TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Khamis, 22 Julai 2010

ULAMAK MUDA SUDAH BERSUARA TENTANG PERPADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Umno - PAS. Kali ini `Ulamak Muda' yang baru `berakad' dengan parti sekular Umno pula bersuara. Maka, diulang baca ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada perpaduan. Di selangseli pula rujukan kepada Perlembagaan yang menyebut `Melayu itu Islam'. Oleh kerana Melayu itu Islam (benarkah semua Melayu Islam?) maka perpaduan Umno dan PAS wajib dilakukan. Itu intipati hujah `Ulamak Muda' Umno. Seterusnya baca di sini.

Adakah Ulamak Muda itu percaya bahawa Islam akan menjadi kuat dan berjaya di daulatkan di negara ini hanya kerana Umno dan PAS bersatu? Atau, tidak percayakah beliau bahawa selama ini Umno lah yang banyak menentang arus kebangkitan Islam, bukan DAP dan bukan PKR mahu pun MCA dan MIC? Jika beliau mengkaji sejarah Umno, beliau akan tahu adakah Umno yang dikatakan Melayu Islam itu berjuang untuk mendaulatkan Islam atau tidak.

Benar seperti kata Ulamak Muda itu. Umno mungkin telah melakukan kesilapan, dan PAS harus memaafkannya demi untuk perpaduan Melayu Islam. Masalahnya dosa Umno bukan terhadap PAS tetapi terhadap Islam itu sendiri. Dan, adakah benar Umno kini insaf terhadap dosa-dosa mereka? Adakah dasar sekular Umno sudah menjadi dasar Islam iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias? Adakah Umno sudah tidak membenarkan akta zalim Akta ISA itu? Banyak lagi kemungkaran Umno yang tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang mengaku parti berjuang untuk Melayu Islam ini masih berjalan, malahan ada yang ditambah kemungkaran itu. Tidakkah Ulamak Muda nampak atau mata mereka telah dibutakan?

Kesilapan lama memang boleh diampun samada dosa terhadap Allah mahu pun terhadap PAS, tetapi apa ertinya jika dosa tersebut masih dilakukan berterusan malahan masih berhajat untuk meneruskan dengan kemungkaran yang lain. Umno masih tidak menyuci tangan-tangan mereka sebelum berjabat salam dengan PAS. Ini membuktikan bahawa Umno tidak ikhlas bersatu dengan PAS demi Islam mahu pun Melayu. Ini semua tipu helah politik Umno belaka, bahkan Ulamak Muda tersebut juga secara terang-terangan tertipu dengan muslihat Umno itu.

Saya nasihatkan Ulamak Muda ini, serulah Umno terlebih dahulu untuk menerima Islam sebelum menasihatkan PAS berjabat tangan dengan Umno. Tugas utama Ulamak Muda ini adalah baiki Umno dari dalam terlebih dahulu seperti menyucikan najis dari dalam tong najis.
Selepas itu, mereka akan tahu dan kenal siapa itu Umno./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. saya setuju dengan ulasan saudara, bagi saya perpecahan melayu disebabkan umno bukan pas, umno terlalu angkuh mendabik dada sebagai pejuang melayu, tapi bukan pejuang islam. sehinggakan kerana perbezaan politik di jadikan alasan untuk menghentikan peruntukan kepada kerajaan negeri yg majoritinya melayu. sebenarnya perpecahan melayu paling besar bila dsai di pecat dari jawatan tpm, ini bermakna semuanya dalam umno bukan keran pas. tapi disebabkan ulamk-ulamak ini dah mendapat lemak dari umno maka mereka menuding jari kepada pas, percayalah orang menyokong pas kerana mereka bencikan umno. jadi kalau betul ulamak-ulamak ini handal, betulkan umno, insyaallah bila dalaman umno dah betul, dengan sedirinya pas akan tutup kedai, tapi biarlah berlandaskan islam, jangan ambil sekerat-sekerat.

    BalasPadam
  2. SETAKAT MENABIK DADA SEBAGAI PEJUANG iSLAM TAK CUKUP!!HAKIKATNYA PERJUANG KAPIAQ HARBI MENOLAK HUKUMKERANA UNDI.INIKAH KEPIMPINAN ULAMA PUTAQ BELIT YANG HALAL YANG HARAM..DAN HARAM YANG SUDAH SAH HALAL?KEMUDIAN MENABIJK DADA AKULAH KALIPAH YANG TUNDUK DAN PATUH PADA DAP.ADA TAK DAP YG SANGGUP TIDOQ ATAS JALAN MACAM PENYOKONG PAS YANG BAHLOL.SEDARKAH DAP JADIKAN MELAYU PAS SEBAGAI BARUA MEREKA.

    SEDAQLAH INIKAH YG ISLAM PASPERJUANGKAN???

    BalasPadam
  3. Itulah jihad yg ada di tanamkan di kalangan Ahli PAS yg sanggup susah demi mempertahankan negeri yg dirampas kejam. Sebab itu Umno cukup takut dgn PAS kerana PAS susah untuk dibeli. Mereka sanggup susah demi memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Samada DAP atau sesiapa sahaja tidak mahu ikut cara PAS, itu soal mereka kerana PAS tidak akan turut telunjuk sesiapa demi agama. Umno pula? ehehhh...Apco..Apco...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama 2010 Julai 22 21:11

    Engkau memang anjing UMNO....

    BalasPadam
  5. tangan DAP tu dah bersih ke dari dosa2 utk menjatuhkan negara Islam.

    BalasPadam
  6. Saya x kisah siapa pun yang memimpin. tapi pastikan mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Tidak menghina mana2 pemimpin jua sesama insan, berbaik sangka, mengeratkan hubungan sesama manusia. Jika Rasulullah berjaya membentuk negara Islam dan makmuk ketika itu, kenapa Malaysia x boleh? Jangan cari kelemahan org lain bagi mencapai kejayaan "sementara". Jangan salahkan ISLAM, kerana semua agama mengajak kepada kebaikan.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini