Selasa, 26 Oktober 2010

PENAMAAN CALON DUN GALAS - MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ MENANGIS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.(Harakahdaily)

MENGAPA Mursyidul Am PAS juga MB Kelantan ini menangis tatkala kesekelian para penyokong PR begitu bersemangat untuk `mengubur'kan Umno sekali lagi di Bumi Serambi Mekah ini? Tiada siapa yang tahu melainkan Tuan Guru sendiri serta Allah SWT Tuhan yang menjadi tempat beliau mengadu.

Kita semua tahu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lemah jiwanya untuk menangis sedemikan rupa. Beliau telah ditekan dan diasak begitu hebat sepanjang perjalanan politiknya, apatah lagi semenjak beliau memegang jawatan MB Kelantan. Namun, beliau begitu kuat semangatnya, begitu juga tatkala keluarganya diburukkan bahkan pemergiannya ke Mekah pun menjadi fitnah oleh musuh-musuh politiknya. Saya cuba meneka apa yang ditangiskan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.

Pertamanya, beliau merasa sedih kerana masih ada umat Islam di Negeri Kelantan yang mahu menentang dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Apabila Umno yang mengaku Melayu Islam itu meletakkan calon untuk bertanding, ini bermakna parti sekular itu begitu serius untuk menumbangkan PAS di Kelantan. Mengapa Umno sanggup menentang PAS? Bagi Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya tiada sebab umat Islam di Kelantan khususnya menentang Kerajaan PAS. Apa penyelewengan atau salah laku sepanjang PAS memerintah Kelantan? Jika kemajuan atau pembangunan menjadi sebab, mengapa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak mahu membantu rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu dan berugama Islam itu? Tuan Guru merasa sedih bila memikirkan sampai bila rakyat Kelantan ingin di anak tirikan.

Kedua, Tuan Guru merasa sedih mungkin kerana memikirkan mengapa tergamaknya Umno mempergunakan Ku Li untuk menentang PAS. Semua orang tahu bahawa Ku Li selama ini berjuang untuk mendapatkan hak rakyat Kelantan di dalam isu royalti minyak. Malahan Ku Li sanggup sepentas bersama Tuan Guru untuk berjuang di dalam mendapatkan hak yang dirampas oleh Umno/Bn itu. Di saat PAS bergelut di dalam perjuangan tersebut, tiba-tiba Ku Li menjadi orang kuat Umno untuk menentang PAS. Tidak terfikir oleh kita mengapa Ku Li sanggup terus meng`gurkha'kan dirinya sepanjang masa. Tentu pada fikiran Tuan Guru, tidak wajar PAS `menyerang' Ku Li kerana besarnya jasa Ku Li terhadap perjuangan PAS di dalam isu royalti. Berlawan dengan Ku Li bukanlah pilihan yang menggembirakan PAS. Namun, PAS terpaksa berbuat demikian kerana Islam mengajar untuk menentang sesiapa sahaja yang ingin meruntuhkan Islam hatta ibu dan ayah kita sendiri.

Ketiganya pula, tangisan Tuan Guru Nik Aziz adalah tangisan seorang hamba yang menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Setelah PAS berjuang dan melaksanakan segala yang terdaya dan termampu, maka PAS berserah kepada Allah. Mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk dan jalan yang mudah untuk PAS terus berkuasa di Kelantan demi agama yang maha suci ini. Tuan Guru sedar, sepanjang kempen ini nanti sudah pasti Umno akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kerusi Dun Galas tersebut. Tuan Guru tetap berdoa ke hadrat Illahi agar seluruh rakyat Kelantan khususnya di Galas akan istiqomah dengan Islam.

Umno akan terus memperlecehkan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan. Menjadi kewajipan kita semua untuk berada di saf hadapan berdepan dengan Umno. Lupakan sementara Ku Li, dan jika kita ingin menyelamatkan maruah Ku Li maka PAS mesti tumbangkan Umno di Galas. Apabila Umno tewas, maka InsyaAllah, Ku Li akan dapat pertunjuk mengapa beliau harus bersama rakyat Kelantan untuk mempertahankan Kerajaan PAS. Apabila Ku Li kembali bersama kita, ini bermakna Umno akan gagal `memperhambakan' Ku Li lagi. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. air mata politik nicky ajis..buat modal PRK ler tuh! hahaha

    bodoh piang punye fuckatan..percaya sgt dgn airmata buaya nicky ajis..

    BalasPadam
  2. "tangisan Tuan Guru Nik Aziz adalah tangisan seorang hamba yang menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT"

    beliau sayu mengenangkan adanya segelintir pemimpin pas 'menolak' perjuangan beliau.

    BalasPadam
  3. Setuju Tanpa Nama berkata... 2010 Oktober 26 15:34
    air mata politik & buat modal PRK
    berbezanya
    Politik Tok Guru politik Islam ,politik UMNO politik Kapal Selam

    (Zahirnya nampak sama
    Hakikatnya berbeza)

    Hanya yang buta mata hati tidak dapat menilai!

    BalasPadam
  4. politik islam kah kalu penjilat jubor Kaper DAP yg terang2 tentang usul negara Islam? bukak mata la wei!hahaa

    BalasPadam
  5. Kalau DAP terang-terang tentang usul negara Islam, kenapa UMNO yang sedang berkuasa langsung tak tubuhkan negara Islam?..apa beza dengan DAP?...

    BalasPadam