Selasa, 19 Oktober 2010

AZMIN TIMB PRES PKR, CHEGU BARD KETUA AMK BAKAL MENAKUTKAN UMNO ?


Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Azmin bakal menjadi Tun Mahathir di dalam PKR suatu masa nanti? Inilah jangkaan yang dibuat oleh sebuah web Umno-reform2 yang kemudiannya dijadikan bahan kempen oleh blog pro PR yang tidak menyokong Azmin. Artikel itu menyifatkan Azmin telah mula menjadi `diktator' di dalam PKR khususnya di dalam pemilihan pimpinan PKR sekarang.

Paling tidak munasabah, dikatakan bahawa Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar dan ingin melihat Chegu Bard jatuh di dalam pemilihan Ketua AMK. Saya menyokong Azmin untuk Timbalan Presiden PKR dan menyokong Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Saya tidak melihat hubungan Azmin dan Chegu Bard `pelik' jauh sekali dianggap `bermusuh'. Begitu juga hubungan Azmin dengan Sdr Shamsul Iskandar, dan hubungan Sdr Shamsul Iskandar dengan Chegu Bard. Walaupun Sdr Shamsul Iskandar dianggap melakukan `U Turn' kerana kembali ke `tapak asal'nya sedikit menyusahkan Chegu Bard, tetapi komen Chegu Bard bahawa beliau meraikan kehadiran Sdr Shamsul Iskandar untuk bersama di dalam pertandingan ini merebut jawatan Ketua AMK adalah satu komen yang positif.

Tidak menjadi masalah dan salah jika Azmin menyokong Sdr Shamsul Iskandar tetapi ini bukan bererti Azmin tidak suka atau `anti' kepada Chegu Bard. Begitulah juga sebaliknya. Kenyataan terbuka Chegu Bard yang boleh menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli sebagai Timbalan Presiden PKR adalah satu kenyataan dan sokongan yang juga positif. Chegu Bard hanya mengiktiraf Umno/Bn sebagai musuh politiknya bukan pemimpin-pemimpin PKR. Mungkin ada yang berpendapat Chegu Bard mengambil jalan tengah yang `selamat' di dalam kempen beliau. Pada saya itu silap kerana jika Chegu Bard menyokong salah seorang dari calon yang bertanding itu, timbul juga anggapan buruk terhadap Chegu Bard.

Ini membuktikan mereka yang anti Azmin atau anti Chegu Bard tetap akan mencari jalan untuk menjatuhkan kedua-dua pemimpin berkebolehan ini. Hakikatnya, musuh PKR sudah semestinya tidak ingin melihat Azmin terus diangkat sebagai pemimpin di dalam PKR dan mereka amat bimbang kekuatan Azmin akan lebih mantap apabila Chegu Bard berada di barisan hadapan bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan