Selasa, 30 November 2010

KUNUNNYA AKULAH PEJUANG ISLAM......

Oleh: WFAUZDIN NS

KECOH puak-puak tu apabila seorang Perwakilan PKR bukan berugama Islam membaca terjemahan dari ayat Al-Quran yang tidak tepat. Membaca terjemahan ayat Al-Quran dengan silap, dibandingkan dengan sengaja memutar-belitkan ayat Al-Quran, mana lebih besar salahnya? Jawab sendiri.

Perwakilan tersebut bukan berugama Islam, cuba membaca terjemahan dari ayat Al-Quran tetapi kerana kejahilannya tanpa merujuk kepada yang arif di kalangan orang Islam, maka pada saya salahnya kerana tidak bertanya atau merujuk ayat tersebut terlebih dahulu. Niatnya baik, iaitu ingin memetik apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Beliau sedikit pun tidak menghina mana-mana hukum atau ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran, cuma beliau salah dari segi membaca terjemahan. Itu saja.

Bagaimana pula mereka yang mengaku Islam, arif tentang terjemahan malahan tafsir Al-Quran itu dengan sengaja memutarbelitkan ayat Al-Quran demi politik dan kepentingan mereka? Golongan ini menolak hukum Islam, menghalalkan Akta zalim ISA, tidak menggunakan Mahkamah Syariah di dalam satu-satu kes tertentu seperti kes Qazaf DS Anwar, dan banyak lagi yang mereka langgar ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Bagaimana dengan kerja Khurafat seorang pemimpin politik di Perak? Golongan manakah yang selama ini memutarbelitkan ajaran Islam sehingga tercetusnya isu orang bukan Islam memasuki masjid dan tidak menutup aurat? Ajaran Islam secara terang-terang mengharamkan judi tanpa ada khilaf, tetapi golongan mana yang menyokong dan membenarkan lesen judi ini?

Siapa lebih tidak berakal? Perwakilan bukan Islam tadikah atau golongan ini? Jadi, usahlah cuba menjadi seolah-olah pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang membenarkan maksiat berleluasa dan tangan itulah yang menentang hukum Islam dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan