TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Jumaat, 8 Januari 2010

Lebih 2 suspek terbabit bakar gereja: Polis


KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata ini berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua buah motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang diperoleh.

Katanya setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald./Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan