RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 3 Januari 2010

SAMPAI AJALNYA HAKIM INI.....

02 Januari, 2010 20

Hakim Augustine Paul Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia Sabtu akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.

Beliau berumur 65 tahun.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak iaitu Dr Juliana Sharmini, 29, dan Alan John, 27.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 2.45 petang di Hospital Selayang, kata menantunya Robert Devan, 37.

Keranda yang membawa jenazahnya akan berlepas dari kediamannya di No. 16, Lorong Taman Pantai 7, Bangsar, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang Ahad ke Parish of St Peter di No. 441, Seksyen 96A, Jalan Changkat Riong bagi upacara pengebumian pada 2.30 petang.

Augustine, lulusan Barrister-at-Law dari Inner Temple, England, memulakan kerjaya beliau pada 1971 sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan kemudiannya sebagai majistret di Ipoh, Perak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Temerloh, Pahang, Melaka dan Pulau Pinang dan merupakan pengerusi jawatankuasa khas mengenai percukaian sebelum dilantik Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei, 1998.

Kira-kira enam bulan selepas disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, beliau diberikan tugas besar mengendalikan kes rasuah dan liwat membabitkan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula pada November 1998 dan bagi hampir enam bulan, nama beliau sering menjadi bahan berita berikutan sering membuat keputusan "tidak relevan" dalam kes itu./Selanjutnya di BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan