perjalanan mesyuarat bahagian Umno baru-baru ini. Jumlahnya bukan sedikit dikhabarkan kira-kira 360 orang.
Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu di mana-mana Umno dan BN sedang bergolak. Pastinya presiden mereka yang baru balik bercuti untuk mencari ilham di Peranchis dan Itali pening lebih-lebih lagi tarikh pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir dan ketika sedang berkira-kira untuk mencari masa sesuai untuk membubarkan parlimen.
Maka dalam keadaan Umno sedang berkecamuk dan bergaduh sesama sendiri masih lagi dengan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong hendak mengajak Pas bekerjasama kononnya atas nama Melayu? Selesaikanlah masalah rumah tangga sendiri dulu.../Angkasanuri

jgn pulak nnt ada geng2 yg gian mikrofon dlm pas yg dok bela puak umno ni. itu yg aku cukup risau kalau depa berhujah nak tlg saudara seagama konon. poooraahhh... yahudi & munafik bkn saudara aku
BalasPadam