TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Jumaat, 23 Julai 2010

PERKASA PUNYA CADANGAN, CERDIK KE BODOH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHU mencari publisiti. Itulah Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang baru-baru ini membuat cadangan bodoh dan tidak masuk akal apabila mencadangkan PAS dan Umno dibubarkan sekiranya kedua-dua parti tersebut gagal untuk bersatu. Masalahnya, bila masa pula PAS mahu bersatu dengan Umno? Siapa sebenarnya yang sibuk mahu mempertemukan sebuah Parti Islam dengan sebuah Parti Kebangsaan yang sekular serta bersekutu dengan Apco itu?

Sewajarnya yang mesti dibubarkan adalah PERKASA itu sendiri kerana pertubuhan itu bukan sahaja ditolak oleh Pemuda Umno, malahan menjadi musuh buat MCA dan MIC. Jika sudah orang Melayu sendiri ramai yang meluat dengan PERKASA, apa gunanya PERKASA wujud? Apa peranan PERKASA untuk memperkuatkan orang Melayu, apatah lagi Islam? Sekadar terpekik ke hulu ke hilir, budak-budak sekolah pun boleh lakukan.

Lebih menampakkan kebodohan Ibrahim Ali adalah apabila dia mencadangkan agar ditubuhkan parti baru yang mempunyai prinsip atau dasar Umno dan PAS di dalamnya. Ini sama seperti ingin mencamporkan daging babi dengan daging lembu. Rupanya selama ini Ibrahim Ali tidak tahu bahawa dasar PAS adalah Islam, sumbernya Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias. Dasar Umno pula sekular yang memisahkan agama dari politik. Mustahil keduanya boleh digabungkan. Masakan Ibrahim Ali tidak tahu dasar PAS sedangkan kerusi beliau selaku MP Pasir Mas pun atas ikhsan PAS.

Sebenarnya, letaklah beribu pertubuhan, cendikiawan atau Ulamak sekalipun untuk dijadikan orang tengah bagi mempertemukan PAS dan Umno, ianya pasti gagal selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah di`jual' nama Melayu kununnya untuk perpaduan, di dalam masa yang sama Melayu lah yang paling ramai tertindas dan Melayu lah golongan yang sering diabaikan.

Justeru itu, usahlah PERKASA cuba untuk menjadi juak kepada Mufti Perak yang tergilakan perpaduan Umno - PAS. Lebih baik PERKASA mendaftar diri menjadi satu parti politik dan cuba nasib pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Mungkin PERKASA akan mencipta rekod sebagai Presiden Parti yang pertama di dalam sejarah negara hilang deposit. Terima kasih sajalah wahai PERKASA atas cadangan bodoh itu. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Kalau Brahim Katak ni tubuh parti baru,percayalah yang akan jadi ahli parti baru ni cuma katak-katak dan pencacai-pencacai songkok tinggi aje.Munkin ada juga orang UMNO yang dah bosan tinggal dalam tong taik,turut bersama Brahim Katak.Orang PAS jangan haraplah.Jangan ke masuk parti,dekat dengan Brahim Katak pun mereka takut.Dicabarkan Brahim Katak teruskan hajatnya,nak tengok kesudahanya.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini