RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 22 Julai 2010

MUFTI PUN DIPERALATKAN ?

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya./Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Harussani tidak berbohong.Yang berbohong adalah Mahfuz kerana mengatakan Harussani berbohong.
    Bukan semua pemimpin PAS menentang perjumpaan PAS-UMNO.Lihatlah cakap cakap cakap Azizan Razak dan Nasharudin Tantawi.Dan ia juga bukan bermakna mereka mengkhianati PR.
    Harussani tidak gelojoh sebagaimana beberapa pemimpin PR yang sanggup mendedah nama "musuh" semata mata untuk menunjuk kehebatannya,hasilnya tiada maklumat dalam terbaharu bolih diperolihi.
    Kita mesti menerima fakta,UMNO ingin bertemu PAS atas nama Melayu disebabkan politik,dan PAS menolak juga disebabkan politik.Tiada ada sebab lain,malah memikir nasib melayu tidak pernah termasuk dalam Kitab UMNO,kerana rujukan mereka ialah Kebendaan Yang Bolih Dihasilkan.
    Begitu juga PAS,Islam bukan sebab sebenarnya kerana jika Islam menjadi sebab,sudah lama PKR dan DAP akan dipinggir.Akan ada pula jawapan DAP tidak menentang Islam sebagaimana UMNO,apa yang kita bolih katakan..PORAHHHH..Inilah politik Melayu.
    Betul kata setengah pemerhati politik.Anwar tidak bolih ditinggalkan jika perpaduan Melayu ingin diujudkan.Tetapi ia masih dalam lengkongan perbincangan politik dan bukan perpaduan Melayu yang sebenar kerana UMNO tidak akan meninggalkan "habuan dunia",dalam apa apa perbincangan pun.

    BalasPadam
  2. PAS bekerjasama dgn PKR dan DAP adalah kerana agama dan politik. PAS tolak bsama Umno juga adalah kerana ugama dan politik. Umno mahu bsama PAS adalah kerana politik semata2. Itu bezanya.

    BalasPadam