RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 17 Ogos 2010

SIAPA BENAR - KEADILAN ATAU FELDA ?

Panas: Skandal Felda Bangkrap Semakin Hangat,
Episod Saman Menyaman Kini Akhirnya Bermula

Nampaknya kemelut yang melanda Felda semakin panas dan mendebarkan sekarang ini. Setelah disaman RM200 juta oleh para peneroka di Felda Serting dekat Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan baru-baru ini. Maka, Felda seolah-olah menerima kejutan yang amat sangat.

Tambahan pula bagi manusia yang bernama Ahmad Maslan. Beliau merasa malu yang tidak terhingga akibat kegagalan mengotakan janji-janji manisnya untuk menyaman pihak yang mengatakan "Felda Bankrap". Maka akhirnya, tindakan saman itu dilakukan juga akhirnya. Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman RM200 juta terhadap enam pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar parti itu, Suara Keadilan, Jun lalu.

Saman itu difailkan melalui Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada pukul 3 petang semalam. Barulah kini nampak sikit taring si Ahmad Maslan selaku menteri yang diamanahkan menjaga hal ehwal Felda. Pertembungan berlaku, dan rakyat tertanya-tanya siapakah yang benar dan siapa pula yang membuat fitnah. Apapun, dalam kes Felda bankrap ini sememangnya umum sudah mengetahui bahawa begitulah hakikatnya. Malah, rata-rata peneroka Felda di seluruh negara lebih mengetahui hakikat sebenar tentang Felda itu sendiri sebenarnya.

Maka itu, tindakan saman yang dibuat oleh Felda ini sememangnya telah ditungu-tunggu oleh sebahagian besar dari peneroka terbabit. Mereka mahu melihat apakah bukti-bukti kukuh yang telah disediakan oleh pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Mereka juga tertunggu-tunggu apakah Felda berani berhadapan dengan kenyataan kiranya kes tersebut bermula di mahkamah nanti. Mereka gusar, Felda akhirnya terpaksa "menegakkan benang yang basah" dalam memastikan kemenangan itu. Nantikan sahaja prosiding kes ini bermula

[Tambah menarik, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) saudara Mazlan Aliman pula tlah menfailkan saman malu terhadap empat pihak bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM 20juta atas apa yang disifatkannya sebagai penahanan salah pada insiden di Felda Lembah Klau, Mac lalu. Saman yang telah difailkan pagi semalam telah menyebutkan empat pihak yang disaman ialah Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pegawai Polis, Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia. Peguam Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata ada asas berlaku penahanan yang salah dilakukan pihak terbabit keatas Mazlan yang boleh dicabar]./PahangDaily

1 ulasan:

  1. Mazlan aliman tu orang yang x mengenang budi..dulu mak ayah susah..felda jugak yang tolong..Ketua Pemuda PAS pun anak peneroka..tapi tak melatah macam mazlan aliman..fikirkANLAH MAZLAN ALIMAN..

    BalasPadam