Sabtu, 11 Disember 2010

`TUAN HAJI SAIFUL' KE MEKAH, MAHATHIR DAN ANWAR PUN KE MEKAH JUGA

(Foto: Ihsan Agenda Daily)
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, berceritalah blog pro Umno dan penyokong tegar tuan `Haji Saiful Bukhari' bahawasanya `Haji Saiful' ini memang sebenarnya menjadi mangsa liwat apabila `Haji Saiful' menunaikan Ibadah Haji ke Mekah baru-baru ini. Dalil mereka, jika `Haji Saiful' ini berbohong Justify Fulltentu sekali beliau mendapat `bala bencana' di Tanah Suci Mekah, itu kepercayaan puak Jahilliyah tersebut.

`Haji Saiful' ke Mekah menemani neneknya seperti yang dilaporkan oleh Agenda Daily, laman yang pro Umno. Mengapa `Haji Saiful' kembali ke tanahair dengan selamat tanpa `bala bencana' jika benar beliau menfitnah DS Anwar? Itulah yang menjadi dalil puak-puak yang tidak percaya kepada Hukum Islam dan beriman kepada Allah.

Memang benar, sesiapa yang ingin menunaikan Fardhu Haji mestilah berada di dalam keadaan bersih hati dan bertaubat dari segala dosa. Tetapi jika ada yang ke Mekah masih dipenuhi dengan dosa, adakah mereka pasti ditimpa bencana ketika beribadah? Jawapannya, memang ada yang menerima bala bencana atau peringatan dari Allah dan ada juga yang tidak. Bukan sedikit yang ke Mekah terdiri dari pemimpin yang zalim dan menentang Hukum Islam tetapi mereka kembali ke tanahair masing-masing dengan selamat, bahkan meneruskan kezaliman mereka dan berterusan menentang Hukum Islam.

Bahkan, diceritakan ramai Jemaah Haji yang ke Mekah bahawa di Mekah sendiri pun begitu ramai pencuri yang berkeliaran. Mengapa tidak ditimpa bala bencana ke atas mereka? Tun Mahathir, bukan sahaja melakukan kezaliman ke atas DS Anwar, bahkan menghina Nabi serta Sunnahnya, tetapi Tun Mahathir pergi ke Mekah dan balik dengan selamat. Lupakah kita dengan kisah Tun Mahathir menghina janggut Nabi? Nabi menyimpan janggut kerana ketiadaan pisau cukur diwaktu itu? Jika Hudud dilaksanaka, maka negara tidak boleh maju kerana ramai orang yang akan kudung tangan. Lupakah kita kata-kata Tun Mahathir itu? Beliau ke Mekah dan selamat pulang bahkan masih menentang Islam sehingga kini.

Jadi, apa sangatlah penganiayaan atau fitnah ke atas DS Anwar jika mahu dibandingkan dengan fitnah ke atas Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita mesti yakin dengan Allah dan hukumnya. Persoalannya, mengapa kes yang berlaku di antara DS Anwar dan `Haji Saiful' itu tidak dibicarakan secara Islam? Mengapa kes Qazaf yang diminta diadakan oleh DS Anwar ditentang habis-habisan? Mengapa tidak rujuk kepada perundangan Islam? Apa ertinya jika kita menunaikan Haji ke Mekah beribu kali sekalipun jika kita tidak menerima Hukum Allah.

Adakah Sumpah Laknat itu Hukum Allah? Adakah kebenaran hanya boleh dibuktikan jika seseorang pesalah itu menunaikan Haji ke Mekah? Itu bukan ajaran Islam. Menunaikan Ibadah Haji adalah kewajipan kepada semua Umat Islam yang berkuasa dan mampu mengerjakannya termasuk `Haji Saiful'. Seharusnya setelah kembali dari mengunjungi Rumah Allah dan Makam Rasullullah SAW, beliau sepatutnya lebih lantang menuntut agar kes beliau diadili mengikut peraturan Islam.

Harus diingat, kita tidak mengatakan DS Anwar atau `Haji Saiful' benar atau salah, tetapi kita mahu perbicaraan berjalan dengan adil. Di dalam kes Liwat, di dalam Islam kesalahan ini bersamaan dengan kes Zina dan jika ianya berlaku sesama Islam, maka sewajarnya dihakimi mengikut kaedah Islam. Mengapa kaedah ini ditolak? Bagaimana pula dengan DS Anwar serta isterinya ke Mekah sebelum ini menunaikan Umrah? Ketika itu pun beliau sudah didakwa melakukan Liwat. Umrah atau Haji tempatnya tetap sama juga. Mengapa mereka semua selamat kembali ke tanahair?

Justeru itu, jangan menjadikan modal pergi Haji untuk menegakkan benang basah atau takut untuk menerima kaedah Islam. Jangan menjadi jahil sedemikian./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. POIE MOKAH UTK IBADAT TU DITUNTUT BANG...TAPI KALAU POIE MOKAH NAK TUNJUK KITO POIE MOKAH SIAP DONGAN GAMBA2..APO PEKDAH EH...

    ORG LAIN PUN POEI MOKAH YO, ADO GAMBA YO, TP SBG KONANGAN2..BUKAN NAK NUNJUK2 DO...

    BalasPadam
  2. Segala puji-pujian bagi ALLAH yang maha Besar,saya amat risau manusia sekarang sudah mula sesat dan tidak menjadikan Al-Quran dan sunnah nabi sbg pegangan hidup...saya tak mahu nanti anak2 dan cucu2 akan datang cakap takut ke mekah sbb akan di timpa bala, sedangkan ke sana untuk melakukan amal ibadat...ingatlah setiap ujian ALLAH hanya pada kekasihnya dan ALLAH akan biarkan sesiapa yang ALLAH benci sesat begitu saja tanpa ujian walaupun tidak ke mekah sekali pun...sedarlah dan bertaubatlah..

    BalasPadam
  3. kah kah kah!
    cfool naik haji
    bukti cuci habis dosa,
    cfool ke Mekah,
    tanda sumpahnya benar,
    cfool pakai ihram,
    budak taqwa lagi soleh,
    cfool wukuf di Arafah,
    tanda juburnya benar diliwat,
    cfool tawaf depan kaabah,
    bukti juburnya diliwat Anwar,
    cfool niat haji,
    bukti juburnya dapat tahan bukti,
    Cfool pergi melontar di Jamrah,
    bukti dilihat tanpa rela,
    Cfool bercukur tahlul,
    bukti Anwar meliwat cfool.

    kalau kerana ke Mekah,
    abu Lahab paling suci dosa,
    kalau kerana tawaf,
    lidah abu Lahab mesti dipercayai,
    kalau kerana melontar,
    hati abu lahab lebih diyakini,

    Mekah bukannya perisai,
    haji bukannya tanda taqwa,
    tahlul bukannya sumpah solih,
    tawaf bukannya saksi sahih,
    Mina bukannya tanda diliwat Anwar,
    melontar bukan buktinya menolak syaitan,
    tawaf di Kaabah bukan saksi tidak berbohong.

    semuanya dah di lakukan Abu Lahab,
    tapi abu lahab tetap abu lahab,
    hati abu lahab tetap abu lahab,
    lidah abu lahab tetap abu lahab,
    sumpah abu lahab tetap abu lahab,
    saksi abu lahab tetap abu lahab,
    haji abu lahab tetap haji abu lahab,

    adakah haji cfool bukan haji abu lahab?.

    BalasPadam
  4. Woi! Banyak duit sifool pergi Mekah. Kerja tak ada, menyorok tak berani keluar mampu juga pergi Mekah.
    Ehmmm ... ada papa apa ke?
    Tolong tanya sifool sikit camne dia kompol duit pergi Mekah?

    BalasPadam
  5. nanti diorang suruh anwar gi haji lak ...

    biar anwar kena bala bencana....

    sapa sapa yg tak sokong gerombolan dan ketuanan melayu.kalau gi ke mekah akan dapat bala bencana.....

    kalau bongok jangan bagi tau orang laaaa..

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  6. pi.....pirah,tggu la saat nya mat pungkok....fitnah mu akan memakan tuan pungkok

    BalasPadam
  7. yang bawa cerita saifol pi Makkah tu,dah biasa sampai kesana ka?.
    kalau belum,cuba pi sekali,umrah pun jadilah,kalau dah pi,pi lagi kali kedua dan round tengok apa yang ada di Makkah kerana mungkin waktu kali pertama pi asyik tidor sebelum masuk waktu solat.
    kaum dari SEBERANG pi Makkah macam pi rombongan berkelah.ho ha ho ha,campur betina jantan.yang tak mati,semua balik,taada cacat,tak patah.
    tok arab tak percaya semua ni,hanya melayu saja yang lebih lebih.
    penyamun dan penyangat pun banyak.kalau tak percaya cuba kucup hajarul aswad,kalau tak hulok pada penyamun seberang atau mat hitam,mungkin sukar untuk lakukannya.
    inilah contoh,nak banding cakap cakap orang tua dulu dengan sekarang memang dah tak bolih.

    BalasPadam
  8. Siapalah agaknyer menaja budak ini ke Mekah?//

    BalasPadam
  9. dengar dengar ....saiful kena panyakit .....betul ker........nauzubillah

    BalasPadam