Rabu, 20 Oktober 2010

DATO ZAID, SDR SHAMSUL PUNYAI PERSAMAAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, ada yang berkata Dato Zaid dan Sdr Shamsul Iskandar ada sedikit persamaannya. Dato Zaid adalah calon yang dikatakan bakal memberi saingan kepada YB Azmin bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Manakala, Sdr Shamsul pula menjadi pesaing tunggal kepada Chegu Bard di dalam perebutan jawatan Ketua AMK.

Apakah yang dikatakan ada persamaan di antara Dato Zaid dengan Sdr Shamsul? Samada mereka nafikan atau tidak, hakikatnya mereka berdua mempunyai kekurangan dari segi prinsip dan keberanian untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri. Dato Zaid pada perkiraan saya mempunyai 4 tindakan yang menunjukkan beliau mempunyai sifat seperti yang saya katakan tadi.

Pertama, Dato Zaid pernah umum tidak akan merebut jawatan dalam parti. Kedua, beliau berubah fikiran dan ingin bertanding di dalam pemilihan parti bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, malahan cuba menguji sokongan dengan kemungkinan bertanding jawatan Presiden Parti. Ketiga, Dato Zaid menyebut sanggup berundur dari pertandingan sekiranya Tan Sri Khalid menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Apabila Tan Sri Khalid mulanya menawarkan diri untuk bertanding, Dato Zaid membisu. Keempat, beliau mengubah fikiran dengan menyebut beliau akan memberi laluan pula kepada YB Nurul Izzah sekiranya YB Nurul bersedia bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ini semua diperkatakan oleh Dato Zaid sebelum mereka semua menghantar borang samada untuk bertanding atau tidak. Kebetulannya, Tan Sri Khalid dan Yb Nurul mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu. Justeru itu, mahu atau tidak Dato Zaid terpaksa teruskan jua. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Sdr Shamsul lebih kurang juga. Bersemangat awalnya untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR kununnya untuk memberi laluan kepada tokoh muda menerajui AMK. Pengumuman beliau itu dibuat agak `grand' juga iaitu jika tidak silap sewaktu program ceramah di Johor yang dikatakan mendapat gangguan dari pihak keselamatan. Kita semua amat gembira dengan keputusan Sdr Shamsul itu kerana ini akan membolehkan Chegu Bard mudah untuk menerajui AMK.

Tidak semena-mena Sdr Shamsul membuat `U-Turn' pula setelah agak jauh perjalanan. Beliau menyebut beliau bukan buat `U- Turn' tetapi `T-Junction'. Pada saya di mana datangnya `T-Junction' jika berpatah ke tapak asal? Atau beliau lupa asal usul beliau? Saya tidak ambil tahu kenapa dan mengapa `U-Turn' terpaksa dibuat walaupun ada yang menyebut `steering' Sdr Shamsul telah di`ganggu'. Kununnya ada pihak yang tidak mahu melihat Chegu Bard menang mudah setelah Sdr Rafizi `melarikan' diri. Maka, Sdr Shamsul mesti buat `U-Turn' untuk menghalang Chegu Bard.

Diperkatakan ini semua kerja YB Azmin atas arahan DS Anwar. Pulak dah!! Apa kena mengena dengan YB Azmin dengan DS Anwar? YB Azmin sendiri pun belum tentu menang atau tidak kerusi Timbalan Presiden PKR, mengapa beliau membuang masa menentukan kerusi rebutan orang lain? Sebelum ini ada yang menuduh Chegu Bard pasti menang Ketua AMK kerana ada pengaruh DS Anwar yang juga ada ikatan kekeluargaan dengan Ketua Umum PKR itu. Tuduhan ini dinafikan oleh Chegu Bard di dalam blognya. Nah, sekarang timbul pula cerita DS Anwar dan YB Azmin tidak `redha' Chegu Bard menjadi Ketua AMK. Mengarut punya cerita. Ini semua cerita yang dibawa oleh puak yang tidak mahu YB Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR. Mereka berharap tiada undian untuk YB Azmin dari ahli AMK yang ramai menyokong Chegu Bard.

Pendapat saya, Sdr Shamsul melakukan kesilapan besar apabila membuat `U-Turn'. Sekarang kita lihat sokongan terhadapnya semakin merosot. Apakah Sdr Shamsul beranggapan Chegu Bard akan memberi laluan kepadanya seperti pemilihan lalu setelah beliau membuat `U-Turn'? Kita mengenali Chegu Bard, sekali beliau melangkah menyengseng lengan di dalam gelanggang, beliau berpantang undur. Bak kata lagu Ally Noor/Mastura dalam loghat Negeri Sembilan, "Bercacak-cacak koghih (keris) dan lombing (lembing), Ketuo AMK den ambik juo"...

Mungkinkah Sdr Shamsul Iskandar akan menjadi seperti kata pepatah " Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendung Keciciran". Semuanya ditangan ahli PKR menentukan./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. lantak kau lah wfaudin,
    dikala umno sebok dengan PAU depa dan melupakan sebentar tugas hakiki depa nak hancurkan pakatan,tugas ni telah diambil alih sepenuhnya olih kamu dan beberapa blogger lain termasuk anak sungai derhaka dengan kumpulan zaid nya.

    BalasPadam