Sabtu, 13 November 2010

ZAID SUDAH SEBARIS DENGAN ZUL KULIM ?

Image Hosted by ImageShack.us Oleh: anak_muar

"Zaid baru-baru telah membuat satu kejutan dengan menarik diri dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang ditandinginya pada pemilihan parti tidak lama lagi.Ia disebabkan jurang undi diantara beliau dengan Azmin semakin jauh ketinggalan.Beliau sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan yang berbentuk kontroversi mendakwa cara pengundian yang dijalankan adalah tidak telus dan berlaku penipuan.

Tambah mengejutkan lagi beliau juga meletak semua jawatan dalam parti yang disandang.Seterusnya beliau melakukan serangan terbuka khusus kepada Anwar dan Azmin dengan menggesa bahawa kedua-dua orang lama dalam parti ini perlu berundur kerana menjadi punca permasalahan dalam parti selama ini.

Tindakan beliau ini secara tidak langsung telah memberikan saham besar kepada musuh politik PKR-PR iaitu UMNO-BN.Media milik UMNO memberikan liputan yang sepenuhnya isu Zaid ini dengan memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan yang teruk dan busuk seterusnya bakal hancur.Zaid lantang bercakap soal demokrasi tetapi beliau mahu menang sahaja dalam pemilihan dan sama sekali tidak mahu kalah.

Apabila menyedari undian terhadap beliau mula merosot maka tuduhan demi tuduhan dikeluarkan terhadap beliau sendiri iaitu PKR. Zaid tidak sedar bahawa beliau telahpun membunuh karier politik beliau sendir dalam tindak tanduk yang tergesa-gesa serta tidak profesional. Orang seperti Zaid sekarang ini agak sukar diterima oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia ini tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pemerintah kerana bimbang dengan tindak-tanduk Zaid yang boleh memecah-belahkan parti politik.Jauh sekali bakal dipilih sebagai ahli parlimen dan ADUN pada PRU kerana rakyat sudah tidak yakin akan prinsip beliau.Kerana selepas PRU-12 lanskap politik negara telahpun berubah dimana rakyat cukup cukup cerewet dalam memilih wakil mereka di parlimen mahupun ADUN.

Kini Zaid sudah sebaris dengan individu seperti Zulkifli Nordin,Tan Tee Beng, Zahrin,Woo Chee Kiong dan ramai lagi.Mereka ini tidak akan dipilih oleh rakyat lagi pada PRU-13 kerana sikap mereka yang tidak berpendirian serta bertindak melulu dalam tanpa memikirkan jangka masa panjang.

Sejarah bakal melebelkan mereka pemimpin lompat sepanjang zaman. Tiada yang perlu dibanggakan sumbangan mereka terhadap negara dan rakyat.Mereka lebih kepada membuat kontroversi dari melakukan tugas sebagai pemimpin. Adakah Zaid sudah bersedia menjadi seperti mereka ini?/Tranungkite

4 ulasan:

  1. yb zul kulim ada maruah dan senada dengan us. haron din. mereka senada mempertahankan kalimah allah seperti jugak us. sheikh kazim elias al-hafiz. tok sah bandingkan mereka dengan zaid liberal kerana bagai langit dengan bumi. saya tak kisah pas atau umno. tapi hari ini Allah memperlihatkan kepada saya betapa buruknya akhlak orang-orang pas itu sendiri. hari ini cuba lihat apa haji hadi kata. dia mempersoal kebebasan media sedangkan dalam masa yang sama dia lupa apa pas kedah buat kat media baru-baru ini. dia kata hanya akan kerjasama dengan umno kalau umno terima dasar islam. dengan umno letak syarat tapi macamana dengan dap dan pkr yang terang-terang menolak dasar islam. boleh pulak kerjasama. sebab itulah masih ada sampai hari ini orang-orang pas ni meletakkan orang umno itu kafir walaupun sama-sama sembahyang dalam sesebuah masjid. buruk-buruk orang umno pun mereka sembahyang dan mengucap macam orang pas setiap waktu sembahyang. terlalu banyak yang umno/bn telah buat untuk ummat melayu dan islam di malaysia. syurga dan neraka bukannya hak pas nak tentukan tapi hak Allah tentukan. saya rasa tiada siapa yang sempurna. buruk-buruk umno / bn tiada siapa orang yang waras boleh menafikan kemajuan dan pembangunan hebat disekeliling mereka adalah atas dasar umno / bn. malah sebahagian besar puak-puak pas dan pkr itu sendiri dulunya pun memperoleh pendidikan dan membina kerjaya melalui dasar umno/bn jugak.

    BalasPadam
  2. isu Kalimah Allah tu zulnordin nak ikut yg mana pun tak kisah sbb masing2 ada hujah...
    zulnordin tu poyo punya orangnya...

    Syurga neraka mmg la bukan hak milik PAS, dan bukan hak milik UMNO pun..

    Cuma sekarang ni, yg herannya, mengapa umno tidak ada usaha nak bawa manusia ke arah syurga, tetapi lebih ke arah neraka?

    BalasPadam
  3. Salam Tuan WF Auz. Saya sokong sangat pendapat Kassim Selamat Tanpa Nama 17:19 tu. Sebab dia ni selayaknya:

    1. Tak rajin membaca media baru hanya membeli Utusan Meloya.
    2. Mak bapa dia terlalu kuat UMNO dan telah lama makan hasil haramjadah UMNO.
    3. Bodoh dan banggangnya pada tahap yang dah terlalu tinggi.
    4. Tak tahu apa satu darihal politik dan siasah Islam.
    5. Ikan Masin - Mata terbuka sentiasa, tapi tak nampak apa satu.

    BalasPadam
  4. zaid and zul, 2x5 saja, tanpa PKR zul tak merasalah jadi MP

    BalasPadam