Khamis, 4 November 2010

SPR HINA SURUHAN ALLAH KERANA PILIHANRAYA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH kerana pilihanraya diadakan maka segala suruhan agama patut dihentikan? Zakat adalah salah satu dari ajaran dan suruhan dari Allah, maka demi menghormati pilihanraya atau takut kepada SPR, maka zakat patut di`beku'kan? Saya tidak tahu samada Pengerusi atau mana-mana pegawai di dalam SPR itu berugama Islam atau tidak apabila dia menyebut pemberian wang samada zakat itu adalah satu sogokan kepada pengundi. Baca di sini.

Peliknya, segala bentuk peruntukan dan projek dijanjikan oleh Umno dan kerajaan disaat pilihanraya tidak pula dikatakan oleh SPR sebagai sogokan. Orang yang musafir kerana agama dan juga mereka yang `Muallaf' adalah di antara yang layak menerima zakat. Jika PAS ingin memberi sogokan, PAS seharusnya menyogok seluruh warga orang Asli di kawasan itu. Tetapi, mereka yang menerima pemberian zakat itu hanya beberapa orang sahaja dan mereka sememangnya layak menerima pemberian tersebut. Jadi, apa yang menyakitkan hati SPR sebenarnya?

Semakin lama kita lihat SPR semakin `bertanduk'. Tiada suara pun dari kalangan agama di dalam Umno termasuk `ularmak muda' mereka untuk mengulas hal ini. Hati dan mulut mereka mungkin telah ditutup rapat untuk menyuarakan yang hak. Mahu harapkan Ustaz Dr Asri mengulas, beliau lebih berminat untuk menasihatkan DS Anwar agar bersara dari politik. Hancur...hancur negara ini jika kita masih berdiam diri. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Pantang saja buat teguran,pasti akan dilabel sebagai petualang.
    Ada punya manusia hampa ni.Dah berapa ratus kali Dr Asri hantam umno,hampa puji dia.Bukan tu saja,aku masih ingat dan masih simpan keratan/sisipan Harakah dimana Mahfuz dan beberapa pemimpin PAS mengunjungi Dr Mahadir sewaktu dia hantam UMNO Abdullah Badawi.Hampa usung video tape dia.
    Dr Asri ni juga hampa pernah usung dia waktu debat dengan Astora Jabat.La ni,bila dia buat ulasan ikut apa yang dia pikiak,hampa hantam sampai nak bagi mampus.
    Wfaudin,semua ni tak bagi kudis pada Dr Asri,tapi impak panjang {KR dan PAS yang akan kena.Hampa buat satu lagi musuh dikalangan yang bukan musuh pada peringkat awalnya.

    BalasPadam
  2. kebaruaan spr memang semua orang dah tau. kalau umgok buat apa pun tak pa. bagi manusia2 laknak ni hukum Allah mereka letak bawah tapak kai mereka sebab mereka bertuhankan umgok... bila orang kata macam kafir laknat marah pulak. kafir pun tak buat perangai macam puak2 umgok ni.

    Tak payah ambil hal sangat dengan orang2 sesat nih.. biar diaorang pergi mampos... dia orang yang pilih nak masuk neraka biar diaorang jahanam...

    BalasPadam
  3. Zakat undi untuk golongan mualaf ? biar betol. Lain kali PKR boleh bagi duit zakat masa nak pilihan raya. BN pun nak bagi duit zakat masa ada pilihanraya. Zakat itu tuntutan Agama bukannya tuntutan peti undi.

    BalasPadam
  4. dengar semua! hari ini saya nak memberi zakat..jikalau saudara saudari ingin apa2 barang dalam rumah ini, sila ambil, ambil!

    jgn takut itu org tua, dia tak boleh buat apa2..ambil! jgn tak ambil, silakan saudara!

    hahahahaa..PAS ni ikut sukacipan dia je nak bagi duit zakat..

    kah kah kah

    BalasPadam
  5. Org nk masuk Islam, takkan nak suruh tunggu lepas pilihanraya? Jadi, dia masuk Islam waktu itu, maka zakat diberi waktu itu. Yg SPR bodoh tu apsal? Takkan 3 org dpt wang zakat, dikira rasuah? Wang itu diberi secara terbuka kerana Nik Aziz tahu itu bukan rasuah..

    BalasPadam