Ahad, 21 November 2010

PEMILIHAN PKR - AZMIN, NURUL IZZAH DAN FAUZIAH MASIH SELAMAT?

Minggu penentu pemilihan PKR bermula

Nov 20, 10 4:02pm
Minggu penentu bagi calon-calon majlis pimpinan pusat (MPP) PKR bermula apabila 57 lagi cabangnya melangsungkan pemilihannya di seluruh negara bermula pagi tadi.

Hari ini, anggota PKR di sekurang-kurangnya 15 cabang lagi - enam di Selangor, enam di Sarawak dan tiga di Johor - akan membuat pilihan masing-masing.

Manakala esok sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses berdasarkan konsep "satu anggota satu undi" di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).

azlanLima lagi cabang yang sebelum ini belum mengadakan pemilihannya (Parit Sulong, Penampang, Silam, Kimanis, Kuala Langat) turut mengadakannya dalam dua hari ini.

Setakat ini belum dapat dipastikan cabang-cabang itu akan mengadakannya hari ini atau esok.

Dalam pemilihan minggu terakhir, tumpuan kini beralih daripada kerusi timbalan kepada jawatan naib presiden yang mana persaingan antara 17 nama-nama besar dalam parti itu masih sengit.

Tiada sesiapa yang dilihat betul-betul selamat buat masa ini ekoran hanya empat tempat sahaja yang diperuntuk dipertandingkan.

Setakat ini, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).

Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

Manakala, bagi kerusi timbalan presiden pula, persaingannya dilihat kurang menarik lagi selepas calon heavyweight Datuk Zaid Ibrahim menarik diri, malah membaut keputusan keluar daripada PKR pada 16 Disember depan.

Pengunduran itu terus melonjakkan majoriti Azmin Ali kepada lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub dilihat gagal menarik undi daripada penyokong Zaid setaka ini.

Azmin kini mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja. Kedua-dua mereka naib presiden PKR./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan