RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 8 Januari 2010

MENANTU NIK AZIZ JADI ISU UMNO, KENAPA MENANTU MUSA AMAN MAKSUM DARIPADA SPRM?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

KES menantu Tok Guru Nik Aziz, Ariff Fahmi Abdul Rahman, suatu ketika dahulu pernah menjadi topik sensasi perbualan sehingga ianya dilihat bagaikan suatu 'dosa' yang maha besar

Kerana apa? Kerana Tok Guru Nik Aziz seorang Mursyidul Am dalam PAS. Bukannya Mursyidul Am dalam UMNO/BN. Kalau Tok Guru Nik Aziz dalam UMNO/BN semuanya OK sahaja. Bisa diatur.

Pengarah SPRM Negeri, Mohd Jaafar Hussen telah memberikan kenyataan akhbar bahawasanya 'tiada kesalahan' yang telah dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman dan segala tohmahan yang diwar-warkan oleh badut-badut UMNO tidak berasas sama sekali.

Jadi sekarang siapa mahu jawab dan bagaimana mahu jawab? Seluruh gagasan UMNO/BN beria-ia memperkotak-katikkan Tok Guru Nik Aziz yang kononnya menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar kerana melantik menantunya sendiri.

Kenapa sekarang tidak ada lagi suara-suara sumbang yang berkata-kata, mengutuk, menuduh Tok Guru menyalahgunakan kuasanya melantik menantunya kejawatan tinggi setaraf dengan ijazah dan kebolehannya sering dipertikaikan dengan kes ini? Kini badut badut UMNO itu tertempek dengan ludah sendiri.

Sebelum mengorek kesalahan orang lain, yang akhirnya Alhamdulillah dengan restu Allah swt terserlah kebenarannya, kenapa tidak dikorek dulu kesalahan dalam UMNO/BN sendiri?

Kenapa tidak ada yang menyarankan SPRM untuk siasat bilamana Khairy Jamaluddin dan Ali Rostam disahkan menggunakan rasuah politik wang semasa musim pemilihan UMNO tahun lepas? Padahal sudah terang lagi bersuluh mereka didapati bersalah menggunakan politik wang untuk membeli undi perwakilan. Hari ini mereka masih lagi gah berdiri di persada rasuah politik wang UMNO.

Khairy malah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kita percaya, undi yang di perolehi beliau adalah hasil 'dagangan' Khairy kepada perwakilan. Ali Rustam meskipun tidak dibenarkan bertanding, tetapi masih teguh menggenggam kerusi Ketua Menteri Melaka. Itu apa cerita? Kenapa perkara ini boleh terlepas pandang? Atau sengaja 'dilepas-pandangkan'? Wallahua'lam bisawab, hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Begitu juga senario yang berlaku di Sabah. Musa Aman senang-senang melantik menantunya menjawat jawatan Pengerusi SEDCO, manakala anak-anak buah terapatnya diberikan beberapa jawatan yang penting di Sabah. Malah dulu salah seorang 'isteri'nya juga di berikan jawatan yang penting di Yayasan Sabah. Apa kes kawan? Kenapa tiada yang berani memanjangkan perkara ini kepada SPRM?

Projek mega, konsesi balak diberikan oleh Musa Aman KM Sabah, kepada Michael Chia. Semua rakyat Sabah hanya mampu memandang tanpa suara. Bukan takut untuk bersuara, bak kata orang kampung, "sayang-sayang liur saja bah".

Dibuat laporan SPRM, datang tukang siasat konon-konon mahu siasat Musa Aman, terus diam dan pulang tanpa ada laporan dek kerana 'imbuhan' istimewa berserta gelaran kebesaran negeri Sabah. Dapat gelaran 'Datuk Seri Panglima' kes semua hilang kemana! Very dramatic!

Hotel Le Meriddein di Kota Kinabalu, siapa punya? Bangunan UMNO di Kota Kinabalu siapa yang empunya? Jawabnya, 'mereka dan keluarga mereka sendiri'. Kenapa SPRM tidak mahu ambil tahu hal-hal sebegini? Adakah mereka tiada kuasa atau memang "tak kuasa?"

Berbuihlah mulut para pembangkang menyuarakan kesalahan-kesalahan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, hasilnya masuk habuk keluar asap. Laporan hanya tinggal sejarah. NO CASE TO ANSWER.

Begitu senang mereka buat kerja. Bertambah senang dan mewah lagi kalau kena siasat 'IKAN-IKAN BESAR' ini, sebab makin besar ikan disiasat, makin besar juga 'imbuhan pencuci mulut' bakal terhidang di hadapan mata.

Dapatlah bawa anak-bini bercuti ke luar negeri. Bercuti di kapal-kapal persiaran mewah. Rakyat biasa dan orang-orang kampung? Jangan haraplah dapat merasa keindahan bercuti ala-ala orang kaya ini . Correct…Correct..correct..?

Banyak kes 'tragis' di Sabah ini dan selagi UMNO pimpinan Musa masih lagi berkuasa, selagi itulah semua kesalahan ini hanya ibarat angin lalu. Berkoyan-koyanlah laporan di buat kepada SPRM, betul mereka terima laporan, tapi tindakan? ZERO. No action taken. Semuanya dingin bak salju.

Akan tetapi bila mana melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, semua mahu diambil berat. Hinggakan kes-kes sebesar semutpun bisa dijadikan sebesar gajah. Demi untuk menjatuhkan martabat Pakatan Rakyat.

Namun Allah swt maha berkuasa, semakin mereka berusaha memudaratkan Pakatan Rakyat, semakin penipuan dan penyelewengan yang mereka lakukan terserlah.

Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dituduh punya saham berjuta-juta disiasat oleh SPRM, tapi Ketua Executive Sabah punya hotel, punya kedai, punya bangunan bertingkat tingkat, mereka tidak pun disiasat. kenapa double standard?

Insya Allah, kita yakin PRU 13 bakal memberikan sirna baru kepada rakyat Malaysia. Say NO kepada Musa Aman, lagi lama Musa Aman jadi Ketua Menteri Sabah, lagi senang Pakatan Rakyat memberi tahu rakyat dalam PRU13 nanti./

http://www.sabahkini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan