Khamis, 11 November 2010

PENANGGUHAN PEMILIHAN PKR - 24 CABANG SUARA AKAR UMBI TETAPI BUKAN WAKILI MAJORITI AKAR UMBI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN ada 24 Cabang PKR mahukan pemilihan PKR ditangguhkan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga `ugutan' daripada `orang lama' PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Tempoh 48 jam hampir sampai dan perkembangan setakat ini menunjukkan parti tidak mungkin `melutut' dengan `ugutan' seperti itu.

Menurut maklumat, Cabang-Cabang yang dikatakan mahu penangguhan dilaksanakan itu adalah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dari semakan, kebanyakan Cabang-Cabang yang tersenarai di atas adalah daripada Cabang yang menyokong Zaid Ibrahim atau pun Sdr Mustafa Kamil. Jika tidak silap saya hanya Bentong yang menyokong Azmin di dalam senarai tersebut. PKR mempunyai lebih kurang 200 Cabang, dan kehendak 24 Cabang ini mungkin boleh dipertimbangkan jika mempunyai asas yang kukuh. 24 Cabang ini memang suara akar umbi, tetapi tidak melambangkan suara majoriti akar umbi. Justeru itu, setakat ini majoriti akar umbi tidak menunjukkan minat untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

Asas untuk parti bagi menangguhkan atau membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung ini perlulah ada. Jika dapat dibuktikan adanya salah laku yang melanggar etika pemilihan atau kempen, maka wajar dibuat seperti yang mereka kehendaki. Tetapi jika sekadar hiruk pikuk di luar sana tanpa ada asas yang kukuh, maka tidak perlu parti membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk melayani perkara yang tidak berasas./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan: