Selasa, 21 Disember 2010

JIKA CHEGU BARD INGIN PERTAHANKAN PRINSIPNYA, BELIAU WAJAR TERIMA JAWATAN YANG DITAWARKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD calon yang tewas di dalam pemilihan Ketua AMK baru-baru ini telah ditawarkan jawatan Penolong Setiausaha Agung PKR. Sehingga kini difahamkan beliau masih belum menerima tawaran resmi dari parti tetapi bersedia untuk memikirkannya. Chegu Bard sebelum ini tetap bertegas mahu agar parti mengambil tindakan terhadap semua aduan sepanjang pemilihan parti yang lalu.

Ada berita menyebut beliau telah ditawarkan sejumlah wang untuk menerima tawaran sebagai Penolong Setiausaha Agung PKR. Saya tidak mempercayai berita tersebut kerana mana mungkin parti ingin memberikan sejumlah wang untuk `membeli' Chegu Bard kerana tiada memberikan keuntungan barang sedikitpun kepada parti. Kepimpinan parti sebenarnya lebih arif tentang prinsip Chegu Bard dan parti tidak akan melakukan perkara bodoh seumpama itu.

Tentu sukar buat Chegu Bard untuk membuat keputusan samada menerima tawaran memegang jawatan tersebut. Mungkin ramai di kalangan penyokong Chegu Bard tidak bersetuju jika beliau menerima tawaran dari parti tersebut. Mereka bimbang jika tawaran itu adalah sebagai umpan untuk menutup mulut Chegu Bard dari mendesak parti berterusan untuk mengambil tindakan terhadap segala aduan semasa pemilihan parti yang lalu.

Pada pendapat saya, Chegu Bard wajar menerima tawaran tersebut. Menerima tawaran jawatan tidak bererti meninggalkan prinsip. Chegu Bard wajar menerima jawatan berkenaan kerana dengan jawatan itu ruang untuk Chegu Bard membantu parti menyelesaikan masalah atau segala kepincangan yang didakwa berlaku di dalam parti sebelum ini dan akan datang dapat direalisasikan. Mungkin bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution adalah penting untuk Chegu Bard berada di dalam Pejabat Setiausaha Agung untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana selama ini parti berfungsi khususnya di dalam pemilihan kepimpinan.

Apa yang perlu Chegu Bard lakukan, beliau harus menerima jawatan tersebut dan membantu parti di dalam menguruskan siasatan ke atas segala aduan yang diterima. Chegu Bard hanya boleh menolak jawatan berkenaan seandainya parti memberikan syarat untuk beliau lupakan segala aduannya selama ini. Saya berharap agar beliau menerima jawatan tersebut berdasarkan prinsip jua. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. penolong setiausaha agung buat keje ape? ape bidang kuasanya? jd balaci setiausaha agung, pastu ko ingat ade kuasa boleh bagi direction kat parti? tawaran ni mcm memberi jawatan secretary sexy kepada seorg boss! ape bidang kuasanye kalu nak membawa pembaharuan dari dalam? itu sbbnye org bertanding jwatan bodoh! kalu penolong pun boleh kasi gegar itu parti, baik takyah adakan pemilihan!

    wei ko ni bodoh sgt la poden!..

    BalasPadam
  2. Tak habis-habis dengan dengan cerita bekas Cikgu sekolah ni. Kalau susah-susah sangat lantiklah dia ni sebagai Presiden atau Ketua Umum Keadilan untuk jaga hati dia sangat. Itulah nak buat sangat sistem satu ahli, satu undi. Dah tahu kewangan parti terhad sibuk nak buat juga. Mereka ini semua bekas UMNO, oleh itu mereka ini biasa mewah dan tak biasa dengan kekurangan dan kedaifan. Nak telus bagaimana lagi? Di masa hadapan, lantik beliau pula sebagai Ketua JPP, kita nak lihat macam mana bekas cikgu sekolah ni berfungsi dan menegakkan sistem pengundian yang adil 100%. Perjuangan bukan hak peribadi, kalau 1 orang yang gugur, 1000 orang akan bangun untuk menegakkannya. PKN wujud atas kezaliman pemerintah yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim, orang lain kalau mahu tumpang sekaki, mesti tahan cabaran dan tentangan, barulah dilihat sebagai pemimpin lasak dan setia pada perjuangan. Yang asyik nak merajuk dan tak habis-habis tak puas hati atas masalah peribadi, sila isi borang UMNO dan jadi manusia munafik seperti Ezam Senatak.

    BalasPadam