RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 10 Februari 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH - KENYATAAN USTAZ AZIZAN DAN TOK GURU NIK AZIZ BERBEZA?


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz di sini, beliau menyeru agar semua rakyat khususnya di Perak agar membenci keputusan yang tidak adil itu. Beliau tidak menggalakkan rusuhan mahu pun demontrasi atau berbuat huru hara, tetapi memadai setiap rakyat benci kepada kerajaan yang didirikan bukan atas pilihan rakyat. YB Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya, tiada persidangan undi tidak percaya terhadapnya berlaku di dalam Dun Perak tetapi beliau hilang jawatan sekelip mata di mahkamah. Mengapa tiada usul undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Perak sekiranya benar 3 Adun dari PR telah melompat menyokong Bn? Mengapa terus sahaja menggunakan Istana untuk melucutkan jawatan MB Perak?

Bagaimana kita ingin menyeru agar rakyat Perak menerima kerajaan yang dibentuk secara demikian? Oleh yang demikian, seruan Tok Guru Nik Aziz memang releven. Tetapi kenyataan beliau itu dilihat bertentangan pula dengan kenyataan MB Kedah YAB Azizan Razak yang juga merupakan pimpinan PAS. Ustaz Azizan mahu rakyat Perak menerima dengan terbuka keputusan mahkamah. Kenyataan ini tidak ubah sama seperti kenyataan Najib, Muhyiddin dan juga Rais Yatim. Terima saja keputusan itu dan habis cerita. Kenyataan Us Azizan ini secara tidak langsung boleh mematikan semangat yang berkobar-kobar rakyat Perak untuk memperjuangkan keadilan.

Bukan niat untuk mengkritik kenyataan Us Azizan, jauh sekali untuk membandingkan kedua-dua tokoh PAS senior ini. Us Azizan selaku MB Perak sebenarnya telah berjaya mentadbir Negeri Kedah dengan begitu baik sekali. Saya bimbang sekiranya peristiwa di Perak berlaku pula di Kedah, bagaimana agaknya perasaan Us Azizan ketika itu? Amat malang sekali jika terus putus harap dan terus menerima tindakan yang tidak adil berlaku kepada kita.

YB Nizar tentunya ketika ini amat memerlukan sokongan dan kata semangat dari penyokong-penyokong serta pimpinan PAS yang lain. Kenyataan Us Azizan saya lihat tidak menjurus ke arah itu. Beliau mungkin mempunyai `taqlid' yang tertentu tetapi kepada saya `taqlid' dari Mursidul Am lebih baik untuk diikuti. Mungkin Us Azizan tidak mahu kepada huru hara yang mungkin akan berlaku di Perak lanjutan dari keputusan mahkamah tersebut. Mungkin itulah sebabnya Us Azizan berkata sedemikian. Tok Guru Nik Aziz juga tidak mahu kepada huru hara, tetapi pandangan Musyidul Am itu dilihat lebih bijak demi menjaga hati pejuang-pejuang keadilan yang telah bersusah payah sepanjang krisis ini berlaku.

Kita berharap agar YB Nizar tidak patah semangat. Percayalah, rakyat Perak tetap akan mempercayai bahawa satu hari nanti kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat tetap akan wujud di Perak. Jika benar YB Zambry yakin kepada sokongan rakyat terhadapnya, pasti beliau akan membubarkan Dun Perak secepat mungkin. Selagi ianya tidak dilakukan, bererti beliau sendiri tahu rakyat Perak tidak bersamanya. Ia umpama `kahwin paksa'. /Kembali ke laman asal di sini.

15 ulasan:

  1. YAB TGNA tokoh besar politik nasional,telah lama mengenali kekuasaan,dan YAB Ustaz Azizan baru 2 tahun berada dalam senarai pemerentah,masih bertarung untuk politik setempat,angkara porak peranda yang sengaja diujudkan olih UM-BN.
    Apa jua kesulitan yang ditimbulkan olih mereka yang terdekat dengan istana,telah lama dirasai olih TGNA,tetapi ianya merupakan perkara baru bagi Ustaz Azizan.
    Keduanya tahu,bukan istana mendatangkan masaalah tetapi mereka yang disekeliling sering menggunakan sesuatu perkara atas nama istana,menyebabkan sesuatu tindakan dan ulasan perlu berhati hati supaya perkataan derhaka tidak dipanjangkan ke Kedah.
    Lebih dari itu,YAB Ustaz Azizan tahu,jika kita sanggup membawa sesuatu perkara ke mahkamah,mengapa pula keputusan mahkamah tidak kita mahu terima.Padahal sewaktu kes hendak dibawa kemahkamah telah kita ramalkan apa keputusannya nanti,kerana kita telah tahu corak kehakiman selepas era Tun Salleh Abas dan kes korek korek.
    Kebijaksanaan TGNA menghidu perkara ini jelas pada keengganan Kelantan membawa kes royalti ke mahkamah kerana TGNA tahu,jika dilakukan akan terpendamlah kes ini sama yang dihadapi olih Tetangganu.Biarlah ia cuba dikianati olih katak Kelantan dengan cuba menjadi jaguh membawanya semula kemahkamah.

    BalasPadam
  2. nik aziz kata-Mengapa terus sahaja menggunakan Istana untuk melucutkan jawatan MB Perak?jawapan untuk soalan bodoh ni untuk matlumat orang perak pro pembangkang. puakBN dah tahu dah kalau buat kan DUN mesti exspeaker siva ngan exco beruk lain akan mengggantung beberapa yb bn selama (6 bulan seperti di selangor) uantuk kurangkan majoriti BN supaya kerajaan PR selamat. kerajjan PR selangor dah lama tumbang kalau adun BN tidak di gantung selama 6 bulan -setahun termasuk Khir toyo. nik aziz tahu tektik DAP ni tapi buat-buat tak tahu.

    BalasPadam
  3. Azizah lebih releven kenyataannya. X mcm N ajis. Ternyata masih enggan menerima kenyataan yg pemimpin boneka DAP itu telah tewas dengan jayanya .Raja mempunyai kuasa untuk menerima / menolok setiap MB yg dicadangkan dengan alasan cukup sokongan dan mengikut perundangan negeri. Kalau nak nafikan kuasa Raja , kenapa perlu nizar mengadap untuk mendapat perkenan untuk bubar dun? kenapa x bubar je terus ? Dah Raja x perkenan untuk bubar dun , so x bole la bubar. Hafam ? Nik ajis dah tua, dia patut bertaubat. Patut insafi diri. Banyak dosa dia tu. Semoga Allah ampunkan dia dan matikan dia dalam golongan manusia yg mendapat kemaampunan .Bertaubat sebelum terlambat

    BalasPadam
  4. jab, tuan merupakan tipikal penyokong tegar membabi buta. apa yang menguntungkan PR hang sokong. ust azizan pun hang kata tak ada pengalaman sebab cenderung kearah perpaduan islam. jab nik aziz patut bersyukur apabila PERak kembali kepangkuan pemimpin islam setelah rosak diperintah oleh DAP berboneka kan nizar. ini pendapat majoriti rakyat perak. jadi nizar jangan perasan dengan selogan kembalikan hak rakyat. rakyat perak bersyukur di bawah pemerintahan islam zambry. PAS terima hakikat. tolong mereka selamatkan mereka yang hanyut dengan kegilaan kuasa sehingga luba akan kebenaran ya Allah.

    BalasPadam
  5. pis dan yang semangkok dengannya
    bila mata dan hati telah buta,tiada apa lagi yang dapat dilihat.
    tidak dapat mereka lihat lagi bangsa apa yang berada diatas sewaktu persempadanan semula kawasan pilihanraya dulu hingga menafikan penambahan jumlah kerusi di Terangganu,Kedah dan Kelantan.
    Tiada mereka nampak kerana mata hati mereka buta sewaktu wang royalti ditukar pada nama ihsan demi tembolok pemimpin melayu yang berkokok atas nama umno.
    Mata mereka juga menjadi buta tanpa dapat melihat hanya baru menjadi ADUN dan MP tak sampai setahun,istana rakyat tersergam indah didirikan.
    Ini kerana mereka yang buta ini adalah sebahagian daripada mangkok mankok yang kehidupan mereka hidup atas kesengsaraan orang lain.
    Lebih memalukan setaraf bangkai apabila mereka malu atau tegasnya takut untuk menampilkan wajah diri bila melakukan serang hendap terhadap apa yang tidak disukai.
    Itulah pis dan anon yang sebenarnya,budak kanyiak yang baru kenal kehidupan yang sebenar.

    BalasPadam
  6. jab isu sekarang aku kata cakap kat nizar jangan perasan dengan selogan kembalikan hak rakyat, rakyar cam kau je yang mroyan nak DAP kembali memerintah perak

    BalasPadam
  7. selagi mana puak puak celaka bersama sama umno
    selagi itu lah bumi malaysia ini kucar kacir
    tindih menindih yg miskin semakain susah yg kaya akan bertambah kaya..disini banyak kaki merapu membuat komen ..sedangkan mereka tu adalah kaki celaka yg berselindung samada dalam umno atau pR..inilah yg menjadi masalah besar dalam negara malaysaia...setakat mana pengkomen dalam ini islam sehingga tidak mengenal mana ulamak atau jahiliah..kalau benar pengkomen disni alim sangat atau kuat islam mengapa dikutuk seorang ulamak ?
    dah mentomahkan DAP lebih dari yahudi??
    sedangkan islam sebenar tidak pernah memaksa orang bukan islam memeluk islam .
    aku rasa dimalaysia jugak ada jenis keturunan yahudi yg suka melaga lagakan rakyat malaysia.dia lebih suka kalau rakyat malaysia menjadi huruhara..insyallah..kita akan merasai lah dimasa msa akan datang apa yg keturunan yahudi malaysia mahu itu sekira kita tidak membendungnya..

    insaflah wahai mekluk lakanat yg beri komen sacara yahudi disini...usahlah kamu melaga-laga kami orang malaysia.
    biarlah umno dengan sipat angkuh dia sementara dia berkuasa jari ini.
    dan biarlah kami pejuang pejuang PR dengan pendapat dan perancangan kami..jauh jauh lah kamu dengan kekejian kamu..jauh jauh lah dari sisni...(celaka laknatuullah)

    BalasPadam
  8. pasal apa dok maki orang,sumpah orang...hang orang islam atau yahudi....yang bebas sangat belasah orang...binawer punya budak...hang ni betui kurang asam geluk...lebih asam jawar.

    BalasPadam
  9. janganlah kata kat orang macam tu....ini ruangan pandangan,komenlah apa kau nak komen..cakaplah apa kau nak cakap....kita negara demo keratsi....

    BalasPadam
  10. anon 11:00 dah jauh sisesatkan oleh dap.

    BalasPadam
  11. DAP sesat biarkan....Umno sesat, amacam plak beb?? muehehehe....

    BalasPadam
  12. Salam.
    Kebanyakan forumer gemar mencaci dan me'nyahudi'kan org Islam yg lain. W'pun kita berbeza pendapat, tp dlm menilai keimanan seseorang bukan layak utk kita melakukannya.

    Sedarlah, hanya Allah SWT yg tahu dan jika benar Allah itu memaki dan mencarut, jgnlah kita meletakkan diri kita setaraf dgnNYA utk memaki carut org laink. Kita hanya hambaNya. Walau setinggi mana ilmu kita, walau sehebat mana ke'alim'an dan ke'ulama'an kita.. kita tetap hambaNya.

    Semoga kita sama2 diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Aminn..

    BalasPadam
  13. Putra kamu ni nak kata bodoh tapi tak bodoh kerana boleh membaca. tapi tak tahu apa yang dibaca cuba teliti perlembagaan negeri perak kalau tak faham tanya Dr Aziz Bari jangan tanya Dr Zamri yang sama dengan awak tu . he hee hee heee heee

    BalasPadam
  14. tanya aziz bari buat apa , tak relevan

    BalasPadam
  15. anan 9:30 sesat giler.
    ni la dasar sesat lakanak.main pukul tapa fakta je..kamu dulu yg kate kami .aku kata la kamu tu anan 9:30 sesat jahanam...
    kalau nak jumpa pun boleh la..kita berdebat satu lawan satu..jangan jadi pengomen ngok disini retiiiiiii.

    BalasPadam