Oleh: admin_ann
YB Nasharudin : Selepas keputusan keluar masih terdapat respon-respon yang seolah-olah mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin tersebut. Saya ingin memberikan nasihat dan pandangan di sini. Pertamanya, keputusan jawatankuasa disiplin itu adalah keputusan yang dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa bukan oleh individu, bukannya oleh pengerusi jawatankuasa disiplin dan sudah tentulah selepas menerima bahan-bahan bukti yang sewajarnya dan selepas mengadakan perbincangan dan juga selepas mengadakan soal jawab bersama mereka yang terlibat, keputusan tersebut telah dibuat.
kita perlu akur kerana ianya bukan melanggar syarak tetapi cuba melaksanakan tuntutan syarak itu dan kalau terus menerus mempertikaikan keputusan-keputusan parti dan juga keputusan jawatankuasa disiplin ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat di dalam parti dan boleh membawa kepada keretakan yang akan memberikan kesan yang negative kepada parti kita.Saranan saya adalah sepertimana juga yang telah disebut oleh Yang Berbahagia Setiausaha Agong dan pengerusi Jawatankuasa Disiplin.
Sebagai Timbalan Presiden, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan peringatan kepada ahli-ahli kita bahawa keputusan parti dan dalam konteks ini yang diwakilkan kepada jawatankuasa disiplin, harus ditaati dan tidak perlu dibuat ulasan-ulasan yang boleh menimbulkan spekulasi yang berbagai tentang keadaan di dalam parti kita. Kalau ada permasalahan yang tidak puas hati, bawa ke dalam parti. Kita punya mekanisma tertentu di dalam parti yang boleh kita bangkitkan sesuatu isu ataupun menyelesaikan sesuatu isu bukan untuk dibawa urusan rumahtangga ini kepada media luar untuk diketahui oleh seluruh dunia.Mungkin ramai orang yang pandai menulis, yang pandai berikan pandangan/pendapat, tetapi sekali lagi mestilah di dalam kerangka yang telah ditetapkan oleh parti sendiri.
ANN : Perlukah tindakan dikenakan terhadap ahli jawatankuasa dewan pemuda yang mengeluarkan kenyatan terbuka mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin tersebut?
YB Nasharudin : Saya difahamkan Dewan Pemuda sudahpun membuat satu perbincangan khabarnya kebarangkalian tindakan yang diambil ke atas exco yang berkenaan. Bagi saya Dewan Pemuda harus firm disini, harus bertegas dalam konteks ini kerana ianya melibatkan keseluruhan dewan itu dan juga keseluruhan parti. Jadi, mereka harus bertegas untuk tindakan yang sewajarnya dikira perlu untuk diambil bagi memastikan ianya tidak menjadi satu kanser yang akan merebak di dalam parti.
Sumber: Tranungkite Online
ahli parti sekarang(tak termasuk umno-bn)dah tak heran dengan sebarang tindakan.samada dilucut,digantung,dipecat bukan lagi mendatang masaalah besar.ini kerana mereka ini tidak rugi satu sen pun malah wang yang dikeluarkan dari poket sendiri sebelum ini untuk membantu gerakan parti bolih diguna untuk program kebajikan lain.
BalasPadamnasa...ko bole beramboss la dengan geng-geng ko...
BalasPadamMangkuk ayun betul dia ni..
BalasPadam