RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 7 Februari 2010

KES QAZAF TERTANGGUH, KERAJAAN BIMBANG - AMK

UMNO Bimbang Tuduhan Liwat Dirujuk ke Mahkamah Syariah

Apabila undang-undang Islam dikesampingkan, maka retorik Islamik yang dicanangkan Umno-BN terbukti omong kosong semata-mata.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Shamsul Iskandar Md Akin percaya berkata keenggan pemerintah tidak merujuk tuduhan Saiful Bukhari Azlan ke Mahkamah Syariah kerana khuatir keputusannya tidak akan memihak kepada kerajaan.

Malah setelah Ketua Umum PKR memfailkan tuntutan Qazaf keatas penuduh di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, campurtangan pemerintah memaksa ia ditangguh-tangguh bagi memberi keutamaan kepada mahkamah sivil.

“Ini adalah fitnah, ini merupakan konspirasi, dan kerajaan tidak berani untuk bawa kes ini ke mahkamah syariah, menangguh-nangguhkan kes di mahkamah syariah kerana mereka tahu kalau bawa kes ini ke mahkamah syariah, prosiding qazaf akan memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini akan memberikan kesan kepada mereka” ujar Shamsul.

Anwar memfailkan tuntutan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 9 Julai 2008 untuk membicarakan tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya.

Selepas dua tahun tertunda, Anwar sekali lagi memfailkan tuntutan meminta pendakwaraya menyegerakan pendakwaan keatas penuduh.

Hakim Syariah Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal dari peguam kerajaan.- SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN/TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan