RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 7 Januari 2010

Pas anjur perhimpunan aman bantah Mesir

SHAH ALAM – Pas menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman Jumaat ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas menyokong tindakan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan aman Jumaat ini membantah tindakan Kerajaan Mesir yang didakwa berkerjasama dengan Israel menindas umat Islam di Gaza, Palestin.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, satu memorandum bantahan akan diserahkan ke Kedutaan Mesir pada perhimpunan yang akan disertai ahli parti itu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

“Pas kesal kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin,”/Sinar

1 ulasan:

  1. Sekali pun ia bukan demonstrasi kalimah 'Allah' tidak bijak bagi PAS mengadakannya dalam situasi sekarang.

    BalasPadam