TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Jumaat, 8 Januari 2010

PERHIMPUNAN POLITIK PIJAK GAMBAR YB KHALID

1,000 sertai perhimpunan dalam masjid Shah Alam
Salhan K Ahmad
Jan 8, 10


Perhimpunan kira-kira 1,000 umat Islam kerana membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berlangsung secara aman di dewan solat utama Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, satu lagi perhimpunan anjuran Anak Muda Islam Selangor (Amis) berlangsung di perkarangan masjid berkenaan di mana mereka memijak gambar ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mereka bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin PAS itu sebelum ini, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Seorang peserta demonstrasi itu turut melaungkan "bakar gereja," tetapi laungannya itu tidak diendahkan orang ramai yang beredar dari masjid itu selepas selesai solat Jumaat.

Kumpulan itu turut dilihat memegang kain rentang bertulis "Khalid Samad Peliwat Agama," yang turut didapati digantung di dalam dewan solat utama, tempat perhimpunan yang lebih besar berlangsung.

ADUN Pelabuhan Klang yang meninggal PKR, Badrul Hisham juga kelihatan di situ.

Turut kelihatan ialah mereka yang menyertai protes kepala lembu tahun lalu.

Bagaimanapun, imam besar masjid berkenaan, Ahmad Mustafa Mohd Sidin berkata, kain rentang itu tidak dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan di dalam dewan solat.

"Amis tidak bersama dalam mesyuarat dengan polis," kata Ahmad yang menjelaskan,bahawa dalam satu pertemuan Rabu lalu, polis tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di perkarangan masjid.


"Sebab itu kita adakan di dalam dewan solat," katanya lagi sambil berkata bahawa beliau telah memberi jaminan kepada polis yang perhimpunan itu tidak condong kepada mana-mana parti politik.

Katanya, rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu diadakan dengan persetujuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam pada itu, beberapa orang pemimpin pertubuhan Islam dalam ucapan mereka di perhimpunan di dalam dewan solat menyuarakan bantahan mereka, dalam situasi yang terkawal.

Yem Ismail, yang merupakan yang dipertua PIMPINAN - persatuan bagi imam dan pegawai masjid serta jurunikah di Selangor - menyeru para jemaah supaya berdoa agar mahkamah menarik balik membenarkan kalimah Allah digunakan oleh akhbar Katholik, Herald.

Turut berucap ialah yang dipertua Abim Selangor, Zawawi Ahmad Mughni dan pengerusi persatuan ulama Malaysia cawangan Selangor, Zamri Mohd Shafik./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan