Selasa, 14 Disember 2010

ADAKAH AKIM AKAN `ROSAK' SELEPAS KEMASUKAN ZAID?

Oleh: WFAUZDIN NS

SECARA resminya Dato Zaid Ibrahim telah menyertai sebuah parti yang bernama AKIM. Mungkin ramai juga yang tidak mengenali AKIM, tetapi lebih mengenali Zaid Ibrahim seorang bekas Menteri Kabinet, bekas pemimpin Umno dan bekas pemimpin PKR. Jika ada yang mengenali AKIM pun adalah mungkin terkenangkan calon parti ini pernah hilang deposit di dalam Pilihanraya.

Tahniah buat Zaid kerana memilih parti yang teramat sesuai dengan dirinya. Kita tidak tahu apakah peranan atau jawatan yang boleh dipegang oleh Zaid di dalam parti yang baru beliau sertai ini. Tidak mustahil beliau akan diserahkan jawatan Presiden secara `percuma' di dalam AKIM dan beliau tidak perlu bersusah payah bertanding. Jika sewaktu di dalam PKR, cita-cita Zaid teramat tinggi tetapi kurangnya tenaga beliau maka beliau beliau `cabut' awal dari bertarung, maka di dalam AKIM mungkin beliau mendapat apa yang dihajatinya.

Sehingga kini kita tidak tahu berapa ratus ribu yang turut bersama beliau untuk menyertai AKIM. Jika diikutkan berita yang dicanangkan oleh media pencacai sebelum ini, PKR akan hilang separuh dari ahli-ahlinya kerana akan mengikuti jejak langkah Zaid.

Apakah AKIM akan terus hidup sebatang kara umpama kera sumbang atau bakal menjadi parti komponen BN, tidak diketahui. Yang nyata, AKIM tidak diperlukan oleh PR. Apabila Zaid menyertai AKIM, maka silap besar mereka yang menyangka selama ini Zaid mempunyai kekuatan untuk membina pengaruhnya sendiri dengan menubuhkan parti baru. Mungkin baru Zaid tahu kekuatan dirinya yang sebenar.

Mudah-mudahan AKIM tidak dirosakkan pula oleh Zaid. Apa pun, tahniah buat Zaid./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan