Rabu, 24 November 2010

JANGAN SALAHKAN MAHATHIR, DIA TUA SUDAH RABUN

"Wahai ahli-ahli PKR, bertaubatlah dan masuk Umno....."

Ini pun `parti' juga....Mukhriz tak nak pelawa join je?" Tak bertaubat ke...

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR berkata ahli-ahli PKR perlu bertaubat dan kembali kepada Umno. Lucu sungguh saranan mantan PM yang DS Anwar dakwa keluarganya ada memiliki kilang arak terbesar di luar negara itu. Mahu bertaubat kena masuk Umno? Maksudnya kena masuk `geng' dengan Apco Yahudi itu kah? Pada saya lebih baik mati, daripada masuk Umno.

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum Islam. /wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. sepatutnya mahathir perlu bertaubat sebelum mati,sebab sedar tak sedar berapa banyak perbuatannya yang menetang islam semasa memerintah.cerita dunia bukan main baik..tapi kita ingatkan Allah lebih tahu apa yang hambanya lakukan

    BalasPadam
  2. Mahathir memang dah tua, tetapi Anuwar yang lebih muda daripadanya dah keredut dan muka dah kehilangan cahaya!!!!

    Mengapa ye?

    Renung-renungkanlah!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    Adakah benarkah segala apa yang diperkatakan tuan? atau hanya kerana Tun Mahathir tidak sehaluan dengan parti yang tuan sanjung kah beliau disanggah?

    Adakah apa yang dilakukan oleh para pemimpin Pas dan PKR semuanya benar wahai tuan?

    Knp tuan tidak melihat pula Tun semasa pemerintahannya yang sering menyerang Israel demi mempertahankan umat Islam Palestin, usaha menghantar kapal bantuan kemanusiaan ke gaza siapa yang usahakan tuan.

    Siapa pula yang pergi melutut kepada Yahudi Amerika setelah tersasul mengkritik kumpulan Yahudi tersebut kalau bukan Anwar..

    Siapakah yang menggelarkan Israel sebagai negara proksi yang menggunakan orang lain untuk mati demi mereka? Adakah DS Anwar?

    Adakah kerajaan sekarang benar2 zalim tuan? atau hanya kerana kerajaan sekarang tidak memenuhi keperluan yang tuan seorang inginkan?

    Sememangnya di dalam mana-mana parti sekalipun masih ada kekurangan, malah PAS sendiri bukanlah parti yang baik untuk mempertahankan Islam dewasa ini.

    Jika dahulu Tun Mahathir dikatakan melarang Pas dikelantan untuk laksanakan hudud kini setelah Pas berkuasa kepada beberapa negeri kenapa isu perlaksanaan hukum hudud langsung tiada berbunyi..sunyi sepi setelah disergah oleh prinsip DAP yang mmg terang2 Anti-Islam..(Langkah mayat saya dulu jika nak tubuhkan negara Islam - Karpal Sigh).

    Jadi lebih baik bersetongkol dengan DAP yang terang2 anti Islam daripada berbaik-baik sesama Islam? (UMNO-PAS).

    PAS bukan Agama Islam, PAS hanya sebuah parti yang mendokong Islam sebagai wadah perjuangan.. Islam adalah Islam..tp sayangnya PAS menggunakan Agama Islam sebagai perisai untuk kepentingan parti.. bukan Parti sebagai perisai kepada Agama Islam.

    PKR tuan? Tuan sendiri boleh menilainya..

    UMNO sendiri tidak sempurna, malah ada diantara pemimpinnya yang mmg tidak boleh pakai (Hishamudin-KDN? hancuss)..namun kita masih boleh perbaikinya dengan berdamai sesama Islam..kita tolak bahagian-bahagina yang busuk ini..gantikan mereka dengan yang lebih baik.

    Usah pertahankan ego semata-mata akhirnya agama, bangsa dan negara tergadai...

    BalasPadam
  4. Anon 14:46,

    Nak buat macamana, pintu hati mereka ini dah tertutup! Hitam pekat!!!!

    BalasPadam
  5. Kepada penyokong tegar dan pencacai tegar umno sekelian teruskan pegangan kamu semua....agaknya kalau umno mamposs mau gile kamu semua yer!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama 14.46,24Nov.

    Yang diperkatakan disini ialah Mahathir Kutty.Ramai dialam cyber ni yang boleh menyediakan senarai yang panjang dan lengkap,betapa zalim,pembaziran,salah guna kuasa dan betapa anti Islamnya Mamak ni.Dia kutuk Zionis Israel satelah tidak jadi PM lagi.Waktu jadi PM dia sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk cari jalan nak cium tangan Bush diRumah Putih.Amerika Syarikat serang Iraq,Malaysia sokong waktu Mamak ni jadi PM.
    Anda mengaku memang ada "busuk" dalam UMNO dan konon boleh diperbaiki.Busuk ni sudah lebih dari 50 tahun,tak munkin diperbaiki.Kalau penyakit,sudah jadi barah,dalam istilah ekonomi,sudah BER - Beyond Economic Repair.Anda sedang berjalan melawan arus,anda akan sama-sama tenggelam kelak.

    BalasPadam
  7. Hidup Umno Apco.... bersahabatlah kamu dengan rejim zionis laknatullah.. buat pencacai umngok tolong komen sikit mengenai Apco??????

    BalasPadam
  8. jasa mahathir banyak tetapi kejahatan yg dilakukan nya juga banyak, nak tau kejahatan dan keburukan mahathir hanya apabila kerajaan baru berkuasa.

    BalasPadam
  9. Anon 21:37,

    Sampai bila hang nak tunggu 16 September???

    Takut nanti jadi isin!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  10. Anon 21:37,

    Kerajaan baru??

    kahkahkahkahkahkah.........

    Kucing aku belum bertanduk lagi! Hang kena tunggulah no??

    BalasPadam
  11. ehehh..dulu pun org kata sampai kucing bertanduk la nk tawan Sgor....tapi, apa sudah jadi? PR berkuasa atau tidak nanti, Umnongok tetap kami tentang....

    BalasPadam