RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 3 Januari 2010

USTAZ AKIL KEMBALI KE PENTAS PAS, WAHEEDA MEMAKAI NIQAB ?

Bergambar sebelum pulang

Menerang bukan menyerang
Bersama Us Abdullah Hussin
Apakah Us Akil akan di gam oleh Astro selepas ini?

Kenapa PAS Johor Bahru Panggil Akhil Hayy


Oleh: Jundullah-PASJB

"Baru-baru ini PAS Johor Bahru telahpun berjaya menganjurkan satu lagi siri ceramah yang bertajuk Ceramah Menjelang Hijrah dengan menjemput Ust Abdullah Hussin selaku Ketua Dewan Ulama PAS Johor dan Ust Akhil Hayy Rawa seorang bekas penyanyi rock yang kini berkecimpung dalam bidang dakwah dan muzik alternatif. Kami mendapat kritikan dan teguran yang cukup banyak bilamana tersebar sahaja berita PAS JB akan menganjurkan ceramah tersebut dengan pelbagai alasan dan andaian lantaran kontroversi yang melanda Akhil Hayy sekarang ini.Ada banyak sebab kenapa PAS JB menganjurkan ceramah tersebut walaupun banyak dari ahli jawatankuasa kami berihtilaf dalam isu ini dari seawal Jun yang lalu bilamana PAS Selangor juga turut memanggil Akhil Hayy dalam Konsert Kesenian Islam di Malam Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam dengan dalil apakah patut memanggil beliau duduk berdiri dipentas memandangkan isu beliau dengan penyanyi dan pelakon Waheeda.Akhil Hayy juga dikaitkan dengan 'demand' yang tinggi setiap kali diundang berceramah dan isu beliau tidak pulang kerumah bekas isterinya menjadikan ianya cukup kuat sebagai alasan untuk tidak mengundang beliau.

Kami akhirnya bermesyuarat dan mengambil kata putus majoriti dalam isu ini dengan mengambil kira Akhil Hayy sebenarnya berdepan dengan isu peribadi dan rumahtangga yang sepatutnya kita tidak turut tumpang sekaki dengan media yang melaporkan yang negatif tentang beliau dan sepatutnya kita memberikan beliau ruang untuk menjawab isu tersebut seluas-luasnya kerana Islam mengajar kita untuk tidak cepat berprasangka lebih-lebih lagi sesama Islam.PASJB mengambil keputusan untuk membenarkan beliau berceramah di Kg Kurnia, Kebun Teh dan menggandingkan beliau dengan Ust Abdullah Hussin yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Johor yang juga bersetuju untuk bertemu mata dengan Akhil Hayy memandangkan banyak perkara yang beliau hendak sampaikan dan kongsi bersama memandangkan lamanya mereka tidak bergandingan.

Pada malam ceramah seperti biasa Akhil Hayy mengalunkan zikir memuji kebesaran Allah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan beliau tanpa disuruh terus bercerita tentang kemelut rumah tangga beliau, isu teguran kepada artis dan isu tauliah yang hangat sebulan dua ini.Beliau mengatakan inilah kali pertama beliau berceramah setelah beberapa bulan menyepikan diri dan beliau mengakui silap beliau sebagai antara punca fitnah rumahtangga yang berlegar-legar dimedia sekarang ini.Malam itu juga beliau mengeluarkan surat tauliah dari Perak dan membacakan kepada hadirin yang hadir dimalam tersebut dan menceritakan kemelut beliau dengan JAIS sebenarnya sudah lama dan pernah ditangkap sebelum Pakatan Rakyat berjaya memerintah Selangor 2008 yang lalu.

Perkembangan terbaru isteri beliau Waheeda juga sangat dinantikan oleh hadirin yang hadir dan beliau mengatakan isteri beliau sekarang ini sudah berhenti menyanyi dan memakai Niqab tanpa disuruh oleh beliau dan beliau mengatakan ini adalah hikmah dan kurnia Allah kepada beliau.Beliau juga mengatakan keluarga Waheeda ramai yang terdiri dari orang-orang Umno dan bapa mertua beliau sendiri adalah ketua cawangan umno dan tidak berhalangan untuk Akhil Hayy terus berdakwah.Akhil juga mengatakan tidak lama lagi beliau dan Astro akan bekerjasama untuk mewujudkan rancangan realiti Akedemi Imam yang dirancang sejak sekian lama.

Sebenarnya banyak lagi yang hendak diceritakan tetapi cukuplah ini sahaja bimbang kalau komen berlebihan nanti dikatakan saya juga pengkagum Akhil Hayy.Saya juga secara peribadi awalnya tidak bersetuju dengan Akhil Hayy tetapi saya juga sendiri yang bersungguh akhirnya supaya Akhil Hayy ceramah di Johor Bahru kerana memikirkan dakwah Islam lebih utama dari segala-galanya.


Sumber: Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan