RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 17 September 2015

BIJAK ATAU TIDAK SIKAP KEADILAN DAN AMANAH?

RAMAI yang bertanya mengapa seolah-olah KEADILAN mahu sangat kepada PAS untuk berada di dalam gabungan Pakatan 2.0?  Kita semua tahu hakikat bahawa sebaik-baik bala tentera untuk berdepan dengan musuh tentunya tentera yang digabungkan di antara darat, laut dan udara.  Serangan dari segenap penjuru pastinya lebih memberi kesan berbanding serangan yang tidak menentu dan kadangkala tersasar ke kubu rakan-rakan sendiri.  Ertinya, penyatuan itu penting jika serius mahu menjatuhkan rejim.

Aku melihat tawaran KEADILAN kepada Pas ini lebih kepada konteks tersebut.  Namun, KEADILAN juga sedar bahawa Pas tidak berminat langsung dengan Dap dan Amanah.  Ertikata lain, Pas yakin boleh jatuhkan rejim hanya dengan KEADILAN sahaja.  Sebaliknya KEADILAN tidak berfikiran begitu.  Dap juga sedar diri bahawa partinya telah dibuang oleh Pas di dalam muktmar yang lalu.  Walaupun sehingga kini kita tidak tahu status yang sah daripada AJK Pas Pusat untuk menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulamak Pas di dalam Muktamar yang lalu, dan diluluskan oleh MSU tetapi terhenti setakat itu.    Apa pun, hakikatnya Pas telah menolak Dap.

Amanah, sebuah parti yang baru dilancarkan semalam berpendirian sama seperti KEADILAN namun meletakkan syarat bahawa Pas mesti berubah sikap.  Amanah lebih faham sikap Pas sebelum ini terutamanya stail Hj Hadi selaku Presiden Pas.  Presiden Amanah, Mat Sabu adalah mantan Timbalan Presiden Pas.  Beliau lah yang sering dijadikan wakil oleh Hj Hadi di dalam banyak mesyuarat atau perjumpaan dengan pimpinan PR dulu.  Lihat seperti sekarang pun, Ustaz Tuan Ibrahim pula merasai apa yang Mat Sabu rasai.  Telah dua kali perjumpaan Pas dengan KEADILAN bagi membincangkan penyertaan Pas ke dalam Pakatan 2.0 yang mana Us Tuan Ibrahim dihantar mewakili Presiden.  Amanah tahu komitmen Hj Hadi, sebab itu tidak salah jika Amnah meletakkan syarat.

Bagaimana dengan Pas?  Meskipun Nik Abduh sebut memang Pas tidak boleh bersendirian dan ini juga diakui oleh Timb Mursyidul Am, iaitu MB Kelantan bahawa Pas berharap Dap sanggup berunding semula dengan Pas.  Ertinya, mereka sedar Pas tidak mampu bersendirian.  Tetapi berlainan dengan Hj Hadi.  Pas kuat dan mampu bersendirian.  Melihat kepada kelazimannya, aku yakin akhirnya semua akan wala' dengan Hj Hadi.

Oleh itu, jika Pas tidak bersama Pakatan 2.0, maka terlepaslah 'dosa' KEADILAN dan Amanah dari dituduh khianat kepada Pas.  Pas sendiri memilih untuk yakin bahawa partinya kuat dan mampu sendiri.  Ikut emosi, memanglah ramai yang mahu KEADILAN buat keputusan segera putus hubungan dengan Pas.  Namun, bila difikir jauh sedikit, ada bijaknya cara KEADILAN dan Amanah ini untuk melepaskan diri dari Pas.  Itu pun jika Pas ada maruahnya sendiri.


17 ulasan:

  1. walaupun apa alasanya aku ttp x suka Ulat Gonggok UG berada dlm pr2.0

    BalasPadam
  2. pd pndpt aku dsai fikir kewujudn amnah tiada nilai tmbh kpd pmbangkng...ahli amnh juga berasal dr pas jd tiada penmbhn kalu ada pun ciput sgt umpmn mlukut di tpi gntang

    BalasPadam
  3. parti Amanah ke parti pekerja..mana satu ni...peningggg..

    BalasPadam
  4. Memanglah Amanah tu parti kecil dan baru tubuh sudah semestiu memakan masa yang panjang utnutk kuat, berbanding dengan PAS yang penubuhannya sudh berpuluh tahun dan mempunyai penyokong yang ramai tetapi harus diingat PAS bolehlah dikatakan sudah saturated atau memasuki fasa beku yang sukar lagi untuk berkembang disebabkan pendekatan dan perangai sesetengah pemimpinnya. Jadi Amanah adalah satu pilihan jangka panjang yang dilihat mampu memecah kebekuan tersebut. Dalam PRU 14 jangan menaruh harapan besara terhadap gabungan PKR, DAP dan Amanah. Kalau dapat kekalkan Penang dan Selangor pun kira syukur.

    BalasPadam
  5. Status keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP tidak diragu-ragu lagi dari segi perlembagaan PAS. Ia adalah keputusan tertinggi yang apabila diluluskan secara otomatik menjadi dasar PAS yang kukuh.

    Kesahihan dasar itu tidak boleh dipertikai dan tidak memerlukan endorsement dari JKKP. Malah JKKP yang terikat untuk melaksanakannya tanpa apa-apa alasan. DAP pun paham kedudukan keputusan muktamar dari segi perlembagaan PAS tetapi malang semua pemimpin PAS yang baru terpilih masih xpaham perlembagaan sendiri. Ini namanya pemimpin yang buta kayu pasal perlembagaan parti sendiri. Jadi macamana nak memimpin?

    BalasPadam
  6. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ISLE-ISLE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Mencuri atau memancing wakil-wakil PAS bukan menjadi kesalahan, lagipun PAS dah otomatik keluar nak bersendirian. Orang non Muslim sebenarnya bukan nya anti Islam pun, cuma kita kena ingatlah . Jangan biar negara kita jadi macam ISIS atau Taliban. Asalnya PAS original dulu-dulu bukannya macam ni. Masalah bermula apabila PAS nak ikut revolusi macam di Iran tu. Itu ISIS dan Taliban ikut perangai Shiah sebenarnya. Takkanlah orang Malaysia ni tak tahu bertolak ansur kot. Apa salah jadi sederhana asal matlamat kita selamatkan negara dan jayakan negara berkebajikan bumi bertuah dicapai.

      Padam
  7. Semuga ALLAH melaknat pengkhianat ISLAM

    BalasPadam
  8. Kalau dilihat dandiamati PAS tidak akan.menjual.maruah menyertai Pakatan 0.2 Dalam PKR ada KJ dan.Mat Taib, dalam AMANAH ada Mat Sabu, ada barisan ex-Pas. Mana boleh. Tindakan PKR dan AMANAH adalah sebagai adab dan budibicara tidak.menolak terus PAS.
    Bukan semua ahli PAS pro Hadi..hanya tunggu masa dan.ketika je nak jump pegi AMANAH....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Allah kata hudud sesuai utk semua zaman.. PAS akur..

      Kalau DAP kata hudud x sesuai kerana berbilang kaum.. AMAH akur ??

      Padam
  9. Aku melihat AMANAH ni sbnrnya AMAH kpd DAP.. apa yg abg besar DAP buat semuanya akan dibetulkan oleh AMAH.. Mujurlah muktamar tolak puak yg sanggup jd AMAH DAP
    ni..

    BalasPadam
  10. Ramainya yang sakit hati.. kenapa nak jealous??

    BalasPadam
  11. Sebenarnya dari pembacaan politik saya.. PKR bukan lah nak bergabung sangat dengan pimpinan PAS yg bodoh sombong, suka maki orang dan ego x bertempat itu.. PKR hanya nak elakan penyokong akar umbi PAS yg agak ramai itu dari terus ditipu oleh pimpinan mereka.. kerana ini hanya menguntungkan Umno-BN.. Kita tahu penyokong akar umbi ini tidak berfikir secara rasional didalam berpolitik.. asal nampak saje macam Islam, pakai jubah terus sokong dan wala x bertempat.. walaupun itu hanyalah lakonan pimpinan PAS yang dah mula gelap mata dengan nikmat dunia..

    Marilah kita bersama selamatkan penyokong akar umbi yang ikhlas ini samada dari PAS atau Umno dari terus ditipu oleh pimpinan mereka..

    PKR memang bijak berpolitik.. mereka merapati kapal PAS yang dah nak karam sambil menyantuni dan mengambil hati penyokong akar umbi PAS dan pimpinan pertengahan PAS dengan ajakan kononnya untuk bersama didalam Pakatan Rakyat 2.0.. Tujuan PKR hanya nak memastikan ahli PAS terutama ahli akar umbi tidak berada terlalu jauh dari gerakan arus perdana menjatuhkan kerajaan zalim Umno-BN.. dan tidak mahu ahli-ahli PAS yang ikhlas diakar umbi disalah-gunakan untuk menyelamatkan Umno dan pimpinan PAS yang dah gelap mata akibat tawaran yang menarik dari Umno.

    Pakatan Rakyat 2.0 teruskan berjuang kami akan terus bersamamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini lah bezanya ahli PAS dengan kalian. Belajar lah sirah nabi ketika berhadapan dgn keadaan yg harus Tahaluf Siyasi .. jika syarat yg mengharuskannya byk yg dinodai, tidak wajar lagi diteruskan ...setidak-tidaknya TGHA dinobat oleh ulama dunia .. mestilah ada sandarannya ..

      Padam
  12. President yang sangat angkuh, bongkak dan takabur. Kalau dah disisih lalu keluar buat parti sendiri dimana khianatnya. Yg campur tangan berlebihan ( suruh org ikut dia ) hal perlantikan MB Selangor yg diberi kpd PKR, Nak boikot PRK Permatang Pauh kerana tak mahu DSWA atau keluar Anuar menjadi calun tu tak khianatkah? Tuduh org edar pil kuda tu tak khianatkah? Salah sendiri langsung tak Nampak.

    BalasPadam