TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

Selasa, 20 Julai 2010

MCA BENGANG BILA ZAHID DAKWA `MCA PENUMPANG BN'

"Penumpang BN":
Pemuda MCA minta Najib nyatakan pendirian

Jul 19, 2010

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng meminta agar Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan "penumpang BN" oleh Naib Presidennya, Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid (gambar kanan) sebelum ini memberi amaran kepada dua parti komponen BN yang berasaskan keahlian Cina untuk tidak berpuas hati sebagai "penumpang Barisan Nasional" semata-mata, malah membidas MCA dan Gerakan kerana bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

Chiew Lian Keng berkata, kenyataan Ahmad Zahid tidak elok, malah keterlaluan, di samping bercanggah dengan semangat BN. Beliau menambah, MCA telah bekerjasama dengan UMNO untuk 55 tahun, dan melalui ribut politik bersama sepanjang ini.

"Kenyataannya telah bercanggah dengan semangat BN, menafikan usaha MCA sepanjang tahun ini, malah mewujudkan keretakan di kalangan parti komponen BN."

Beliau juga menyanggah kenyataan bahawa MCA bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Beliau berkata ini menunjukkan bahawa MCA turut berkhidmat kepada seluruh rakyat, selain mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina. Chiew Lian Keng berkata, hasil kemenangan dan pemerintahan dikecapi daripada usaha bersama oleh semua komponen parti. Tiada siapa yang menumpang siapa dalam isu ini, tetapi soal sama ada semua pihak boleh saling bekerjasama.

"UMNO harus jelas bahawa keangkuhannya yang menjurus kepada keretakan di kalangan parti komponen, dan hegemoninya serta penyelewengan adalah punca utama yang mengakibatkan kehilangan sokongan rakyat"

Chiew Lian Keng (gambar kiri) yang juga AJK Pemuda MCA berkata, UMNO tidak boleh meminta parti komponen BN untuk menghormati semangat BN, tetapi pada masa yang sama mereka melakukan sesuatu di sebaliknya.

"Sepanjang tahun ini, kami mendukung semangat BN, memberi sumbangan kepada BN, tetapi kini dibalas dengan penghinaan oleh pemimpin rakan parti."

Oleh itu, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan meminta Presiden UMNO, Najib Razak untuk menyatakan pendirian, sama ada kenyataan "penumpang BN" oleh Ahmad Zahid itu merupakan pendirian partinya atau pendirian individu. Chiew Lian Keng berkata, seandainya UMNO masih memperkecilkan sumbangan rakan parti, maka sudah tiba masanya MCA mengkaji semula hubungan kerjasama dengan parti itu.

*Kenyataan media oleh Chiew Lian Keng selaku Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, diterjemah dari edisi bahasa Cinanya./MerdekaReview

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini