Khamis, 11 November 2010

ZAID PERMAINKAN PENYOKONGNYA ?

Penyokong akar umbi kecewa Zaid tarik diri

Oleh Abdul Rahim Sabri

Beberapa cabang PKR yang memberi sokongan kepada calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakannya menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut kelmarin.

Bahkan maklum balas yang diterima dari ahli akar umbi menyatakan mereka berasa "seolah-olah dipermain-mainkan" oleh Zaid selepas bertungkus lumus menyokongnya dalam pemilihan yang berlangsung sejak dua minggu lalu.

"Beliau datang (berasal) dari Kota Bharu. Kita mengundi kerana sentimen, jadi ramai yang menyokong beliau.

"Tapi beliau buat macam ini, serang parti, cuba nak merosakkan parti, kita tidak berpuas hati... Kalau buat macam ni, lebih baik keluar dari PKR," kata ahli jawatankuasa PKR Kota Bharu Hasanudin Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Dalam pengundian di cabang Kota Bharu pada 29 Oktober lalu, Zaid mendapat 174 undi manakala Azmin Ali mendapat 11 undi. seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 25 undi.Bagaimanapun, Hasanuddin berkata beliau ada mendengar kumpulan penyokong bekas menteri itu di Kelantan bercadang untuk mendesaknya kembali bertanding jawatan tersebut.

Menurutnya cabang berkenaaan adalah Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang yang akan mengundi Jumaat ini.

"Sejauhmana cara mereka (hendak mendesak Zaid) saya tidak pasti," katanya sambil menjangka keputusan mengundi Jumaat ini di Kelantan akan menurun disebabkan tindakan Zaid itu.

Bincang sebelum merebak

Menurutnya lagi, bukan sahaja, malah penurunan peratusan mengundi itu juga disebabkan ahli akar umbi merasakan "Azmin boleh menang" kerana persaingan hanya dua penjuru dengan ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub yang setakat ini mendapat undi terendah.

Selepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin semakin jauh di depan dengan majoriti 2,479 undi meninggalkan Zaid dan Mustaffa.

Mengikut keputusan rasmi ibu pejabat parti, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa meraih 1,215 undi.

Bagaimanapun, tidak puas dengan perjalanan pemilihan langsung PKR yang julung kalinya diadakan itu, Zaid semalam menarik diri dan melepaskan semua jawatannya dalam parti.

Sementara itu, timbalan ketua cabang Batu Kawan, Mansor Md Noor turut kecewa dengan tindakan Zaid yang juga Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

Malah, menurut Mansor, hasil perbualannya dengan beberapa rakannya dari beberapa cabang dan akar umbi PKR, mereka turut berkongsi perasaan yang sama.

"Kalau boleh, (Datuk Zaid) boleh bawa (perkara ini) dengan berbincang. Saya tengok semakin hari semakin celaru (dalam parti). Sebelum merebak (menjadi parah) lebih baik bincang di meja rundingan," katanya.

'Pembersihan' dalam parti

Katanya, beliau sendiri akan bermesyuarat dengan ahli jawatankuasanya malam ini untuk mendesak Zaid menarik balik keputusannya daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

"Pengundian masih belum selesai. Masih ada harapan (untuk menang)... Kalau beliau membuat keputusan untuk teruse bertanding, beliau kembali akan mendapat sokongan," katanya.

Mansor juga mencadangkan supaya pucuk pimpinan parti "membuat perjanjian" supaya calon yang tewas "diberi tempat" dalam kepimpinan parti. Dalam pengundian di cabang Batu Kawan pada 31 Oktober lalu, Zaid mendapat 94 undi, Azmin (59) dan Mustaffa (9).Di Sepanggar, Sabah, naib ketua cabang Sulaiman Aladdad berkata tindakan Zaid mengundur diri bertanding jawatan terbabit bukan sahaja "mempermain-mainkan akar umbi, malah beliau seorang pemimpin yang tidak tahan dengan cabaran".

"Ahli akar umbi menyatakan berbagai pandangan mereka. Ada yang rasa pelik, ada yang berasa kecewa dan ada yang menghormati hak beliau untuk mengundur diri.

"Rata-rata pengundi menganggap (pengunduran) sebagai satu pembersihan dalam parti... Kita perlukan pemimpin tahan lasak dan setia kepada parti," katanya sambil mendesak agar pemilihan perlu diteruskan walaupun Zaid menarik diri.

Di cabang Sepanggar, Zaid mendapat 114 undi, manakala Azmin memperolehi 49 undi, sementara Mustaffa meraih 10 undi. M/kini

5 ulasan:

  1. Bom jangka !!!!!!!!! akan meranapkan PKR jika tidak ada tindakan yg bijak oleh pakar pakar pemusnah BOM JANGKA !!!! gua hope for the best!!

    BalasPadam
  2. baguslah zaid menunjukkan the true colour of himself.

    budget diri dia lebih ikhlas dan lebih tahu erti perjuangan berbanding anwar ibrahim and azmin ali...ceh!!

    zaid hidup dia asyik atas kerusi empuk, dikelilingi kemewahan dan tak pernah hidup susah...orang cam nie nak cakap erti perjuangan and suruh orang lain berundur???...ceh!!

    orang lain siap dipenjarakan atas sebab x munasabah, siap difitnah anak isteri, difire dgn air pemedih mata ditohmah dan dicerca oleh org2 yg termakan dgn fitnah UMNO....org2 yg hidup susah macam nie lah yg dikatakan pejuang.

    peristiwa nie adalah satu peristiwa yg istimewa....pembersihan dlm PKR....cantas je pemimpin2 karut cam zaid and mustafa nie.

    malaysia pd masa akan datang tidak perlukan pemimpin2 macam zaid nie....ntah2 zaid nie adalah double agent...agent rahsia yg dihantar oleh UMNOngok utk runtuhkan pakatan rakyat.

    p/s: contohilah PAS...drpd pemimpin hinggalah penyokong PAS...berjuang dgn ikhlas utk menaikkan syiar Islam di malaysia....anwar ibrahim and PKR patut contohi PAS...pinjamlah modul latihan PAS dan praktikkannya dlm mendidik ahli2 PKR

    BalasPadam
  3. kalau pemimpin main tahi, pemimpin kecil nak ikut ke?

    BalasPadam
  4. Ini cerita biasa mcm propaganda utusan juga. Apalah korang ni? Dah lebih setengah abad kena tipu dgn umnopun masih nak percaya dgn penipuan cara umno ni.

    Hoi melayu... bila nak berubah? Bodoh sampai dah tak boleh nak berubah. Duduk dlm parti mana pun, bodoh tetap sama...

    BalasPadam
  5. Salam Tuan WF. Beberapa faktor Zaid tak layak menjadi pemimpin PKR.

    1. Pernah mengkhianati mantan PM, Pak Lah, setelah melantik beliau menjadi menteri dan beliau sendiri mencari sebab untuk meletak jawatan disebabkan tidak mampu menahan asakan MP Pembangkang yang ramai di Parlimen selepas PRU12.

    2. Pernah digantung dari pertandingan kerana mangamalkan politik wang di dalam pemilihan pimpinan UMNO dan dengan memasuki PKR, beliau merasakan masa hadapan politik akan bersinar sebagai jalan mudah menjadi pemimpin tertinggi apabila PR berjaya menakluki Putrajaya nanti.

    3. Tiada sekacip pinang pun jasa beliau kepada PKR dan golongan reform. Beliau hadir ketika PKR hampir berada di kemuncaknya. Kita perlu ingat, beliau pernah mengkhianati UMNO, walaupun UMNO adalah penyumbang besar kepada pengaruh politik dan kerjaya beliau. Tak mustahil langsung, beliau akan dan sudahpun mengkhianati PKR dengan membuat berbagai tuduhan serta tomahan melalui akhbar Utusan Meloya dan sidang akhbar bagi menjatuhkan imej kepimpinan DSAI.

    4. sikap yang mengamalkan politik bercelaru dan suka mengambil jalan mudah serta takutkan bayang-bayang sendiri dan tidak tahan tekanan adalah disebabkan situasi beliau yang sentiasa berada di lingkungan kemewahan dan tidak pernah mengenal kesusahan bersama-sama ratusan ribu ahli yang bermandi peluh dan darah bagi menghidupkan PKR semasa zaman reform 1998, adalah amat mendukacitakan. Pemimpin sebegini tidak layak langsung walaupun sebesar biji saga untuk berada di dalam PKR, apalagi menjadi pemimpin tertinggi kerana terlalu jauh dengan asas dan prinsip perjuangan parti. Fikirkanlah....

    BalasPadam