Rabu, 20 Oktober 2010

PKR TURUN DARJAT JIKA MEMBELA DS ANWAR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH PKR akan jatuh darjatnya jika memperjuangkan kes DS Anwar? Secara jujurnya kita semua tahu PKR wujud berasaskan perjuangan yang menuntut keadilan ke atas DS Anwar dan ianya meliputi semua aspek, samada institusi kehakiman, kebebasan media dan segala yang bersifat zalim ditentang. Ini asas yang sepatutnya semua ahli PKR mesti tahu dan parti ini berkembang sehingga dihormati dan digeruni lawan sehingga kini.

Dato Zaid menyebut PKR tidak harus semata-mata berjuang untuk DS Anwar kerana ianya boleh menjatuhkan darjat parti. Saya bersetuju bahawa PKR tidak boleh berjuang hanya untuk individu bernama Anwar, tetapi tidak bersetuju jika darjat PKR boleh jatuh kerana memperjuangkan nasib yang menimpa Ketua Umum PKR ini.

Di samping PKR berjuang untuk menegakkan keadilan untuk semua, PKR tidak boleh melupakan nasib atau penganiyaan yang dilakukan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Bagaimana PKR boleh meyakinkan rakyat untuk menyelamatkan mereka dari kezaliman dan ketidak adilan, sedangkan PKR sendiri gagal untuk menyelamatkan tokoh utama mereka? "Bagaimana kamu boleh bantu kami, sedangkan bos kamu pun teraniaya?" Mungkin itulah yang akan mereka perkatakan kepada kita. Tergamakkah kita biarkan DS Anwar bersendirian untuk melepaskan dirinya dari kezaliman terhadap beliau?

Pada saya, mereka yang cuba untuk melupakan apa yang berlaku terhadap DS Anwar adalah mereka yang hanya pentingkan diri mereka sendiri. Apabila parti ini telah kuat sehingga berjaya memerintah sebuah negeri yang terkaya, terdapat segelintir pemimpin yang ingin menghasut agar tidak tumpukan lagi perjuangan membela nasib DS Anwar. Di kalangan mereka ini baru `dua hari' berada di dalam parti kemudiannya ingin memanjat tinggi dalam haraki kepimpinan. Pemimpin seperti ini tidak layak dipilih bahkan mungkin tidak sesuai berada di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. kalau nak tau samada parti pkr berhubong kait dengan Anwar atau tidak ialah setelah Anwar meninggalkan parti.
    aku yakin dan amat percaya pkr akan lingkup sebaik saja Anawr tak ada.semua akan berselerak menuju haluan masing masing.sokongan ahli lain parti dalam pru atau prk kepada keadilan adalah kerana Anwar masih bersama,jika tidak siapa pun tak teringin dengan parti ini,tambahan jika ada maklok seperti zaid yang mungkin lebih sesuai dengan dap.

    BalasPadam
  2. Aku setuju pkr akan turun darjat kalau terus menerus membela anwar. Kami rakyat perlukan keadilan sama dgn anwar juga. Jika anwar lebih penting dari rakyat maka tiada gunanya kami berjuang dgn pkr lagi. Tak semestinya bila kami berhenti berjuang dgn pkr kami akan masuk umno. Masih ada 2 lagi platform buat kami iaitu pas atau dap. Jika pkr rasa anwar lebih penting dari rakyat maka... GO TO HELL!!!

    Lepas ni aku pasti akan dichop agen umngok.

    Bodoh punya melayu...

    BalasPadam
  3. Jika kami berjuang semata-mata utk anwar maka kami tidak ubah spt anwar berjuang utk mahathir masa dia umno dulu. Konon mcm anak dgn bapak. Akhirnya bapak bagi pelingkup anak. Skrg ni kita sama-sama tunggu dan lihat anwar jadi bapak dan azmin jadi anak. Tunggu siapa pelingkup siapa...

    Lagi sekali aku nak sebut... GO TO HELL!!!

    BalasPadam
  4. Throughout the years, PKR has evolved from being an Anwar centrist party to a political force to be reckoned with

    A few example of some of the non Anwar related activities:
    a) Enactment of Freedom of Information act
    b) Representing oppressed Felda settlers in court
    c) Demanding justice for Kugan, Beng Hock and Aminulrasyid among others

    I truly believed that with Anwar incarcerated, PKR can still move on in the political scene
    Besides, making Anwar a martyr would be the last nail in UMNO's coffin

    BalasPadam
  5. PKR tu sama la dgn anu kenit si jubur yg suka lobang taik..

    tenkiu..

    BalasPadam