Sabtu, 30 Januari 2010

HANYA ANWAR MAMPU SERET NAJIB KE MAHKAMAH

Oleh: WFAUZDIN NS

PERBICARAAN kes liwat DS Anwar akan bermula tidak beberapa lama lagi. Peluang untuk rakyat menyaksikan semula ulangan drama tahun 1998 meskipun mempunyai beberapa pelakon baru dan ada juga beberapa pelakon lama yang dikekalkan. Plot ceritanya tidak berubah di mana DS Anwar dituduh sebagai peliwat.

Jika dahulu DS Anwar dituduh meliwat seorang tua iaitu Munawar Anis dan seorang yang pertengahan umur iaitu Azizan Abu Bakar dan pemuda bernama Sukma. Maka, drama ketika itu bermula dengan episod mengusung tilam tanpa cadar yang mempunyai tompokan air mani merata-rata. Pengusungan tilam di waktu itu membawa kepada terkenalnya Musa Hassan iaitu KPN ketika ini. Episod yang lepas amat menarik sekali dengan kita menyaksikan tarikh kejadian liwat dipinda berkali-kali agar dilihat lebih realistik. Kita tertawa beramai-ramai dengan episod itu.

Episod juga menggambarkan bagaimana DS Anwar cuba mengheret Tun Mahathir yang ketika itu sebagai PM ke mahkamah untuk memberikan keterangannya. Mengapa Tun Mahathir dipanggil? Ini adalah kerana Tun Mahathir hampir setiap hari siang dan malam melalui media menyebut bahawa beliau percaya dan yakin bahawa DS Anwar melakukan perbuatan liwat kerana mangsa pernah menceritakan kepadanya sendiri. Tetapi apabila Tun Mahathir dipanggil ke mahkamah, beliau minta diberi apakah soalan yang hendak ditanyakan kepadanya. Itu lah rupanya Tun Mahathir yang kununnya dianggap Wira Dunia Ketiga ketika itu. Berani berdepan dengan TV dan wartawan tetapi menikus untuk tampil di mahkamah.

Saya percaya, episod kali ini tidak banyak bezanya. Najib mulanya menyebut tidak mengenali Saiful, kemudiannya mengaku pula pernah berjumpa Saiful kerana Saiful ingin memohon biasiswa. Selepas itu, Najib berkata Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu tentang `masalah' dirinya yang diliwat oleh DS Anwar. Mana satu yang benar wahai Najib? Salah skripkah drama kali ini?

DS Anwar baru-baru ini di dalam ceramahnya berjanji akan memanggil Najib dan Rosmah ke Mahkamah untuk memberikan keterangannya. Adakah Najib lebih jantan dari Tun Mahathir? Kita akan lihat episod ini nanti. Hakim yang sinonim dengan perkataan `Tidak Releven' iaitu Augustine Paul kini telah tiada di muka bumi ini. Mati itu sememangnya `releven' buat semua makhluk dan Augustine Paul telah pun buktikannya. `Releven' nya mati buat kita semua juga telah dibuktikan oleh Peguam Negara ketika itu iaitu Mokhtar Abdullah. (di mana Zahid Md Arip yang kini ahli Umno sering menggelarkannya sebagai `Mokhtar Dugong', mudah-mudahan Zahid Md Arip sempat mohon maaf pada arwah atau warisnya). Tidak releven menjadi `releven' bila setiap manusia itu mati. Mati itu adalah lebih dari releven. Begitu juga pencetus fitnah ke atas DS Anwar iaitu penulis buku `50 dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' iaitu Khalid Jaffri juga telah menemui Rabbul Jalil. Di alam sana, beliau pula akan melihat buku catatan oleh Malaikat yang sentiasa mencatat tingkah laku beliau sewaktu beliau masih bernyawa.

Kembali kepada persoalan tadi, adakah Najib akan hadir bersama Rosmah ke mahkamah untuk membantu mahkamah di dalam kes kali ini? Berat untuk saya percaya Najib dan Rosmah mempunyai ketahanan mental dan keberanian untuk hadir. Untuk berdepan dengan DS Anwar di Parlimen pun terlalu kecut perut dibuatnya. Seandainya beliau hadir, peluang untuk kita melihat Karpal Singh menguji kebijaksanaan Najib dan Rosmah akan tercapai.

Bagaimana dengan Si Saiful? Belum apa-apa lagi sudah memohon minta bantuan dari mereka-mereka yang percaya kepada ceritanya diliwat itu. Saiful mohon beri tunjuk ajar atau tips bagaimana untuk berdepan dengan peguambela di mahkamah nanti. Di mahkamah nanti, bersumpah lah kamu berjuta kali, kucuplah Al-Quran itu berjuta kali, tetapi jika kamu tidak berupaya membuktikan tuduhan kamu, maka hancurlah kamu. Bukti kes rogol dan liwat adalah kesan fizikal kerana ini bukan kes cabul. Bukti DNA ? Mampukah DNA membuktikan liwat berlaku tanpa ada kesan fizikal? Biar pakar yang berhujah tentang ini.

Kepada kita semua, marilah kita terus memberikan sokongan buat DS Anwar. Cukuplah sekali DS Anwar terpenjara dan kali ini DS Anwar harus berhati-hati. Ada yang berkata DS Anwar takut untuk berdean dengan mahkamah. Jika benar sekali pun, memang wajar DS Anwar takut berdepan dengan mahkamah kerana beliau tahu apakah jenis mahkamah di negara ini. Jika tidak, masakan kerajaan PR tumbang di Perak./Kembali ke laman asal di sini.

JAWATAN TAK PENTING, HASSAN ALI JANGAN LAGI JUAL NAMA PIMPINAN TERTINGGI - KHALID SAMAD

Khalid: Jawatan tak penting
Jan 30, 10


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad belum membuat keputusan sama ada akan merayu terhadap keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang mengantung jawatannya dalam parti selama 6 bulan.

Antara jawatan itu, termasuk YDP kawasan Shah Alam dan ahli Lujnah Politik PAS Pusat.

Khalid yang menulis di blognya berkata dia sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan.

“Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang 'Jeneral', maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?” katanya.

Khalid berkata dia menerima penggantungan itu dengan hati terbuka.

Katanya lagi, ramai yang tidak menyedari pada hakikatnya matlamatnya bagi mendedahkan kepincangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali telah tercapai.

“Tindakan Dato PJ (Pesuruhjaya PAS) selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar salah dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi,” katanya.

Khalid juga berikrar dasar perkukuhkan Pakatan Rakyat akan dipertahankan selagi mana PAS bersama gabungan itu.

Beliau juga mengingatkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan menyeru semua supaya bersatu mengasak Umno sehingga mereka tersungkur./Malaysiakini

Eksklusif: Sandiwara Liwat II, Awas !! Iklan Yang Memaparkan Nombor Telefon Serta Email Anwar Kini Disebarkan Di Laman Blog Penyokong Saiful

Perbicaraan kes "Sandiwara Liwat II" dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Februari ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia. Apa tidaknya, biarpun perbicaraan dan kes itu sendiri dipertikaikan oleh banyak pihak. Namun, berkat usaha yang bersepadu antara penulis skrip, pengarah dan pelakon utamanya maka kes tersebut mahu dibicarakan juga di Mahkamah Sivil tanpa menghormati pandangan tokoh ulamak Islam sedunia termasuk Syeikh Yusoff Al-Qardawi. Kes jenayah syariah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang "Qazaf"bukti DNA yang kononnya terdapat dalam tubuh Saiful. Soalnya, bagaimanakah DNA Anwar boleh berada dalam tubuh anak muda itu sedangkan pakar perubatan mengesahkan dia masih suci dan tidak ternoda oleh sesiapa pun. Jika kes ini berlaku kepada tertuduh selain Anwar, sudah pastilah ia akan dibuang kes sebenarnya. Tambahan pula, mana mungkin pihak polis dan mahkamah mahu menyiasat serta membicarakan kes tersebut hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful semata-mata. Tanpa mengambilkira unsur-unsur fitnah dibuat oleh anak muda itu, serta rentetan perjalanan kes yang cukup diragui maka ia mahu diteruskan juga dalam keadaan fakta yang jelas mengeliru dan benar-benar menyeleweng itu. Sepatutnya bukti DNA digunakan selepas laporan perubatan hospital mengesah kejadian itu berlaku. Tetapi jika kejadian pun tidak berlaku, kenapa DNA mahu digunakan?. Bukankah ini menunjukkan sudah ada perancangan jahat dan satu lagi konspirasi peringkat tertinggi untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes kontroversi ini sebenarnya. yang paling memalukan sistem kehakiman negara kononnya melibatkan itu sengaja dilewat-lewatkan oleh mereka agar keadilan bukan ditegakkan untuk Anwar tetapi kepada Saiful Bukhari Azlan. Belum pernah terjadi dalam sejarah, mangsa mengaku diliwat tanpa bersandarkan laporan klinikal hospital dan disahkan oleh doktor perubatan. Kes yang cukup memalukan ini hanya mahu dijalankan berlandaskan kepada Saiful Bukhari Azlan

Anwar semalam, menfailkan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan pada 2 Februari ini. Banyak alasan munasabah yang dikemukakan, tetapi dianggap tidak masuk akal oleh pihak Pendakwaraya. Salinan dokumen yang sepatutnya diberikan hak kepada Anwar, sehingga kini masih lagi dinafikan. Malah, mereka mencuba sedaya upaya untuk memastikan mantan TPM itu terpenjara jua kali ini. Mereka menganggap Anwar menipu mahkamah dan hakim sehingga berjaya meloloskan diri dari Penjara Sg.Buloh dalam kes liwat pertamanya dulu. Lantaran itu, mereka tetap yakin Anwar memang meliwat Saiful. Walhal telah disahkan yang anak muda itu tidak mempunyai tanda-tanda diliwat. DNA mahu digunakan sebagai bukti kukuh kejadian tersebut, sedangkan sampel seperti itu boleh diambil melalui berbagai cara sama ada secara paksa atau dalam keadaan tidak sedar, ketika Saiful bekerja di pejabat Anwar dulu. Semua ini menimbulkan keraguan rakyat sebenarnya. Apalah malangnya nasib rakyat yang terpaksa seklali lagi menyaksikan satu perbicaraan yang paling "malang" dalam sejarah negara. Namun, demi kuasa politik semua ini terpaksa dijalankan juga. Maknanya, perbicaraan yang bakal dijalankan itu nanti sudah pasti penuh dengan trick serta adengan yang cukup memalukan kita sebenarnya. Masih kita ingat dulu adengan mengusung tilam, tompok air mani yang bertaburan, adengan liwat di lokasi yang tidak wujud, kehilangan diari harian Anwar dari simpanan polis serta berbagai lagi adengan yang cukup mengejutkan. Apalah kini ia bakal berlaku lagi dalam kes liwat dua yang bakal disaksikan perbicaraannya tidak lama lagi.
Inilah iklan banner yang dicipta oleh penyokong Saiful itu
Bagi penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat, apa yang boleh dilakukan sekarang ialah sekadar berdoa agar kes tersebut dibatalkan atas masalah teknikal seperti yang dinyatakan tadi. Namun, mahukah hakim menurut arahan tersebut jika skripnya telah disiapkan sejak awal-awal lagi. Maka langkah terbaik ialah kita harus tunggu dan lihat adengan misteri ini. Sementara itu, bagi puak-puak UMNO dan barisan penyokong mereka seperti biasa menuduh Anwar penakut dan tidak berani menghadapi kenyataan. Kononnya jika Anwar berani dan tidak bersalah, maka hadir ke mahkamah dan berhadapan secara anak jantan dengan Saiful. Tanpa mengambilkira faktor kekeliruan kes tersebut dan keengganan pihak pendakwaraya memberikan salinan dokumen yang diminta, mereka jelas sekali melihat Saiful berada di pihak yang benar. Kebenaran saiful hanya dengan kata-kata yang sering dinukilkan dalam blog peribadi beliau selama ini. Rayuan dan doa dipohon daripada rakyat agar memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi kes ini. Kebenaran dan keadilan akan tertegak jua akhirnya, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar. Aneh bukan, bila seorang manusia beriya-iya mahu orang percaya kepada kata-kata dan sumpah laknatnya tentang satu perkara yang masih menjadi tanda tanya. Bayangkan jika semua ini adalah satu fitnah dan tuduhan jahat untuk menjatuhkan karier politik Anwar, maka siapakah yang menjadi mangsa sebenarnya?. Mutakhir ini kempen besar-besaran telah diadakan menerusi blog dan website pro-Saiful. Satu banner telah dibuat oleh mereka yang bertemakan "Warkah Buat Anwar", dengan memaparkan nombor telefon peribadi serta email mantan TPM itu untuk membolehkan penyokong mereka menghantar SMS. Malahan, warkah itu turut memberi amaran supaya penghantar tidak menulis SMS yang berbaur ugutan dan ancaman terhadap Anwar Ibrahim.
Sila copy paste url link iklan ini dan masukkan dalam blog anda
[Privacy Anwar pasti akan terganggu dengan SMS yang bakal diterima itu. Soalnya, siapakah dalang yang mendedahkan nombor telefon peribadi Anwar kepada mereka. Sudah pastilah dikalangan mereka yang rapat dengan Anwar dulu agaknya. Apapun, paparan itu sudah dibuat (rujuk foto atas) dan Anwar terpaksa menghadapinya. Beliau boleh menutup talian tersebut jika mahu atau menukarkan nombor talian peribadi beliau. Namun, semuanya tidak wajar dilakukan dalam masa terdekat ini. Susulan daripada itu, kami dengan bangganya ingin membalas banner yang dihasilkan oleh para penyokong Saiful itu. Maka disini kami paparkan satu banner yang serupa khas untuk Saiful Bukhari Azlan agar beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Turut kami paparkan ialah nombor telefon peribadi ayah Saiful iaitu Azlan Mat Lazim untuk memudakan orang ramai menghantar SMS supaya beliau menasihatkan anaknya supaya menyedari segala kesilapan yang telah dilakukan. Dengan paparan ini, diharap dapat memberi ruang yang terbuka kepada rakyat hendaknya. Paparan talian telefon peribadi Saiful Bukhari Azlan akan dibuat selepas ini, jika puak-puak mereka masih memaparkan iklan berkenaan. Sila copy paste URL iklan dan masukkan ke dalam blog anda untuk dihebahkan]./Pahang Daily Online

ISU ROYALTI KELANTAN - TOK PA DAN BERAHIM ALI TERKEDU DENGAN KU LI


Safar Jumaat

APAKAH di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap dan mengambil bahagian – atas apa juga niat.

Semalam (Khamis), Tengku Razaleigh sudah pun berucap di hadapan 20,000 hadirin di Stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Khabarnya, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar juga hadir mengiringi Tengku Razaleigh.

Apa yang diperkatakan Tengku Razaleigh ketika berucap di stadium tidak perlu diperbahaskan kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan dahulu, tetapi suatu perkara yang perlu dibincangkan di sini ialah keberanian dan kesanggupan Ahli Parlimen Gua Musang ini untuk ‘membayar hutangnya’ kepada rakyat Kelantan.

Siapa selain Tengku Razaleigh dari kalangan mereka yang masih berada di dalam Umno sanggup ‘membayar hutang’ serupa kepada rakyat Kelantan, bercakap benar dalam isu royalti, bukan wang ihsan – seterusnya sanggup menerima hukuman dari parti yang mereka wakili, demi mendahulukan rakyat (Kelantan) dan mengutamakan pencapaian?

Tengku Razaleigh sebenarnya memang mempunyai keberanian yang mencukupi. Jika tidak kerana keberaniannya, mustahil beliau boleh menentang Dr. Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden Umno 1987 dahulu.

Atas sebab keberaniannya jugalah tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang menyebabkan ramai juga yang menang kerusi DUN dan Parlimen atas tiket parti itu, termasuk Allahyarham Kahar Ahmad di Muar, Tarikh Junid di Selangor, seorang di Jerantut dan ramai dari Kelantan.

Hari ini, apabila Tengku Razaleigh menyanggupi tawaran mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan ia sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak dalam Umno, kononnya Tengku Razaleigh hari ini bukan lagi Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden Umno dalam tahun 1987.

Malahan, Tengku Razaleigh sudah berjaya mencetuskan kontroversi kerana kesanggupannya menerima jemputan memberi ceramah sempena Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum, semalam.

Agaknya, Tengku Razaleigh sendiri sudah lama tidak berhadapan dengan 20,000 hadirin seperti mana majlis semalam, kerana jika program itu anjuran Umno atau BN, khalayak seperti itu mustahil akan dapat disaksikan!

Inilah kelebihan Pas – sikap dan disiplin penyokong-penyokongnya yang sentiasa bersedia memenuhi ruang untuk mendengar ceramah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh duduk bersekali dengan Menteri Besar Kelantan.

Umno mungkin melihat Tengku Razaleigh tidak menyayangi parti itu lagi kerana sanggup menerima jemputan pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, orang-orang Umno tidak pernah pun mahu memikirkan apakah yang mereka pernah beri kepada Tengku Razaleigh ketika Tengku Razaleigh yang mempunyai banyak pengalaman untuk berhadapan dengan rakyat.

Barangkali, mereka memikirkan, jika Tengku Razaleigh diberikan peranan, jawatan dan tugasan, menyebabkan Tengku Razaleigh akan menjadi popular hingga menyebabkan jawatan Presiden Umno tergugat.

Atau, mereka fikir, Tengku Razaleigh sudah tidak mempunyai apa-apa pengaruh lagi kepada khalayak yang menyebabkan mereka mahu Tengku Razaleigh dijauhkan dari mata dan ingatan rakyat!

Hari ini, jika Umno mahu menyenaraikan ‘musuh-musuh’ baru mereka, satu senarai panjang akan dilihat. Selain Tengku Razaleigh, Dr. Mahathir Mohamad juga bolehlah dianggap sebagai seorang bekas pemimpin Umno yang tidak memberi keuntungan kepada Umno.

Serangannya terhadap ura-ura Umno mahu mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang tidak lama dahulu sudah cukup merimaskan. Ini belum lagi soal kekosongan jawatan Pengerusi dan Pengarah Urusan Petronas di mana beliau adalah Penasihatnya.

Dr. Mahathir juga dilihat sering berbalah dengan Menteri-Menteri Kabinet, antaranya Datuk Mohd Nazri Aziz – isu terbaru soal kursus anjuran BTN yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak campurtangan dan meminta semua pihak mengunci mulut dari memperkatakannya.

Ini belum masuk nama-nama seperti Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution Ismail dan ramai lagi, mereka yang pernah memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir masih ahli Umno. Namun, kecenderungan mereka bercakap benar menyebabkan Umno resah dan gelisah.

Tidak hairanlah kalau Tengku Razaleigh memberitahu kawan-kawan rapatnya, beliau perlu menjelaskan hutangnya kepada rakyat Kelantan dalam isu perjanjian royalti antara Kelantan dengan Petronas.

Hari ini, jika terlintas di fikiran Najib mahu memberikan jawatan kepada Tengku Razaleigh, mungkin ia sudah terlambat. Tengku Razaleigh tidak mungkin mahu berundur setapak ke belakang demi menerima jawatan dan tawaran.

Tengku Razaleigh bukan budak-budak yang boleh disuapkan dengan gula-gula untuk menutup mulutnya dari bercakap perkara-perkara yang benar. Malahan, Najib mungkin tidak mempunyai cukup keberanian untuk menawarkan apa-apa jawatan dan peranan kepada Tengku Razaleigh sekarang, selepas Najib berkeras tidak mahu memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Siapa Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Ibrahim Ali yang mahu tampil bercakap soal royalti dan ihsan selagi Tengku Razaleigh ada di maya pada ini?/
Harakahdaily


Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.


Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya./Harakahdaily

Khamis, 28 Januari 2010

YB ZUL , JANGAN TUNGGU KEPUTUSAN PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR tidak mampu lagi memelihara orang seperti YB Zul ini. Meskipun PKR masih cuba berlaku adil kepada YB Zul ini, tetapi sikap ego, bongkak dan sombong YB Zul yang mengugut akan keluar dari parti dan dihebahkan kepada media merupakan satu tindakan yang membuat ramai yang meluat dengannya. PKR kini tiada alasan untuk tidak memecat YB Zul. Satu-satunya cara untuk memberi keadilan hakiki kepada YB Zul adalah `melepaskannya' untuk mencari parti yang lebih Islamik dari PKR dan PAS. Mungkin Umno lebih Islamik pada pandangan YB Zul.

Seandainya (digalakkan) YB Zul keluar dari PKR, adakah PAS sudi terima orang yang `berotak' seperti YB Zul ini? Jika PAS terima juga, bijaklah begitu. Seandainya pula YB Zul ini melutut kepada Umno, itu tidak menghairankan dan YB Zul boleh berjuang agar Umno akan tegakkan Islam di negara kita ini terutamanya di bawah Najib. Jika bukan PAS, bukan Umno maka mustahil YB Zul bersama MIC, MCA mahu pun DAP. Maka, tempat yang boleh YB Zul fikirkan adalah bersama raja katak Berahim Ali.

Sekali lagi kita merayu, tersangatlah merayu agar YB Zul segera letakkan jawatannya sebagai MP Kulim Bandar Baru dan keluar dari PKR seberapa segera. Tidak perlulah ditunggu apa keputusan Lembaga Disiplin PKR kalau hati dah terpaut ke tempat lain. Segeralah keluar dari PKR jika YB Zul benar-benar anak jantan bukan sekadar mengugut macam budak-budak. Kita tengok pun puak-puak Umno sudah menganga mulut tidak sabar menantimu, wahai YB Zul./Kembali ke laman asal di sini.

BIAR BETUL....KITA DITIPU ?

28 Januari 2010

13 Safar 1431H
Email : BADRUL HISHAM HJ. AHMAD FUAD


1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hak3hak3hak3 rakyat dahulukan jer apa yang ada...

Tanpa Nama berkata...

BN memang celaka.Ya Allah yang maha berkuasa kau hancurkanlah peminpin-peminpin BN dan penyokongnya yang menyebabkan rakyat menderita. Ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini dengan berkat nabi Muhammad dan keluaganya.

Edyes berkata...

hehehe...

inilah namanya 1Malaysia Rakyat Diutamakan (Baca: Slogan yang makan diri)...

Lihat ulasan saya berkenaan harga proton di Australia

Klik Sini

dan klik sini juga

Tanpa Nama berkata...

rakyat diHULUkan, KERA disusukan...

memang dasar kerajaan BN prihatin!!!!!

stones berkata...

BN memang suka tipu rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Bukan harga kereta yang murah..
cukai kat arab saudi tu yang murah..
kat malaysia kereta proton tu pun murah..
tp tax dia yang tak murah..
cubalah buat kira2..

Tanpa Nama berkata...

dah la mahal kat sini keta dah hancur pun hutang tak abih bayar di bank....rakyat didahulukan

Tanpa Nama berkata...

tak paaa....rakyat malaysia kan pandai2 metamatik....pasai tu rakyat malaysia selalu kena tipu dgn pemimpin2 UBN.....
1malaysia kena tipu...hhaa..haa..haa padam muka..termasuklah aku sendiri.....
lain kali pangkah BN lagi...padam muka...
untuk sahamat cina muslim pilihanraya nanti... jom kita pangkah PR...pula...


Sumber: Idhamlim.blogspot.

DENGAR SENDIRI CERITA DARI YB KHALID

Oleh Khalid Samad

Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda SultanSelangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam.

Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan.

Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya.

Maka bersoraklah kumpulan-kumpulan UMNO tegar dengan berkata “Khalid dimurkai sultan”. Begitu jugalah NGO-NGO UMNO yang muncul di merata rata tempat. Tumbuh bagaikan cendawan selepas turunnya hujan.

Bagaikan langau di timbunan sampah yang ingin menangguk di air yang keruh.

Keadaan sebenar adalah seperti surat yang dipamirkan beberapa hari sebelum ini di blog saya.

Maka teramatlah dukacita golongan-golongan ini namun mereka terus dengan usaha durjana mereka dan dibuatlah laporan polis oleh berpuluh-puluh NGO jelmaan ini.

Mereka baru muncul entah dari perigi hantu yang mana tiada siapa ketahuan. Tidak kedengaran akan kewujudan mereka sebelum dari ini dan mungkin juga tidak akan kedengaran lagi selepas ini. Mati ditanam di kubur yang tiada bertanda.

Selepas dipelahap segala peruntukan, maka hilanglah mereka bagaikan bayang-bayang diwaktu senja.

Saya difahamkan Kementerian Belia mempunyai peruntukan untuk NGO bagi golongan belia dan pemuda UMNO di seluruh negara diminta mendaftarkan NGO-NGO mereka supaya dapat disalurkan peruntukan ini kepada mereka.

Habis lagi wang rakyat dipelahap golongan ini. UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah. Duit, duit, duit, itu sahaja matlamat mereka dan kekuasaan yang dikejar adalah bermatlamatkan ini. Hanya kekalahan mutlak akan melenyapkan mereka.

Sudah, cukuplah dengan kisah mereka itu. Saya rasa ramai yang ingin mengetahui apa yang telah berlangsung semasa saya mengadap DYMM Sultan Selangor. Saya tidak boleh menceritakan semua dan sememangnya saya tidak bertujuan untuk mempolitikkan institusi ke Sultanan Selangor.

Oleh itu yang akan saya ceritakan di sini hanya sekadar menjelaskan apa yang dibincang tanpa meletakkan satu pendirian politik kepada DYMM Sultan. Ini adalah kerana sebagai Sultan, Baginda adalah ‘above politics’ dan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sebelum itu saya ingin merakamkan betapa besarnya hati saya atas kesudian DYMM Sultan mengizinkan saya menghadap dan meluangkan masa Baginda sehingga lebih dari sejam lamanya untuk berbicara.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Wawasan terhadap pembangunan Bandar Raya Shah Alam

Inilah matan utama disebalik pertemuan dan perbincangan yang diadakan. Baginda menjelaskan wawasan yang ingin dilihat melalui pembangunan yang terancang, bersama banyaknya kawasan-kawasan lapang yang disertakan tempat-tempat beriadah untuk warga Shah Alam. Kehidupan yang selesa tanpa sebarang bentuk kesempitan pembangunan yang sering digelar ‘concrete jungle’.

2. Persoalan Enakmen-Enakmen Negeri dan isu kalimah ‘Allah’

Baginda menegaskan kepada saya bahawa persoalan ini tidak patut dipolitikkan dan dipolemikkan. Sekiranya ada cadangan yang ingin dikemukakan, maka ianya perlu diserahkan mengikut prosedur dan peraturan iaitu dengan menulis secara rasmi dengan menjelaskan mengapa dan apa yang perlu dikaji semula. Pada masa yang sama cadangan berhubung perubahan-perubahan yang ingin dilakukan boleh dikemukakan, termasuk, menurut Baginda, “syarat-syarat yang ingin dikenakan sekiranya penggunaan kalimah ‘Allah’ ingin dibenarkan kepada yang bukan Islam. Jangan sekadar menyatakan secara umum ‘dikenakan syarat’, tetapi dijelaskan apa syarat-syarat berkenaan”.

Saya sempat menjelaskan kepada Baginda Sultan bahawa sememangnya kami (PAS) tiada niat untuk mempolitikkan dan mempolemikkan persoalan ini dan begitu jugalah rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Kami (PAS, terutamanya sayalah kot?) hanya memberikan respon kepada suasana di mana ada ‘pihak’ yang ingin mengapi-apikan suasana. Mereka memberikan gambaran bahawa orang Kristian menghina Islam dan mencemar kesucian kalimah Allah dan oleh itu ummat Islam harus bersatu untuk menyanggah tindakan golongan Kristian. Dalam suasana begitu kita terpaksa tampil ke hadapan untuk menafikan dakwaan golongan ‘provokator’ ini demi menjamin ummat Islam tidak tertipu dengan rethorik mereka. Melalui respon sebegini, maka ummat Islam akan dapat mendengar perspektif yang jelas berbeza dan dengan itu keselamatan dan ketenteraman negara dan negeri Selangor lebih terjamin. Lebih-lebih lagi apabila tafsiran dan kesimpulan golongan provokator ini adalah jauh dari kebenaran yang sebenarnya.

Baginda Sultan menegur saya kerana mengikut laporan akhbar saya mengatakan enakmen berkenaan ‘ketinggalan zaman’ dan ‘buruk’. Saya sempat menjelaskan bahawa itu adalah perkataan yang digunakan wartawan, bukan perkataan saya. Apa yang saya nyatakan adalah bahawa undang-undang pentadbiran seperti enakmen-enekmen berkenaan telah digubal berdasarkan keadaan dan suasana tertentu pada ketika ianya digubal. Sekiranya suasana dan keadaan berubah, maka undang-undang tersebut perlu berubah bersamanya. Oleh itu kesesuaian enakmen-enekmen ini perlu dikaji dari masa ke semasa.

Dalam persoalan ini, kesimpulannya adalah bahawa kami (PAS) telah dikehendakki mengemukakan cadangan yang lengkap dan sempurna secara rasmi. Perkara ini akan saya serahkan kepada PAS dan rakan angota PR untuk memikirkannya.

Pada masa yang sama molek juga sekiranya dicadangkan pindaan terhadap enakmen yang berhubung dengan persoalan tauliah. Supaya pemberian tauliah lebih mudah dan lebih telus dan penarikan balik tidak juga dilakukan secara sewenang-wenangnya.

3. Persoalan Menghormati Institusi Raja

Saya juga mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa PAS menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tiada apa-apa niat untuk mencabar atau menjatuhkannya. Saya menyebut bahawa selama ini, oleh kerana kami sebagai pembangkang, maka tiada peluang untuk mengadap dan menyatakan pendirian kami dalam persoalan ini. Pada masa yang sama, terdapat ‘pihak’ yang telah menggunakan kedudukan mereka untuk menyebarkan fitnah bahawa PAS dan juga PR tidak setia kepada Sultan. Mereka ingin menimbulkan kesangsian terhadap kami, sedangkan kami menghormati institusi raja sebagai sebuah institusi yang ‘above politics’ yang boleh menyatu-padukan rakyat jelata. Strategi ‘pihak tertentu’ untuk melagakan PR dengan raja adalah satu strategi yang akan terus usahakan walaupun ianya satu pembohongan yang nyata.

Baginda Sultan menyatakan kedukacitaan Baginda terhadap amalan ‘biadap’ terhadap institusi raja, khususnya oleh bloggers yang Baginda sebut sebagai ‘fan-club’ saya. Saya menjelaskan bahawa saya sendiri tidak pernah biadap terhadap institusi raja dan begitu juga pimpinan PAS mahupun PR, termasuk pimpinan di Perak. Kata-kata dan tulisan yang keterlaluan oleh mereka-mereka yang menyatakan sokongan terhadap kami adalah sukar untuk kami kawal. Ianya mungkin berlaku oleh kerana tanggapan dan mungkin juga gambaran yang ditonjolkan oleh ‘pihak tertentu’ bahawa raja-raja Melayu adalah bersama mereka. Kaedah dan pendekatan yang sebegini adalah amat berbahaya dan merupakan usaha mengheret institusi raja ke kancah politik sehingga dilihat berpihak kepada satu parti sahaja.

Baginda Sultan menyebut bahawa Baginda tidak berpihak dan apa yang diinginkan oleh Baginda adalah untuk melihat yang terbaik bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Saya menjawab bahawa saya, bagi pihak PAS dan PR, akan berusaha untuk mempertahankan institusi raja-raja sebagai institusi yang bebas dari fahaman politik kepartian. Saya akan juga mengingatkan rakyat, termasuk para bloggers mana-mana ‘fan-club’, untuk menghargai institusi raja-raja dan peranannya dalam sistem Demokrasi Berpelembagaan sebagai salah satu institusi ‘pengimbangan’ yang berkesan. Usaha untuk mengelabui mata rakyat bahawa kononnya raja-raja adalah pro parti tertentu dan hanya golongan ini sahaja yang pro Raja-Raja Melayu perlu dibenteras dengan serta merta.

4. Kunjungan Hormat oleh Ahli Parlimen PAS

Saya juga berkesempatan untuk menyebut bahawa kesemua ahli-Parlimen PAS Negeri Selangor ingin melakukan kunjungan hormat terhadap Baginda Sultan sepertimana yang saya lakukan. Bginda menyebut kesediaan Baginda untuk bertemu setiap wakil rakyat Negeri Selangor dan Baginda menghormati hakikat bahawa kita telah dipilih oleh rakyat Selangor di kawasan yang kita bertanding. Baginda menyebut mereka perlu menulis kepada pejabatnya, sepertimana saya dan Baginda akan berusaha untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk bertemu dengan mereka.

Saya merasakan kagum dengan kesediaan dan keterbukaan Baginda Sultan Selangor dalam persoalan ini. Saya amat berharap agar melalui kunjungan hormat yang sebegini Baginda Sultan dapat mengenali wakil rakyat PAS dan dengan itu menilai pendirian, sikap dan kesungguhan serta kemampuan kami menerajui Negeri Selangor.

Melalui pertemuan seperti ini, adalah diharapkan agar Baginda Sultan dapat membandingkan kami dengan wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dan seterusnya dapat melihat bahawa harapan untuk sebuah Selangor yang maju dan makmur tidak pernah terletak bersama golongan ini. Juga bahawasanya terdapat sebahagian dari rakyat Baginda di kalangan orang Melayu Islam negeri Selangor yang tidak korup, tidak tamak dan tidak mementingkan diri, yang ikhlas melibatkan diri dalam arena politik bukan untuk mengkayakan diri dan kroni, tetapi atas dasar prinsip dan semangat perjuangan dan pengorbanan yang kental.

Apa kata pepatah Melayu? Tidak kenal maka tak chenta? Selama ini tidak berpeluang untuk mengenalkan diri, maka sekarang perlulah dimanfaatkan sejauh mungkin.

5. Meninggalkan Istana Bukit Kayangan

Melihat jam sudah 12.45 tengah hari maka pertemuan terpaksa ditamatkan. Saya amat menghargai peluang yang telah diberi untuk mengadap. Begitu juga dengan teguran-teguran serta nasihat yang telah diberikan. Saya meninggalkan majlis selepas bersalam dan mengangkat sembah dan sejurus itu amat terkejut dengan berpuluh wartawan yang menunggu di pagar yang entah sejak bila. Pada mulanya saya ingin terus jalan tetapi memikirkan bagaimana mereka telah sabar menunggu, saya berhenti seketika sekadar menafikan saya telah dititah untuk mengadap kerana Sultan murka.

Seterusnya saya ke Masjid Batu Tiga, Masjid ‘Fastabikul khairat’, kerana dimaklumkan bahawa Dato’ PJ akan berkhutbah di sana. Selepas itu saya terus ke Sri Gading, Johor, untuk menghadiri program ‘Sehari bersama YB Shah Alam’ yang bermula denga Hi-Tea, diikuti Kuliyyah Maghrib dan berakhir dengan ceramah umum.

6. Jawatankuasa Disiplin

Pada pagi yang sama saya telah dihubungi oleh Jawatan Kuasa Disiplin, meminta saya datang ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Saya menjawab tidak mungkin, kerana ada pertemuan menghadap Sultan. Lepas Solat Jumaat saya dihubungi sekali lagi, meminta saya ke Pejabat Agung pada jam 3 petang. Saya meminta maaf sekali lagi, kerana ada program di Sri Gading.

Akhirnya saya difahamkan pertemuan dengan JK Disiplin akan diadakan pada 29 Januari ini. Namun saya sekarang sedang berada di Saudi untuk beberapa minggu. Saya memaklumkan kepada Tuan Ibrahim akan perkara ini dan meminta agar saya diwakili oleh seorang sahabat yang akan berbicara bagi pihak saya. Tuan Ibrahim membenarkannya.

Saya berharap agar isu ini selesai dengan sebaik yang mungkin dan secepat yang mungkin. Supaya kita boleh kembali memberi tumpuan kepada persoalan menumbangkan UMNO. Kerana Malaysia akan lebih aman tanpanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Sumber: Manjungmari.blogspot

NIK AZIZ KETUAI PERTEMUAN PIMPINAN 5 AGAMA


KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama. Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu. Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini./Harakahdaily

Rabu, 27 Januari 2010

SERANGAN GEREJA - AZMIN ADA BUKTI PEMUDA UMNO TERLIBAT ?

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Taman Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawanagn mana pun saya sudah perolehi," katanya.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya./Harakahdaily

SIAPA BAKAL JADI `KATAK BERKETAYAP' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SUNGGUH kita tidak mengerti mengapa YB Zulkifli Nordin begitu keras hatinya sejak kebelakangan ini. Bukan sekali dua beliau menimbulkan masalah di dalam PKR mahu pun di dalam PR. Cumanya pimpinan PKR sahaja yang terlalu memanjakan YB Zul seolah-olah beliau seorang YB yang terlalu berkaliber. Apa kelebihan YB Zul jika dibandingkan dengan YB-YB dari PKR yang lain? Sekiranya beliau ini benar-benar seorang pejuang Islam, tindak-tanduknya ternyata tidak melambangkan sedemikian.

Sikap suka mencari pasal, suka bertelagah, suka menghina orang lain bukan sifat seorang pejuang Islam. Menggelar seseorang `firaun kecil', menuduh ketuanya sendiri menyokong Kristian juga bukan sifat seorang pejuang Islam. Jika ini lah yang ditunjukkan oleh YB Zul, saya rasa PAS pun jijik hendak menerima orang sedemikian. Tempat yang paling sesuai buat beliau mungkin Umno. Dan, mungkin itu lah tujuannya yang sebenar.

Semenjak kita ikuti perkembangan dan tingkah laku YB Zul ini, ternyata beliau lebih selesa untuk berada di dalam Umno. Mungkin untuk terus mengistiharkan memasuki Umno beliau mungkin bimbang akan digelar `katak berketayap'. Jadi, jalan sebaiknya adalah untuk mencari pasal. Jika beliau diambil tindakan, beliau mempunyai seribu alasan untuk menjadi `katak berketayap'. Rugikah kita jika dibiarkan YB Zul ini menjadi `katak berketayap'?

Sudah tentu amat baik dan bertuahnya jika YB Zul keluar segera. Alangkah bermaruahnya jika YB Zul kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru terlebih dahulu sebelum mengistiharkan diri menjadi `katak berketayap'. Buat pimpinan PKR, tiada masa lagi untuk kita bermanja dengan orang seperti ini./Kembali ke laman asal di sini.

Selasa, 26 Januari 2010

TUDUH ANWAR SOKONG KRISTIAN, PECAT SEGERA YB ZUL

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLALU besarnya ego dan lagak YB Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baru ini. Beliau seorang peguam tetapi bukan seorang ahli politik yang bijak jauh sekali sebagai seorang pendakwah. Krisis antara beliau dengan beberapa pemimpin di kalangan PR, dan yang terbaru melibatkan laporan polis terhadap YB Khalid memperlihatkan YB Zul tidak layak untuk berada dalam saf perjuangan rakyat. Pemikiran beliau ternyata dangkal dan paling mengecewakan sikap beliau yang tidak menghormati orang lain amat mengecewakan kita.

Krisis di antara beliau dengan YB Khalid sebenarnya mudah diselesaikan sekiranya YB Zul tidak terkejar-kejar membuat laporan Polis. Ini menunjukkan YB Zul tidak lagi yakin bahawa pimpinan PR mampu menyelesaikan masalah mereka. Paling mengejutkan, kenyataan YB Zul terhadap DS Anwar, Penasihat PKR sendiri yang merupakan Ketua Pembangkang yang membayangkan YB Zul menganggap DS Anwar penyokong Kristian. Petikan dari akhbar Sinar menyebut, YB Zul berkata, "Sebagai pemimpin Melayu, katanya, Anwar seharusnya mengambil sikap neutral dengan tidak menyokong mana-mana pihak.

“Walaupun dia mengambil keputusan menyokong Kristian, dia perlu neutral,” katanya. (Sinar)

Ingin kita bertanya YB Zul, semenjak bila DS Anwar sokong Kristian? Apakah dengan memetik fatwa dari Syeikh Yusof Qardawi menunjukkan DS Anwar seorang penyokong Kristian? Apakah YB Zul lebih arif dari Ulamak Muktabar tersebut? Saya sebagai orang yang jauh dari DS Anwar faham apakah yang dimaksudkan oleh DS Anwar serta semua pimpinan PR di dalam isu Kalimah Allah ini, masakan orang secerdik YB Zul sukar untuk memahaminya? Melabelkan DS Anwar sebagai penyokong Kristian amat melampau dan membuktikan bahawa YB Zul memang seorang yang angkuh dan sombong. Maka, PR tiada pilihan melainkan mengenakan hukuman berat ke atas YB Zul.


Cukup lah kita diserabutkan dengan perangai YB Zul ini. Beliau tidak tahu berpolitik malahan tidak tahu berdakwah. Beliau hanya layak sebagai seorang Peguam, itu mungkin./Kembali ke laman asal di sini.

Isnin, 25 Januari 2010

Penulis blog Aduka Taruna serah diri

Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..

Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas./Malaysiakini

FOTO MESRA BUNG MOKHTAR DAN ISTERI MUDA


Pasangan bahagia...

Isu Ahli Parlimen BN kawasan Kinabatangan,Sabah Datuk Bung Mokthar Radin kahwin dengan artis Zizie Ezette sudah lama reda.

Namun setakat ini belum ada lagi tersiar gambar mereka berdua apalagi dalam suasana mesra.

Gambar ini yang diterima menerusi Facebook Agendadaily ini dikatakan diambil pada satu majlis.

Tidak dapat dipastikan siapa yang ambil gambar ini dan ia sudah disiarkan dalam sebuah laman web mengenai artis hari ini.-25/1/2010/Agendadaily

CERAMAH ANWAR DIHALANG LAGI, DAYUSNYA MEREKA

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil berdendam dengan kekalahannya dalam pilihan rayta umum lalu kepada anak beliau, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai.

Atas sebab itulah sehingga kini, beliau masih belum boleh memberikan sebarang ceramah di kawasan Parlimen itu, dakwa Anwar.

Malam tadi, Anwar telah dihalang dari meneruskan ceramahnya selepas 20 minit berucap di atas pentas di tanah PKNS, Kampung Kerinchi bersama dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim.

(GAMBAR: Polis bernama Wan Bari naik ke pentas ceramah Anwar di Kerinchi malam tadi dan meminta Anwar turun dan hentikan ceramah - gambar Malaysiakini)

"Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno," kata Anwar dalam blognya mengulas tindakan polis malam tadi.

Dalam kejadian malam tadi, seorang pegawai polis bernama Wan Abdul Bari bersama beberapa anggota telah naik ke atas pentas meminta Anwar berhenti memberikan ucapan selepas kira-kira 20 minit Anwar berucap.

Ekoran itu berlaku ketegangan antara Anwar dengan Wan Bari sehingga 10 minit di atas pentas itu. Anwar dihalang dari terus berucap hatta berdoa. Beliau diminta turun dari pentas dengan segera.

Menurut Anwar, dalam pengalaman beliau berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, beliau belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields itu.

"Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan.

"Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.

"Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh," tulis beliau dalam blognya.

Namun, Anwar menulis, "Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!

BEKAS PENGERUSI GERAK TIDAK IKUT LANGKAH EZAM

Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Pengumuman yang dibuat bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Yunus untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat dialu-alukan banyak pihak.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata, penyertaan Nazree ke dalam PKR itu membuktikan golongan muda masih memandang tinggi perjuangan Pakatan Rakyat.

"Kita ucapkan tahniah kepada beliau, seorang pemuda yang mempunyai karisma dalam memperjuangkan demokrasi dan anti korupsi di negara ini.

"Kemasukan beliau ini membuktikan Pakatan Rakyat sebagai parti yang diminati dan dipercayai golongan muda," katanya ketika diminta mengulas kemasuka Nazree ke dalam PKR 25 Januari lalu.

Penyertaan Nazree yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) membawa aspirasi golongan muda yang mahukan ketelusan, keadilan dan pendemokrasian yang sihat di negara ini, kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Sehubungan itu, penyertaan Nazree ini diharapkan akan menambah rencah kepada perjuangan KeADILan dan juga Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, katanya.

Kemasukan Nazree diumumkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Merchant Square Tropicana, 24 Januari lalu.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan beberapa exco AMK.

Mengulas penyertaannya ke dalam KeADIlan, Mohd Nazree berkata ia adalah kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Menurutnya, kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR juga bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

"Ini adalah fasa baru dalam perjuangan saya. Bukan bermakna NGO itu gagal, tetapi saya menekankan dari sudut pendekatan melalui politik dengan membantu pimpinan yang sedia ada," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nazree berkata beliau bertemu dengan Anwar Rabu lalu dan ketua pembangkang itu menyatakan keterbukaannya untuk menerima kemasukan beliau./Harakahdaily

Kelantan tolak tawaran



KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ihsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan bertindak menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta milik Kerajaan Negeri.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan malah, tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ihsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus Kerajaan Kelantan akan tolak,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh Pas Kawasan Batu, di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, satu jawatankuasa pembangunan wang ihsan akan ditubuhkan di peringkat JPP dalam tempoh terdekat bagi menentukan kaedah menyalurkan peruntukan itu kepada Kelantan.

Untuk tujuan tersebut, Dr Awang berkata, wakil Kerajaan Negeri akan dilantik untuk memberi ruang terlibat dalam perbincangan dan memberi pandangan tentang apa yang akan disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ihsan.

“Pasti dahulu perundingan yang ingin dibuat, nak runding soal royalti atau wang ihsan. Kalau nak beri wang ihsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang ihsan dan saya akan beritahu pada rakyat semua, Pusat telah merampas mencuri, menyamun harta Kelantan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz menjelaskan Kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan di doa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak tetapi, sekarang ada hak, cuma dengan nama ihsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin UMNO) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur," katanya./Sinar

ANWAR PERLU CAMPURTANGAN KRISIS PKR DI PAHANG

Azan letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang

KUANTAN - Anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti itu dan juga anggota Parlimen Indera Mahkota.

"Hasrat ini saya telah maklumkan pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali bahagian Cameron Highlands. Saya juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR Pahang," katanya.

Azan, 44, berkata, beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

"Bagaimanapun saya masih kekal sebagai anggota Parlimen PKR bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota dan saya juga masih ketua bahagian Indera Mahkota," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-11, beliau menewaskan calon Barisan Nasional, Salamon Ali Rizal Abd Rahman dengan undi majoriti 1,027 undi.-Bernama

Ahad, 24 Januari 2010

CUBAAN BUBAR PKR SELANGOR GAGAL

'Dalang komplot cuba bubar PKR Kuala S'gor gagal'
Jan 24, 10

PKR Cabang Kuala Selangor masih dan semakin mantap serta kukuh walaupun berita peletakan jawatan AJKnya menjadi berita hangat politik di seluruh negara, kata ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.

Menurutnya, pertemuan tertutup antara AJK PKR cabang tersebut dengan Majlis Pimpinan Negeri Selangor malam tadi telah menjelaskan segala-galanya mengenai kedudukan sebenarnya.

"Dimaklumkan bahawa PKR Cabang Kuala Selangor adalah tidak bubar dan boleh bergerak seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan tertutup tersebut, katanya, AJK cabang Kuala Selangor bersama Angkatan Muda Keadilan dan Wanitanya menyatakan muafakat kukuh dan meletakkan keyakinan tinggi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui cabang PKR Kuala Selangor dan selaku menteri besar Selangor.

"Adalah dimaklumkan bahawa perkembangan ini membuktikan bahawa cabang PKR Kuala Selangor semakin mantap dan kukuh walaupun berita sebelum ini menggambarkan seolah-olah PKR Cabang Kuala Selangor sudah bubar.

"Realiti sebenar ialah sokongan dan dokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin meningkat dari masa ke semasa," tegas Mohd Ezli.

Di samping itu, katanya, PKR PKR Kuala Selangor juga menerima sokongan mantap dan kuat daripada seluruh ranting yang terdapat di DUN Jeram,DUN Melawati dan DUN Ijok.

"Malahan dalam pertemuan itu juga, kesahihan peletakan jawatan AJK cabang Kuala Selangor sebelum ini dipertikaikan kesahihannya kerana ada keraguan yang terdapat dalam soal menandatangani surat peletakan jawatan tersebut.

"Cabang PKR Kuala Selangor juga ingin menegaskan bahawa gerak kerja membela rakyat dan menjana kemenangan PRU-13 akan semakin rancak dan giat selepas ini.

"Iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota PKR di cabang Kuala Selangor utuh dan terus bersemangat tinggi.

"Dalang komplot cubaan untuk membubarkan PKR Kuala Selangor gagal dan tidak mendapat sokongan kerana tindakan tersebut menjejaskan imej PKR dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

"Malahan tindakan menggunakan media terbuka mendapat kecaman hebat daripada pelbagai peringkat PKR," kata Mohd Ezli.

Justeru, katanya, cabang PKR Kuala Selangor berharap seluruh pendukung PKR di Kuala Selangor fokus kepada gerak kerja membela rakyat dan memperkasa gerak kerja PKR di cabang tersebut.

"Kita tiada masa untuk melayan karenah politik remeh-temeh kerana PKR mempunyai banyak agenda dan gagasan besar perubahan dan membela rakyat di Selangor dan negara ini.

"Cabang PKR Kuala Selangor menyatakan pendirian tegas dan kukuh bersama-sama Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendepani perubahan di Selangor dan bersama-sama membawa semangat kukuh ini untuk membawa perubahan total dan impak besar dalam PRU-13," tegasnya./Malaysiakini

AMARAN UNTUK PIMPINAN PR - NIK AZIZ

23 Januari, 2010

Nik Aziz Beri Kata Dua Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat

KOTA BAHARU, 23 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

"Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.

"Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, anggota Parlimen kawasan itu, S. Manikavasagam dan Ketua PKR cawangan Kapar, Mohd Bakir Abd Wahab.

-- BERNAMA