Jumaat, 3 Disember 2010

PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR SERTAI PERHIMPUNAN AHAD INI

PERMASIS akan sertai MB Selangor hantar Memorandum

| Dec 02, 2010

Sejak dasar penswastaan air diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1997, ia jelas sekali dilihat membebankan rakyat di negeri ini. Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan.

Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan.

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37%. Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Ahad ini (5 Disember 2010). Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana.

*Kenyataan media oleh Izzuddin Helmi (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)/MerdekaReview

3 ulasan:

  1. hutang banyak sape nak bayar oiiiiiiiiiiiiiiiii... time ngundi cakap apa pun boleh

    BalasPadam
  2. Di Kedah, hingaq pasai ayaq!

    Di Kelantan, hingaq pasai ayaq!

    Di P.Pinang, hingaq pasai ayaq!

    Di Selangoq pun hingaq pasai ayaq!

    Nasib hangpa lah.... Bukan salah ibu mengandung!

    BalasPadam
  3. Hangpa dok hingaq pasai ayaq apa?

    Di Perlis ni ayaq nak mai pula.....

    Hangpa mai angkut bawa balik pi Selangoq. Kami nak bagi percuma!!!!!!!!!

    BalasPadam