Jumaat, 15 Oktober 2010

TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG

Oleh: WFAUZDIN NS

APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini." (Malaysiakini).

Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu.

Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah.

Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain?

YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah.

Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. satu ingatan yg menarik dan ucap selamat utk yb azmin

    BalasPadam
  2. Awak tau ke bagaimana keluarga Anwar diketepikan oleh Azmin dan Ezam ketika dia dalam jel dulu? Ramai yang masih ingat kata-kata mereka "Anwar apa tau, dia dalam jel". Kak Wan pula mereka perbudak-budakkan dlm meeting PKR.

    Lain kali sebelum nak tulis, dapatkan fakta yang betul dulu.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 15:20. Cite mung bohong lah ....

    BalasPadam
  4. Maaf. bukan azmin je yg berjuang dlm PKR. Mustafa Kamil, Ustaz Badrul Amin, Gobala Krisnan dan banyak lagi tapi di mana tempat mereka sekarang dlm PKR namun mereka juga tidak berpaling tadah. Mereka masih setia pada parti. Anwar betul bila dia nasihatkan anaknya tapi adakah dia sendiri berbuat demikian?. Jangan mengajar anak berjalan betul kalau diri sendiri pun tidak betul. Cukup, Anwar kena berehat dari politik setidak-tidaknya sehingga kes dia selesai. Kak Wan juga perlu meletakkan jawatan dan bagi laluan kepada Nurul Izzah. Itu pun kalau sayangkan parti. Saya tetap berpandangan Syed Husin Ali paling layak sebagai presiden parti dan Khalid Ibrahim sebagai timbalannya tapi apakan daya, Syed Husin Ali telah terpinggir. Mungkin bukan rezeki Anwar untuk jadi PM, mungkin rezeki Nuruk Izzah. Buat Azmin dan Zaid, cermin diri dulu, samada anda layak atau tidak untuk jadi timbalan jika ini caranya anda berdua berpolitik?.

    BalasPadam