Ahad, 17 Oktober 2010

YB GOBALA, KELUAR SEGERA DARI PARTI SEBELUM PEMENANG DIUMUMKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS, ucapan ini buat YB Nurul Izzah yang akhirnya membuat keputusan untuk tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Kebijaksanaan beliau di dalam membaca suasana politik semasa khususnya di dalam PKR sekarang menunjukkan bahawa YB Nurul Izzah adalah seorang tokoh muda yang bakal bangkit suatu ketika nanti. Walaupun bukan sekarang, namun ahli-ahli parti sedia menanti kemunculan anak sulung DS Anwar ini menerajui parti di masa akan datang walaupun mungkin tidak sehebat bapanya tetapi yang pasti PKR tidak akan dapat diperkecilkan oleh sesiapa.

Meskipun di`provok' oleh Dato Zaid yang mendapat sokongan padu dari mereka yang `anti Azmin', tetapi kebijaksanaan YB Nurul Izzah menunjukkan beliau masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap dua lagi calon iaitu YB Azmin dan juga Sdr Mustafa Kamil Ayub. Seandainya YB Nurul Izzah menyokong Dato Zaid sebagai Timbalan Presiden PKR, tidak menjadi masalah kerana itu adalah hak beliau. Kita hormatinya.

MB Selangor, Tan Sri Khalid juga membuat penilaian yang bijak untuk tidak bersama dengan YB Azmin, Mustafa Kamil dan Dato Zaid untuk merebut kerusi nombor dua itu. Terdapat dakwaan kununnya DS Anwar `menyusahkan' Tan Sri Khalid untuk meneruskan hajatnya bertanding Timbalan Presiden PKR, adalah satu persepsi yang tidak lojik dan tanpa sebab. DS Anwar dikatakan mempertikaikan jasa Tan Sri Khalid di dalam parti. Mana mungkin, kerana DS Anwar telah memperkenankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dengan mengenepikan YB Azmin yang dikatakan kununnya `anak emas' beliau, sudah cukup membuktikan DS Anwar tahu jasa Tan Sri Khalid terhadap parti. Jika ingin dipertikaikan jasa terhadap parti atau kerosakan terhadap parti, mungkin ianya sesuai untuk ditanyakan kepada Dato Zaid.

Setelah pencalonan dimuktamadkan, tiada lagi keriuhan di sana-sini melainkan `kecoh' di Utusan dan TV 3 sahaja. YB Gobalakrisnan yang terkenal dengan sikap anti Azmin sahaja nampaknya kerap muncul sebagai `hero' di TV 3. Beliau secara terbuka dan sengaja mengugut untuk keluar parti jika `kemahuannya' tidak dipenuhi. Saya mengharapkan YB Gobala keluar segera dari parti dan bukannya menantikan siapa pemenang di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Niat untuk keluar parti itu sudah cukup buat kita menilai kesetiaan YB Gobala terhadap parti. Persengketaan peribadi beliau dengan YB Azmin tidak boleh dibawa untuk merosakkan parti./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. go bala go...apa di tungguuuu...

    go bala go...

    kalau jumpa ular dengan gobala...kita ketuk mader kutik dulu..

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  2. bila nafsu dan kemarahan dibalas dengan kemarahan,terjadilah apa yang dilakukan olih gopala dan pengkritik atas tindakannya.
    biar pun gopala agak terlajak dan ini memang sikapnya(kalau pengkritiknya tak tahu perangai gopala bermakna ia masih hingusan dalam pkr),ia tidak wajar dilayan seperti kita menambah petrol dalam api.
    siapakah kita,kamu(mosabit,wfaudin)kalau nak banding dengan gopala dan beberapa lagi tokoh reformasi yang masih kekal.
    setakat katok laptop,setakat baca ulasan blogger,tak perlulah nak buat desakan pada mana mana mereka yang telah lama bersama pkr.
    kepada penyokong zaid,azmin atau mustafa,ingatlah hampa bukan orang umno.tapi kalau hampa memang nak pi pada umno,lantaklah,komenlah apa yang apa hampa mau.

    BalasPadam
  3. Kah kah kah... perangai mcm agen umngok tapi tuduh org lain jadi agen umngok... bodoh betul

    BalasPadam
  4. Aku suka Gobala tu komplen ttg masalah pemilihan PKR. Ok apa? Mesti transperens la. Baru kena nama keADILAN tu. Tapi ya dia 'terlihat' agak agresif, kecoh di kaca tv, kan? Ingat! Media perdana tu, geng. Mestilah biased to agenda BN. Read between lines, shall we?

    Biarlah sapa pun jadi TP PKR, puak kalah kena sokong la demi PKR & reformasi politik negara. Harap UMNO, fuhh... transformasi konon...Terlambat dah...dah parah.

    BalasPadam
  5. 17:48
    ayat bodoh...pantang tegur tau tibai lain sikit coraknya,mesti dikatakan ejen umno.
    hoi barua 17:48..umno tak perlu lagi jalankan kerja musnahkan pkr pasai kerja ni sedang dijalankan olih mereka dalam pkr sendiri.

    BalasPadam