Jumaat, 22 Oktober 2010

KALAU MAHU SOKONG ZAID PUN, JANGAN SAMPAI SAMAKAN PKR DENGAN UMNO

Oleh: Mandor

ZAID punya pasal ada pulak member kita kata PKR sudah macam Umno. Kununnya PKR tidak beri keadilan pada Zaid. PKR tuduh Zaid ejen Umno bila Zaid kritik pemimpin PKR. Banyak lagi lah dakwaan puak-puak yang sokong Zaid Ibrahim tu. Benarkah PKR sama seperti Umno? Jika benar, aku pun tak sokong PKR tapi bukan nak sokong Umno tapi aku masuk PAS terus.

Cakap pasal Zaid ini, yang dok kata kat Zaid tu bukan suara rasmi PKR, tetapi suara dari beberapa ahli atau pimpinan PKR yang melihat Zaid pun seperti Umno cara politiknya. PKR sudah beri lampu hijau Zaid masuk bertanding walaupun sebelum itu Zaid dok kata macam-macam kat Ketua Umum PKR, Presiden dan Timbalan Presiden PKR. Ketua Umum status sama seperti ahli biasa PKR, Presiden PKR umpama `boneka' dan Timbalan Presiden PKR `nyanyu' (nyanyuk). Itu semua terbit dari mulut Zaid yang bersopan santun itu. Itu kritikkah atau tidak, aku tak tau lah.

Tetapi bila Zaid bercakap begitu, dia ingat semua pemimpin dan ahli PKR boleh terima cakap dia apatah lagi Zaid tidak membawa sebarang fakta dan bukti. Bahkan Zaid tidak membuat sebarang laporan kepada pihak yang berkenaan di dalam parti. Itu semua Zaid hebahkan dalam media. Zaid juga berkata beliau tidak peduli arahan parti supaya memboikot akhbar Utusan setelah Zaid diwawancara oleh akhbar milik Umno itu. Itu pun PKR tidak ambil tindakan pada Zaid kerana PKR bukan seperti Umno. Siapa kata PKR seperti Umno?

Kalau Zaid boleh hina dan kritik orang lain apatah lagi pemimpin utama partinya sendiri, apa standard Zaid tidak boleh dikritik oleh pemimpin serta ahli parti? Hebat sangatkah Zaid sehingga orang lain kena taat cakapnya? Soalnya siapa yang mulakan dahulu? Bila Zaid mulakan jangan marah jika orang lain mengikut rentaknya. Kita tidak kisah Zaid berbohong banyak kali, kerana PKR sentiasa buka pintu Zaid untuk masuk bertanding walaupun baru `dua hari' dalam parti. Dulu dia kata, tidak berminat merebut jawatan dalam parti. Kemudian, ingin merebut jawatan Timbalan Presiden. Kemudian lagi, sanggup undur diri jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kemudiannya pula berkata, sedia undur diri jika Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden. Itulah Zaid punya prinsip.

PKR tetap memberi ruang Zaid bertanding. Kini beliau telah berada di dalam gelanggang. Adat orang bertanding, mestilah ada penyokong masing-masing. Jika Zaid boleh berkempen beserta penyokong-penyokongnya berkempen dengan berbagai cara dan propaganda, pihak lawannya juga samalah. Jika tidak mahu diserang dalam gelanggang, baik jangan masuk gelanggang. Jika tidak mahu di`serang' secara kasar, jangan mulakan bermain kasar. Pendekar mesti berani bertarung, jangan raih simpati dengan menuduh orang lain menggunakan taktik kotor atau sebagainya. Percayalah Zaid, PKR tidak akan menjadikan kamu `Ghafar Baba' jelmaan baru. Kita bertarung dalam gelanggang, tamat pertandingan keluar gelanggang jabat salam. Habis cerita.

Zaid diserang, Azmin juga tidak kurang mendapat serangan sehinggakan didakwa sebagai orang paling berkuasa di dalam PKR. Kununnya DS Anwar pun kena ikut cakap Azmin. Wah, hebat Azmin. Jika begitu bodoh sangatlah Azmin kerana tidak lawan DS Wan Azizah sahaja sebagai Presiden. Lagi cerita, kununnya Azmin hasut Shamsul Iskandar buat `U - Turn' bertanding mengekalkan jawatan Ketua AMK kerana Azmin tidak mahu Chegu Bard menang mudah. Ini semua Azmin kena hadapi macam Zaid kena hadapi.

Apa yang penting, di dalam pemilihan kali ini tiada rasuah politik dan dendam kesumat. Selesai sahaja pertandingan, kembali kita bersatu menentang Umno. Jangan setelah selesai pertandingan, kita terhegeh-hegeh berjumpa Utusan akhbar milik Umno itu untuk mengadu masalah atau meraih simpati. Memang akhbar itu sentiasa kemaruk dan lapar kepada berita yang memburukkan parti. /mandor.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Aku bkn penyokong zaid dan bukan penyokong azmin. Aku cuma penyokong demokrasi dan keadilan. Aku tak kenal zaid tapi aku kenal azmin dan konco2nya. Sebab tu aku tak suka. Sikap azmin dan konco2nya sama dgn beruk2 yg sdg bersidang di Pirate World Trade Centre skrg ni. Sebijik... sokong walau perangai mcm sial masing2. Aku kontraktor di mpaj. Dulu dgn umno kena pau 20% setiap projek. Skrg dgn konco2 azmin pun kena pau 20%. Tak sama ke kau org dgn umno? Kau tak pergi siasat showroom kereta import azmin? Kalau nak tau aku boleh tunjuk kat mana showroom dia. Brp bnyk AP dia ada? Siapa dia sampai dpt bnyk AP? SU sulit dari dulu boleh kaya raya mcm tu? Penulis bebal tak tau apa2 sb hanya menulis ikut rasa tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Aku sokong PR tapi tak sokong manusia oportunis dlmPR sb PR tak sama dgn BN (sepatutnya). Kalau nak tulis pun pakai otak le woi... Jgn jadi melayu bodoh tapi melalak konon2 melayu baru. Kawan dgn keling lagi baik dari kawan dgn melayu perangai umno laknaktullah... Poodaahhh...

    BalasPadam
  2. Yg ko dok bebel kat sini pun tuduh Azmin bukan2 sebijik gak cam UmnoNgok. Pergi la report SPRM atau pihak berkuasa jika ada berlaku penyelewengan yg dibuat oleh Azmin. Ko ingat ko sorang je kenal Azmin? Kat Sgor tu Tan Sri Khalid siap offer SPRM siasat sesiapa saja Wakil Rakyat dari PR jika ada lakukan penyelewengan. Mustahil SPRM tak nampak jika benar Azmin lakukan penyelewengan sedangkan ko bleh nampak. Aku cabar ko pergi report SPRM tentang yg ko sebut tu. Jgn serupa cam UmnoNgok tuduh ikut hati.

    BalasPadam
  3. Anon 00:14
    Cakap sajalah yang hang mau Zaid menang supaya PKR cepat dilingkupkan.
    Cakap depa minta 20% ni,hang nak temberang siapa.Kalau hang betoi kontraktor dan memang hang dapat melalui 20% ni waktu hang dalam umno,aku tau hang tak rugi apa apa.Yg depa bagi 20% tu bukan duit untung hang tapi duit yang adjust semula dengan tambahan 20% dari nilai asai.
    Kalau pada PR perintah ni,hang susah sikit nak dapat walaupun hang dakwa 20% masih ada.Pasaiiiiii,kalau ada 20% SPRM tak tunggu orang bodoh macm hang ni buat aduan,depa cekup awai awai lagi.
    Woi mangkok 00:14
    Cakap balik pasai Zaid ni.aku ingat kalau dia bolih dapat 20% drp pengundi pun sudah cukup kuat.Dulu mungkin dia ada harapan,tapi pasai dia bodoh strategi,akibatnya dia dan kawan dia akan bungkus kerana depa nak jadi umno lebih drp umno.

    BalasPadam
  4. Memang bebal punya melayu... aku cuma rakyat biasa je bukanpemimpin atau blogger mcm korang. Kau tuduh aku umno dan aku tuduh kau umno. At last kita ni sama2 umno. kah kah kah... bodoh punya melayu pkr... Baikaku sokong dap lagi puas hati... bangang!!!

    BalasPadam
  5. Kah kah kah... blogger ni sama tahap pemikiran dgn parpukari dan papagomo. Sanggup bermati2an pertahankan org yg dia sokong wpun yg disokong tahap sampah. Tak ada beza wfauzdin dgn parpukari. Sekor melayu pkr bangang & sekor lagi mamak umno bangang... kah kah kah...

    PKR ITU MELAYU
    UMNO ITU ISLAM

    Kah kah kah... masih ada melayu yg tahap pemikiran tahap sampah. Parti keadilan yg tak ADIL. Tukar nama je lah woi... Jadi parti azmin atau parti anwar lagi baik.

    Repot kat sprm? Azmin kabel dia kuat woi... repot sprm sama je kau repot umno laknat kat sprm. Kes khir toyo pun belum settle lagi. Amin ni lagi bahaya dari aid sbb telur anwar dlm genggamannya... pasal tu anwar jadi bodoh dgn azmin. Blogger tahap berfikir samadgn parpukari mana tau apa2.

    BalasPadam