Jumaat, 3 Disember 2010

Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front

Oleh Dzulkarnain Taib

DRSKUALA LUMPUR 1 Dis - Konsep 'Ketuanan Melayu' yang sering dilaungkan oleh pemimpin Umno kononnya untuk mempertahankan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebenarnya mirip dan hampir sama dengan fahaman mengagungkan bangsa yang dipelopori oleh Hitler di Jerman, sistem Apartheid di Afrika Selatan, Klu Klux Klan di Amerika Syarikat serta National Front (Barisan Nasional atau BN) di United Kingdom.

Menurut pakar perlembagaan dan peguam terkenal, Dr Samarudin Md Rejab, Hitler cuba membawa konsep 'Ketuanan Bangsa Aryan' melalui Parti Nazi yang menganggap bangsa Jerman adalah bangsa paling agung dan mulia - 'superace'.

Fahaman ekstrem ini akhirnya menyebab berlakunya tragedi amat dahsyat yang disebut dalam sejarah sebagai 'Holocaust' apabila dipercayai lebih enam juta bangsa Yahudi di bunuh di Jerman dan seluruh Eropah atas nama 'Ketuanan Aryan' dan Nazi.

"Begitu juga dengan Kerajaan Apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu dimana dasar pemerintahannya adalah berdasarkan kepada ketuanan bangsa kulit putih.

"Masyarakat yang bukan berkulit putih seperti orang Afrika berkulit hitam, India malah masyarakat Melayu (Cape Malays) mengalami nasib yang amat pedih dan menyayat hati apabila mereka disegregasi dan didiskriminasi dalam setiap sudut kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Mereka semua dipaksa tunduk kepada ketuanan bangsa kulit putih di negara itu.Mahukah kita orang Melayu, tidak kira rakyat biasa atau kerabat diRaja, yang bermaruah tunduk kepada gulungan ketuanan Melayu ala Apartheid dan Hitler ini?

"Hari ini konsep ketuanan ini masih wujud sebagai garis perjuangan parti politik bukan sahaja oleh Umno di Malaysia malah di UK pun ada parti sedemikian yang dinamakan 'National Front' atau Barisan Nasional UK," jelas Dr Samarudin kepada Suara Keadilan.

BN (UK) merupakan parti berhaluan kanan yang hanya dianggotai oleh rakyat kulit putih dan dianggap sebagai parti rasis malah Jabatan Penjara serta Perkhidmatan Polis UK mengharamkan kakitangannya menyertai pertubuhan politik tersebut.

Slogan BN (UK ) adalah "Kita mesti menjamin kewujudan bangsa kulit putih dan masa depan bagi anak-anak bangsa berkulit putih kita".

"Dalam setiap pilihan raya sehingga kini BN (UK) tidak mendapat kerusi dan semua calonnya juga hilang deposit.

"Ini kerana rakyat di UK dan juga institusi Raja di negara itu tidak pernah menyokong BN (UK) yang memperjuangkan ketuanan Inggeris.Mengapa pula kita diMalaysia , samaada rakyat biasa atau institusi Raja , perlu menyokong ketuanan Melayu UMNO dan BN ? Tetap tiada.Bujur lalu melintang patah!

"Malah sistem monarki di UK tidak pernah mengaitkan Raja-Raja Inggeris (English rulers) dengan BN (UK) atau dengan konsep ketuanan Inggeris," tegas beliau.

Tambah beliau, pemerintah Amerika Syarikat telah mengharamkan malah mengkategorikan sebagai organisasi teroris pertubuhan atau kumpulan politik yang memperjuangan ketuanan warna kulit atau ketuanan bangsa seperti Klu Klux Klan yang berpegang kepada prinsip ketuanan kulit putih (white supremacy).

"Sekiranya Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) adalah sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat besar kemungkinan ia juga akan senasib dengan Klu Klux Klan," ujarnya.

Dr Samarudin membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengkritik Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau rakyat 'membangkul sampahkan konsep Ketuanan Melayu' kerana ia hanya menjadi alasan segelintir kelompok elit Melayu untuk memperkayakan diri, kaum keluarga serta kroni mereka.

Sebenarnya apa yang dilaungkan oleh Dr Wan Azizah berkenaan Ketuanan Melayu dan memperjuangkan Ketuanan Rakyat adalah penentangan beliau terhadap segala yang diperjuangkan oleh Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan dan BN (UK).

"Tindakan Nazri menggaitkan Ketuanan Melayu dengan raja-raja Melayu adalah satu tindakan yang paling biadap oleh kerana Dr Wan Azizah dan KEADILAN mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dan kesultanan Melayu dan BUKAN melalui prinsip ketuanan atau supremasi bangsa Melayu yang diagung-agung oleh pemimpin Umno di dalam setiap perjumpaan Umno tahunan termasuk oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri yang asal usul kemelayuannya juga boleh dipertikaikan.

"Sebenarnya tahi lembu (cow dung) yang disebut berulang kali oleh Nazri tertempek dimukanya sendiri dan juga di dalam otaknya," hujah beliau.

Beliau dengan tegas menerangkan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai 'Ketuanan Raja-Raja Melayu' yang cuba dihebohkan oleh Nazri tidak wujud dalam mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia langsung.

"Konsep ketuanan apa bangsa pun tidak wujud di dalam perlembagaan mana-mana negara. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun menolak ketuanan mana-mana bangsa. Malah semasa Apartheid di Afrika Selatan PBB dan seluruh mayarakat antarabangsa mengenakan sekatan terhadap negara itu.

"Perlembagaan Malaysia pada hakikatnya berlandaskan kepada sistem demokrasi berparlimen dan bukan perlembagaan pemerintahan Nazi di bawah Hitler ataupun seperti sistem Apartheid di Afrika Selatan dimana konsep ketuanan itu dengan jelas dinyatakan di dalam perlembagaan masing-masing.

"Jadi konsep "'Ketuanan Melayu' tidak ada dalam Perlembagaan dan saya mencabar mana-mana pakar Perlembagaan Malaysia ataupun mana-mana pemimpin di Malaysia termasuk Nazri sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang yang boleh menunjukkan mana-mana perkataan, ayat atau peruntukan Perlembagaan kita berasaskan kepada 'Ketuanan Melayu'," cabar beliau lagi.

Tegasnya apa yg tercatit di dalam Perlembagaan adalah hak kewarganegaraan setiap rakyat Malaysia yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ini kata beliau selari dengan prinsip Islam yang berlandaskan kepada hakikat bahawa semua manusia adalah keturunan Nabi Adam (as) dan Hawa (as) yang berbilang bangsa dan kaum.

"Dalam erti kata lain konsep ketuanan atau 'superace' ini tidak ada dan tidak wujud malah konsep 'Ketuanan Melayu' pun sepatutnya tidak ada dan tidak wujud.

"Sekiranya ada pihak yang memperjuangkan dan mempertahankan konsep 'Ketuanan Melayu', golongan ini merupakan kumpulan supremasis yg melebihi batasan merupakan kumpulan perkauman yang melampaui batasan agama dan kemanusiaan sejagat.

Dr Samarudin berkata apa yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat selaku gabungan parti pembangkang melalui 'Common Policy Platform' yang ditandatangani oleh ketua-ketua KEADILAN, PAS dan DAP iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Antara lain, pertama, Pakatan Rakyat bersetuju kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu akan dipertahankan. Kedua, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, ketiga Islam adalah agama rasmi, keempat semua bangsa dan etnik mempunyai hak yang sama sebagai warganegara, dan kelima kedudukan istimewa orang-orang Melayu di dalam Artikel 153 hendaklah kekal.

"Oleh yang demikian hapuskanlah ketuanan mana-mana bangsa termasuk 'Ketuanan Melayu'," jelas beliau./SK

5 ulasan:

  1. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) didakwa oleh UMNO (yang x reti pun Quran) sebagai salah tafsiran pada Surah Al-Imran ayat 190 . Beliau memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

    Disini ana memetik terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal... agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)

    Ianya bertepatan dengan tafsiran ayat itu berbunyi seperti berikut:
    "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal". (Al-Imran : 190)

    Jadi apakah yang ditafsirkan oleh wakil PKR itu salah ke wahai UMNgOk????

    BalasPadam
  2. ko mmg pandai.mcm nabi.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Ketuanan Melayu tidak sama seperti kepercayaan puak Nazi di bawah pimpinan Hitler yang percaya kepada ketuanan bangsa Aryan. Hitler dan Nazism terlibat dalam holocust yang melibatkan pembunuhan ramai bangsa Yahudi.

    Begitu juga regim Apartheid di Africa yang mengagungkan bangsa kulit putih sehingga melakukan kezaliman terhadap bangsa yang bukan berkulit putih .

    Konsep Ketuanan Melayu adalah sesuatu yang tidak terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Ia digembar gemburkan oleh UMNOgok sekitar tahun 2000 bagi membangkit semangat Melayu yang ekstrem bagi mempertahankan Parti UMNOngok yang berideologi pragmatism (faham berdasarkan mengikut rentak pemikiran semasa), terutama selepas dibelasah oleh parti pembangkang pada PRU tahun 1999.

    Puak Umnongok cuba mengaitkan konsep ketuanan Melayu dengan Raja-raja Melayu. Keduanya adalah konsep yang berasing. Umnogok tahu benda ini, tetapi sanggup menipu bangsa Melayu agar menyokong parti yang korup itu.

    Berdasarkan pengamatan kita sebagai rakyat marhaen konsep Ketuanan Melayu ini tidak pernah berlaku zalim terhadap bangsa lain, terutama elit china yang menguasai 80% ekonomi negara. Konsep ini juga hanya untuk mengayakan elit Melayu yang duduk disekeliling Parti UMNOgok dan membodohkan bangsa Melayu yang tidak berpelajaran tinggi atau yang mudah ditipu dan cuba menakutkan bangsa lain yang bukan elitis.

    Untuk menyamakan Konsep Ketuanan Melayu seperti faham nazism atau regim Apartheid di Africa suatu ketika dulu adalah tidak berapa tepat. Konsep ini, adalah konsep paling gila di atas muka bumi kerana sanggup membodoh bangsa Melayu sendiri demi kepentingan politik UMNOgok sehingga Melayu marhean masih hidup melarat dan lebih separuh dari tanah reserved Melayu jatuh ke tangan orang lain dan pelbagai kekejam terhadap bangsa sendiri yang panjang untuk dihuraikan.

    Dan ada orang yang mahu ketuanan Islam. Bagus gagasan ini. Tetapi ia memerlukan masa yang panjang untuk di'digest' oleh orang Melayu terutama oleh bangsa lain di Malaysia ini, kerana kefahaman Islam yang sebenar telah lama dibunuh oleh penjajah Inggeris dan pewaris sah penjajah tersebut iaitu, UMNOngok.

    Maka untuk sementara ini gagasan Ketuanan Rakyat perlu diangkat kerana ianya mudah ditangkap oleh imaginasi rakyat marhean.

    Sekian pendapat saya. Wallahuaqlam bis'sawab.

    Cucu cicit bani adam.

    BalasPadam
  4. anon 11:07

    kAMI SOKONG,KITA SEPENDAPAT,ketuanan melayu umnogok,hanya cari sokongan pada ketuanan melayu sejati demi mencangkulkan hak rakyat dibumi ini,DrM ketuanan melayu nya boleh dipertikai dimana aslinya.....

    BalasPadam
  5. Tapi saya pelik ngan beliau, mengapa beliau sanggup memetik ayat2 Qur'an walhal beliau tidak mempercayai Islam? Tidak ke seolah2 dia menggunakan ayat Quran semata2 untuk menarik dan memukau orang Islam supaya menyokong mereka? Sebabnya itulah, kalau dia benar2 percaya mengapa dia tidak masuk Islam sebabnya dalam ayat itu mengandungi unsur akidah iaitu pencipataan langit bumi dan siang malam itu tanda bagi orang berkakal ialah Allah lah pencipta langit dan bumi dan Dia benar berkuasa. Tapi kenapa dia masih belum mempercayai Islam ataupun dia itu pluralism? Klu prluralism lagi r parah. Dia ingat semua agama itu sama dan betul. Boleh x sesiapa jawab? Saya munsykil ni.

    Ketuanan Melyu yang dibawa oleh UMNo itu sebenarnya UMNO menjadi tuan kepada Melayu kan? Sewajarnya ketuanan Melayu sebenar mesti dibangungkan semula sebab Ketuanan Melayu (KM) itu hanya nak tunjukkan siapa yang buka tanah kat sini dahulu. Maka siapa yang buka tanah, dialah yang jadi Tuan. Tapi konsep ketuanan melayu ini x pernah menzalimi sesiapa. (Sekarang x de KM,kan?) Jadi kita ambil contoh Kerajaan Melayu Mellaka, dibawah penguasaan orang Melayu sekalipun, pedagang asing yang berkampung kat ctupun mendapat hak yang sewajarnya dan tidak ada diskriminasi ke atas mereka. Sebabnya Ketuanan Melayu itu menjamin keadilan! Ketuanan UMNO itu kezaliman.

    Isu ketuanan Islam itu tak payah nak bangkitkan. Sebab kuasa pemerintahan dunia akan diserahkan semula kepada orang mukmin. Jadi kita kene usaha untuk mencapai janji Allah itu. Nanti bila kuasa pemerinatahan Islam itu sedah berkuasa di atas muka bumi ni, barulah ada ketuanan Islam semula. Sejak dahulu lagi, apabila Melayu sejati berkuasa, maka agamanya akan didukung dan kemudia bangsanya akan terbela. Maka gerak kerja inilah yang kita kene faham. Tak bererti Ketuanan Melayu itu menafikan Ketuanan Islam. Sebab Melayu dulu, kerana KM lah, mereka mengangkat sekali KI.

    Jadi jangan campur adukkan Ketuanan Islam dengan Ketuanan Melayu. KM hanya untuk di Malasysia yang hendak sedarkan rakyat, BANGSA mana yang buka tanah ini. Ynag itu jangan dinafikan. Agama boleh bertukar2 tapi bangsa itu tetap pada diri seseorang, bukan?

    Hapuskan ketunanan UMNO berikan kepada yang berhak. Tapi malangnya, disebabkan perlembagaan durjana itu, habis kedaulatan Raja2....

    BalasPadam