RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 3 Jun 2013

"PENULIS KIASU" TIBA-TIBA PUJA PAS.....

ADUHAIII....Penulis "Kiasu" Ridhuan Tee.  Di dalam akhbar Sinar hari ini (03 Jun 13), "Penulis Kiasu" tersebut tiba-tiba memuji dan memuja PAS.  Siapa lupa bagaimana hebatnya "Penulis Kiasu" yang lebih Melayu dari Melayu berbangsa Tiong Hua ini mengutuk PAS sebelum PRU 13 yang lalu?  Mengapa hari ini si Pengampu mula memuji dan memuja PAS?  Tidak lain dan tidak bukan, mahu cari makan kerana mahu menulis apa jika tiada modal lagi?

Aku mahu jawab satu persatu hujah bodoh Sang Kiasu ini.  Pertama, dia sebut semenjak kebelakangan ini pemimpin PKR semakin kurang ajar dengan PAS.  Beliau mengambil contoh sikap Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah yang mendakwa Kerusi MB Selangor adalah milik PKR sewaktu isu pengisian jawatan MB Selangor baru-baru ini.  Hujah tersebut aku sokong, tetapi bukan mewakili PKR yang kurang ajar tetapi YB Zuraidah yang 'kurang ajar'.  Aku sendiri telah menulis mengkritik Ketua Wanita tersebut di dalam blog ini sebelum ini.  Ketua Pemuda PAS Selangor juga telah bangkit mengkritik sikap YB Zuraidah tanpa perlu menunggu Ridhuan Tee membuka mulut mengambil kesempatan.  Sekarang, Ridhuan Tee sudah ketinggalan bas.  Mengapa lembab sangat?

Hujah bengap beliau seterusnya adalah tentang perebutan kerusi yang bertindih di beberapa tempat di antara PAS dan PKR.  Isu ini pun Ridhuan Tee terlewat bas kerana isu ini menjadi topik panas di alam maya di antara ahli-ahli dan penyokong PAS serta PKR.  Masing-masing ada hujahnya tersendiri bagaimana berlakunya pertindihan kerusi.  Adakah dengan itu hubungan PAS dan PKR tergugat?  Jawapannya tidak kerana kami ahli-ahli PKR dan PAS sedia maklum kami bebas mengkritik sesama kami demi untuk melihat parti pujaan Penulis Kiasu terkubur.  Siapa tidak pernah mendengar Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dikritik?  Siapa tidak pernah mendengar Presiden PAS dikritik?  Inilah hebatnya kami.  Harapan Ridhuan Tee untuk melihat berlaku perpecahan di antara PAS dan PKR, kemudiannya PAS melutut dengan Umno samalah juga dengan harapan Ridhuan Tee untuk melihat dirinya berubah dari seorang Cina kepada Melayu.

Hujah Ridhuan Tee bahawa PAS meletakkan calon di Damansara kononnya atas alasan PAS tolak Sosialis ternyata hujah yang bangang.  Bagaimana pula di Dun Sg Acheh?  Siapa Sosialis di situ?  Chegu Bard?  Mengapa berlakunya pertindihan di situ?  Ini bermakna hujah tolak Sosialis bukan hujahnya, tetapi adalah kerana percaturan pimpinan yang tidak tepat dan lewat buat keputusan untuk menentukan calon.  Bukan masalah Kerusi tersebut asalnya Kerusi PAS yang mahu direbut oleh PKR kerana banyak Kerusi PKR pada asalnya milik parti tersebut diserahkan juga kepada rakan-rakan di dalam PR.  Contohnya di Bentong.  Parlimen Bentong PKR serahkan kepada DAP, bahkan di dalam Parlimen Bentong tiada satu pun Kerusi Dun diperolehi oleh PKR.  Adakah PKR Tamak?  Di Gelang Patah juga begitu, dan banyak berlaku di tempat lain.  Ini menunjukkan hujah Ridhuan Tee bahawa PKR tamak Kerusi satu hujah yang kebudak-budakan.

"Penulis Kiasu" ini mendakwa PAS silap 'bertahalluf Siyasi" dengan PKR dan DAP.  Hujahnya Tahalluf Siyasi tidak boleh berlaku dengan mereka yang menolak Islam.  Cuba sebutkan satu hujah DAP tolak Islam?  Adakah kerana DAP menentang hukum Hudud (atas faktor Perlembagaan) maka DAP tolak Islam?  Adakah sikap DAP menentang rasuah, kronisme, menentang ISA, menentang kezaliman, menyokong hak asasi manusia dan berbagai lagi kemungkaran Umno/Bn itu sebagai bukti DAP tolak Islam?  Jika di dalam 10 perkara yang dituntut oleh Islam, DAP hanya tentang satu perkara maka DAP tolak Islam?  Bagaimana pula dengan Umno sendiri?  Sudahlah Umno menentang Hukum Hudud, laksanakan pula amalan rasuah bahkan mengangkat pemimpin yang terang-terang rasuah.  Usah ditanya kepada MCA dan Gerakan.  Siapa tidak tahu apa yang Chua Soi Lek perkatakan tentang hukum Islam.  Ridhuan Tee dibutakan matanya untuk melihat semua ini.

Baru-baru ini, Lim Guan Eng selaku KM P.Pinang menubuhkan Jawatankuasa Anti Murtad.  Adakah ini bererti DAP anti Islam?  Lim Guan Eng tidak perlu menunggu Hassan Jati mahu pun Zul Kulum untuk beliau laksanakan usaha membenteras gejala murtad ini.  Biarlah Hassan Jati dan Zul Kulum menyalak siang malam bercakap pasal murtad, tetapi Lim Guan Eng lebih dahulu lakukan dari negeri-negeri di bawah Umno.  Anti Islam kah DAP?

Cukup-cukuplah Ridhuan Tee mahu memperlihatkan kebodohan beliau.  Jika mahu cari makan pun tolonglah malu sedikit dengan ilmu yang beliau ada walaupun terlalu sedikit tetapi carilah keberkatan.  


5 ulasan:

  1. ana pernah baca buku falsafah hidup.karangan guru Agama terkenal.indonesia HAMKA...

    dia kata umat islam.kena masuk.islam semula..fulstop...

    biasanya
    1. saintis masuk islam
    2.sains sosial masuk islam
    3.lain2 tp dpt petunjuk hidayah

    org.mcm ni iman dia lain mcm..

    riduanT.maybe tmasuk.salah satu diatas..

    bayangkan bgmana beliau disisiALLAH

    ana(saya ni) pun maybe xsetaraf dgn dia...

    boleh sentuh crita dia ...tp marilah tunjukan rasa hormat kita..

    BalasPadam
  2. mangkuk ni pengampu & pembodek tegar ! period!

    BalasPadam
  3. ymd,kita boleh hormat dgn org yg tau menghormati org lain.Tp klau semua penulisan bnyk menghina org, mcm mana kh kita nk menghormati dia?Negara kita dh melalui ber mcm tragedi,dr era penjajahan,darurat dn tagedi 13 Mei 1969.Apa perlu ny kita melalui keadaan yg dh jadi sejarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saza..cth mudah ana masih hormat
      dr harun din..walau apa dia kata

      contoh lain ismail kamus..

      setiap tulisan Rid T ana tabik..dia ada point..jauh sgtttttt dgn tulisan LKS tu..

      (R.T pernah terjemah balik tulisan cina LkS tu..dia je harapan kita utk tau hati budi LKStu..)

      kalau x ok xyah siarlah

      Padam
  4. CERITANYA SUNGGUH JELAS DAN SEGALA MASALAH JUGA TERUNGKAI. PERKARA YANG SANGAT MENGERIKAN BAKAL TIDAKKAN BERLAKU.

    BalasPadam