Ahad, 21 November 2010

KARPAL PERNAH BERITAHU ANWAR, ZAID TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Zaid Tak Boleh Dipercayai : Karpal
20/11/2010


PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu. "Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah. "Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat. "Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno atas isu-isu tertentu. /TVNews

1 ulasan:

  1. karpal juga ada bagitau anwar supaya anwar bertaubat.."he is already creating enough trouble to the country"...memetik kata2 live dari karpal..

    tu blum yg dalam persidangan parlimen dimana karpal meminta siasatan dilakukan kepada anwar dan hobinya membutoh lubong balakang jantan..

    thanks wfauzdin..

    p/s: ko nye posting ni kadang2 kelakar..terserlah kelemahan gaya penulisan ko..ko kena ingat ko ni barua blogger politik..nak tulih tajuk tu hati2 sikit la,kan da kena bola tanggung!..

    BalasPadam