RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAGI KOMEN TENTANG DOA UNTUK KM P.PINANG

Justify Full
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis tentang cerita di P.Pinang di mana dikatakan terdapat masjid di sana yang mendoakan KM P.Pinang, Lin Guan Eng di dalam Khutbah Jumaat baru-baru ini. Tulisan saya boleh dibaca di sini.

Beberapa komen yang menarik dari pengunjung blog saya boleh kita kongsikan bersama. Di antaranya seperti berikut:

Dari tazkirah Ustaz Sobri Arshad beberapa bulan dahulu, saya tahu ada doa sedemikian, malah digalakkan untuk berdoa agar orang-orang bukan Islam dapat beriman dengan Islam.

Kes Lim Guan Eng ini doa dipohon kepada Allah agar Lim Guan Eng diberikan hidayah untuk memimpin negeri Pulau Pinang dengan baik sebagaimana yang dibuat oleh Umar Abdul Aziz.

Malah saya juga ada mendoakan kepada Allah agar Lim Guan Eng dan keluarganya diberikan pemahaman dengan Islam dan beriman dengannya, rugi rasanya jika dia sekadar menjadi Abu Talib.

Malah saya amat berharap agar semua orang bukan Islam di Malaysia memahami Islam dan memeluk agama Islam semuanya dengan kehendak sendiri tanpa paksaan, dan semoga mereka lebih warak dan zuhud melebihi dari ahli-ahli UMNO yang ada kini.

Saya ingin mendoakan untuk orang UMNO juga, tetapi saya selalu terkilan dengan pemimpin kamu yang kufur menyebabkan saya selalunya terlupa dengan puak ni, dan terkadang terdoa kemusnahan UMNO kerana tindak tanduk kamu menentang Islam secara terbuka mahupun tertutup. Namun saya selalu mendoakan ahli UMNO diberikan hidayah untuk meninggalkan UMNO, jika tidak menganggotai mana-mana parti lain setidak-tidaknya tidak menyokong kezaliman UMNO.

baginda® berkata...

as i know...

mmg ada sebut dalam masjid nama LGE...

bunyik lebih kurang camni...

ya allah berikanlah hidayah kepada LGM KM Penang untuk masuk Islam...

pada UMNGOK yang bangang itu salah... sebab takde cina lam Melayu... melayiu Umno!

Baca semula: wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Merujuk kpd komen baginda di atas teringat akan doa Rasul saw memohon kpd Allah agar Islam di perkuatkan dgn salah satu dari dua "Omar"....

    Dua Omar tersebut ialah dua org yg sgt kuat memusuhi Islam waktu itu ....iaitu Omar Al Khattab dan Amru Bin Hisyam atau juga di kenali sebagai Abu Jahal.

    BalasPadam