Jumaat, 15 Oktober 2010

WAHAI GOBALA, SIAPA HAIRAN JIKA KAMU KELUAR PARTI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM MP Padang Serai dari PKR, YB Gobala `mengugut' partinya sendiri disebabkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang. Beliau mengugut untuk keluar dari PKR sekiranya parti itu tidak bertindak terhadap aduannya. Sasarannya adalah YB Azmin yang kununnya dikatakan banyak mempengaruhi atau campurtangan menentukan siapa calon yang bertanding. Seperti biasa, media pencari bangkai memberikan liputan meluas kenyataan Gobala.

Semua tahu Gobala anti Azmin dan menyokong Zaid. Itu kita tidak kisah kerana itu hak individu untuk sokong sesiapa. Tetapi menuduh YB Azmin mempunyai pengaruh sebegitu besar di dalam pemilihan PKR adalah satu tuduhan dari orang yang tidak berakal. Jika benar YB Azmin mempunyai pengaruh sedemikian rupa, masakan YB Nurul Izzah dibenarkan bertanding Timbalan Presiden PKR walaupun pencalonannya tidak mencukupi setelah tarikh tutup pencalonan? Sudah tentu YB Azmin yang dikatakan berpengaruh besar itu akan mempengaruhi parti menolak pencalonan YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memandangkan YB Azmin juga turut bertanding jawatan yang sama?

Adakah ini satu cara untuk Gobala mencari jalan untuk melompat parti sepertimana taktik yang digunakan oleh YB Zulkifli Noordin? Sekiranya Gobala tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan di dalam PKR, mengapa beliau perlu mengugut untuk keluar parti? Bukan beliau seorang sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem atau perjalanan pemilihan yang diadakan ini. Sudah banyak aduan telah diterima dan jaminan dari pihak yang berkenaan dari parti segala aduan akan disiasat dan akan dimaklumkan. Suatu sistem yang baru tentunya terdapat banyak masalah yang timbul dan ini semua satu pelajaran yang berguna buat PKR.

Masalah Gobala bukan masalah tidak bersetuju dengan sistem pemilihan. Beliau tidak puas hati kerana kununnya YB Azmin dan beberapa pihak di dalam parti campurtangan di dalam menentukan siapa yang patut dipilih oleh ahli-ahli parti. Tentu beliau punyai bukti atas dakwaannya, walaupun YB Azmin telah pun menafikan beliau mempunyai `kuasa besar' itu. Jika Gobala ada bukti, sila kemukakan kepada parti untuk disiasat. Mengapa perlu ugut untuk keluar dari PKR?

Mungkin Gobala yakin parti tidak akan bertindak ke atas aduannya. Jika beliau sudah tidak yakin dengan parti, maka wajarlah beliau keluar dari PKR. Jangan beliau ingat parti akan tunduk kepada kehendaknya melalui ugutan seperti itu. PKR sanggup hilang kerusi asalkan parti ini tidak menanggung orang yang berlagak seperti beliau. Contohnya YB Zulkifli Noordin, biarpun ketika PKR semakin kurang kerusi akibat beberapa pemimpin bertukar menjadi `katak", namun PKR berani menghumbankan MP Kulim Bandar Baru itu.

Pada saya, sekali Gobala terasa ingin keluar parti, beribu kali saya bersetuju. PKR hendaklah menyiasat semua aduan tidak kira dari siapa dan apakah darjat mereka. Siasatan hendaklah dilakukan dengan jujur dan bertanggungjawab bukan kerana ugutan seperti Gobala lakukan. Jika ugutan seperti ini mahu dihentikan dari menjadi amalan di dalam PKR, maka wajarlah PKR `campak'kan Gobala ini ke dalam golongan `katak' yang sedia menyambut itu./wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Woi Go Bala go lu mau pi mana lu punya suka wa tatak heran la.... lu ingat lu sapa ?

    BalasPadam
  2. Yg Dituduh Agen Umngok15 Oktober 2010 pada 5:34 PTG

    Kamu ingat rakyat bodoh serupa kamu ke? Ini bukan zaman org percaya umno lagi. Rakyat dah faham sepak terajang politik. Nurul Izzah dicari jalan agar layak bertanding oleh azmin supaya zaid tarik diri. Gunalah akal yg Allah beri pada kamu tu. Jgn jadi bodoh serupa melayu umno. Bodoh kamu ni serupa pengarang utusan kamu tau tak?

    BalasPadam
  3. Cukup la,gobala mmg tggu ruang je n zaid plk buka jalan,Gobala n Zaid baik BERAMBUSSSSSSSS

    BalasPadam
  4. Azmin pun wak ingat bole belah la. Wak berbulu betol dengan pemimpin yang tunjuk kekayaan. Wak lagi kaya tapi Wak senyap jee..... Wak bayar zakat, derma, bantu sana sini tapi tak ambil gambar...

    BalasPadam
  5. Bagus le kalu Wak parjoe sonyap, tapi mulut serope buntut ayam sebab ingat dia sorang je yg bayar zakat org lain tak. mangkuk jamban punye wak....

    BalasPadam
  6. wak parjoe @ pajero
    wak banyak duit pasal sapu duit toyo ka?.....duit judi pun mau bayar zakarrr ka?

    BalasPadam
  7. Wak Parjoe, saya sokong azmin sebab keadilan ujud bersama beliau, beliau yg melalak berceramah semasa orang tidak kenal keadilan. beliau patut di tolak ke kerusi Timbalan. Gobala kalau dah ugut, cepat2 lompat. Zaid kalau sayang keadilan, sabar dulu bagi cop jari kering dulu. 2 orang ni perlu ditimbang dgn serious kalau nak dicalunkan dalam PRU13.

    BalasPadam
  8. LEPAS PEMILIHAN PKR NI HARAP2 PKR BERSIH DARI SUMPAH SUMPAH DAN KATAK2 LOMPAT

    BalasPadam
  9. presiden syed husin, timbalan khalid ibrahim. ini yg sepatutnya. yg lain tunggu giliran. sehingga kamu layak memimpin baru kamu bertanding. Anwar dan Kak Wan rehat. selesai kes dulu. Nurul Izzah timba pengalaman banyak2 dan isyaallah awak akan jadi perdana menteri wanita pertama di malaysia. ini pendapat peribadi aku tanpa hasutan atau lobi dari mana2 individu atau kroni. Lebeh2 lagi dari bik mama....ahak.

    BalasPadam
  10. nak bagitau bunbinban
    pkr ni parti anwar ibrahim.kalau anwar dah tak ada(tak teribat dalam mengurusnya)pkr akan padam,walaupun siapa pun pemimpinnya termasuklah wan azizah atau nurul izzah.
    anggotanya pula bekas ahli umno dan orang yang minat politik tapi tak mau jadi ahli PAS,DAP dan amat benci dengan bn,tetapi masih tunggu apa yang bn bolih bagi.
    balaci terbaharu yang memporakperandakan pkr adalah zaid ibrahim(hero aku dan lain lain waktu mula masuk dan belum tunjuk belangnya).
    gopala walaupun ugut nak keluar,tapi hakikatnya dia lebih baik drp ezam & geng,malah lebih baik dan berguna drp jefry & sabahan.

    BalasPadam