Sabtu, 6 Mac 2010

MARI BERSAMA DOAKAN YB ZUL KELUAR PKR SEGERA

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 5 Mac: Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.

"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR," katanya disambut ketawa wartawan.

Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berhenti, munasabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.

"Saya juga ada kalanya tidak bersetuju dengan pimpinan, jadi kena salurkanlah secara betul, PKR pada saya sangat terbuka," katanya.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media di kediamannya hari ini, Zaid juga berkata pendirian Zulkifli tidak mengiktiraf panel bukan Islam dalam jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR hanya alasan semata-mata.

"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?

"Ini bukan soal fatwa hukum, ini soal disiplin parti, mana boleh lantik orang Islam sahaja," katanya.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.

Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu./Harakahdaily

MUFTI PERAK JUAL NAMA SULTAN ?

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'
Abdul Rahim Sabri
Mac 5, 10
8:09pm

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka./Malaysiakini

Jumaat, 5 Mac 2010

DI BAWAH KOPIAH PUTIHNYA DIPENUHI NAJIS

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK menghairankan sangat apabila terdapat Wakil-Wakil Rakyat dari PR yang Non Muslim bertindak melompat parti mengkhianati amanah rakyat. Ini adalah kerana bagi mereka yang Non Muslim kekuatan yang ada pada mereka adalah ketahanan mental serta moral sahaja. Sekiranya mereka lemah dari segi mental dan rendah moralnya, mereka juga akan turut terpedaya dengan kebendaan serta kesenangan yang dijanjikan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk perut-perut mereka meski pun terpaksa memijak kepala penyokong-penyokong yang mengundi mereka.

Tetapi amat mendukacitakan apabila terdapat juga Wakil-Wakil Rakyat yang berugama Islam yang tahu tentang dosa dan pahala serta yang mengaku beriman dengan Syurga dan Neraka bertindak mengkhianati amanah rakyat. Islam telah mengajar sebaik-baik manusia adalah mereka yang berhijrah dari tempat yang hina serta bersubahat dengan kezaliman menuju ke tempat yang baik dan mengamalkan keadilan. Di dalam kaedah politik, untuk mengetahui parti manakah yang lebih baik, lihatlah kepada dasar parti berkenaan dan usaha untuk melaksanakan dasar berkenaan. Alasan tidak bersetuju dengan kepimpinan atau sesiapa pun di dalam parti sebagai penyebab untuk bertindak meninggalkan parti adalah satu alasan yang munafik dan zalim.

Terlihat kelibat seorang tua yang umurnya sudah di penghujung dunia, memakai kopiah Putih tergagap-gagap membaca skrip di depan TV bagi mengistiharkan dirinya keluar dari parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas amat menyedihkan kita. Kesedihan itu bercampur baur dengan perasaan teramat marah dan jijik. Saya yakin disaat orang tua berkopiah putih itu dengan wajahnya yang tiada seri mengumumkan keluar dari parti, bukan seorang dua dari kita yang tanpa sedar menyumpah dan memakinya, bahkan berjuta mulut mengutuk dan mengejinya. Kita tidak berdosa jika menyumpah atau memaki orang yang berlaku zalim dan pengkhianat. Orang tua ini sepatutnya malu kepada kopiah di atas kepalanya ketika itu. Tetapi sifat malu sememangnya tiada bagi orang yang munafik dan buta hatinya.

Tergambar oleh kita, di bawah kopiah yang dipakainya itu dipenuhi najis yang teramat busuk dan meloyakan. Najis itu akan dibawa oleh tua keparat ini ke mana jua ia pergi. Saya merasa amat sedih apabila Ustaz Ahmad Awang sendiri terpaksa mengambil keputusan untuk mengadu kepada Yang Maha Esa agar tua keparat ini diberi pembalasan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan Ustaz Ahmad Awang yang menjadi orang kuat meyakinkan pemimpin PR untuk mencalonkan si tua ini bertanding. Berkat doanya serta seluruh penyokong yang percaya terhadap si tua ini, maka beliau menang besar. Tetapi, apabila hati sudah terpaut kepada jalan yang sesat, cinta kepada dunia melebihi kasih sayangnya kepada sesiapa pun hatta dengan Tuhannya sekali pun, si tua ini hanyut tidak sedarkan diri.

Kununnya untuk memperjuangkan agama dan menjunjung kasih kepada sistem kehakiman menjadi alasan untuk menjadi barua. Boleh dikatakan satu sejarah apabila kopiah dibawa sebagai saksi untuk menunjukkan sikap Munafik. Kita jangan terperanjat, akan menjelma seekor lagi makhluk yang berkopiah akan muncul di kaca TV akan bertindak seperti si tua ini. Kali ini kopiah putih itu akan melekat pula di kepala seorang manusia bergelar `Firaun Besar'. Kita tunggu sajalah kemunculan `Firaun Besar' dari Kulim Bandar Baru ini. /wfauzdin.blogspot.com

Umno dipelawa hadiri debat Melayu terpinggir, Najib turut dijemput

Abdul Rahim Sabri
Mac 4, 10

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini menjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu kehormat dalam debat perdana berhubung dakwaan Melayu terpinggir di negeri itu.

Turut dijemput Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ketua penerangannya Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican.

NONESurat tersebut antaranya memaklumkan tempat debat bertajuk 'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' pada 7 Mac ini di tapak ekspo, Seberang Jaya, pada jam 8.45 malam.

Surat kepada pemimpin Pemuda Umno diserahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Rizal Hamid melalui seorang pegawai di pejabat pergerakan tersebut di Bangunan PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Sementara surat kepada Najib diserahkan di pejabat setiasusaha agung Umno melalui seorang pegawainya kira-kira jam 11.45 pagi.

Turut mengiringinya ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan 10 orang penyokongnya yang datang daripada Pulau Pinang.

Dalam sidang media selepas itu, Barul Hisham berharap mendapat maklum balas dari ketiga-tiga tokoh Umno itu kerana segala persiapan telah dibuat, termasuk mendapat kerjasama mendapat daripada kerajaan negeri.

Harap Pemuda Umno, NGO 'pertahankan intelektual'

Tambahnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama negeri sendiri telah menyatakan persetujuannya untuk hadir.

Badrul Hisham juga berkata debat antara Pakatan dan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan diteruskan walaupun pihak terbabit hanya menghantar wakil.

"NONEBagi Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat sebagai pendokong kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, kita hendak cari penyelesaian. Kalau tuduhan meraka itu benar, kita juga mahu membetulkan kerajaaan negeri.

"Kami pelawa (mereka) dengan baik. Ayuh kita berbincang untuk membina Pulau Pinang dengan baik untuk kepentingan rakyat," katanya.

Menurutnya, sekretariat itu masih lagi menaruh harapan sekurang-kurangnya tiga organisasi tersebut "mempertahankan intelektual gerakan mereka dan bercakap dengan fakta".

Ditanya kemungkinan Pemuda Umno negeri dan dua kumpulan NGO ersebut tidak hadir, Badrul berkata: "Terpulanglah kepada mereka. Rakyat akan melabelkannya."

Sebelum ini Pemuda Umno Pulau Pinang dan DPMMPP dilaporkan menolak jemputan Pemuda Pakatan Pulau Pinang untuk menyertai debat tersebut.

Mereka dilaporkan hanya berminat berdebat dengan Lim, berhubung dakwaan berlakunya peminggiran terhadap Melayu di negeri itu.

NONEBadrul Hisham juga berkata, Pemuda Pakatan kecewa yang tindakan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan yang mengoyak surat jemputan debat yang dihantar mereka dua minggu lalu.

Badrul yang juga dikenali sebagai CheGu Bad, menyifatkan tindakan tersebut "amat memalukan".

"Kita menghormati Umno sebagai sebuah parti politik yang mempunyai sejarah yang panjang, (tetapi) tidak sewajarnya ketua Pemuda Umno Pulau Pinang bertindak sedemikian rupa.

"(Tindakan) beliau tidak menggambarkan wajah Umno, yang cuba digambarkankan oleh presiden, timbalan presiden, ketua pemuda, ketua wanita. Ini amat memalukan," katanya./Malaysiakini

Khamis, 4 Mac 2010

RAIS ANAK YATIM MASIH FOBIA DENGAN SEJARAH SEMANGAT 46

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim, MP Jelebu yang pernah `membakar jambatan' dengan Umno, kemudiannya `melutut' semula kepada Umno kini semakin kuat merapu. Hampir setiap hari anak Yatim ini merapu untuk menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin hebat walaupun tewas dengan `budak-budak hingusan' Umno di dalam merebut jawatan Naib Presiden Umno. Pemimpin yang terkenal dengan lenggok bahasa yang `membosan'kan ini menjadi MP Jelebu setelah `merayu' ihsan dari Pak Lah untuk menjadi calon buat kali terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang lalu. Beliau juga mendapat `ihsan' kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu yang di `sedekah'kan oleh YB Yunus Rahmat setelah beliau menjelma menjadi `katak' setelah Parti Melayu Semangat 46 (Parti S46) `gulung tikar'.Justify Full

Sejarah bagaimana Parti S46 `gulung tikar' amat menghantui anak Yatim Jelebu ini. Beliau begitu `fobia' dengan sejarah hitam parti yang disanjungnya dahulu bersama Ku Li selaku Presidennya. Oleh kerana `fobia' yang teramat sangat, anak Yatim ini `mengigau' sehingga menjangkakan bahawa parti pimpinan DS Anwar sekarang akan menerima nasib seperti partinya dahulu. Hakikatnya, jika dilihat kepada latar belakang dan sejarah kedua-dua parti iaitu Parti S46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu amat jauh bezanya. Parti S46 lahir kununnya untuk menggantikan Umno yang ketika itu diharamkan. Dasar parti tersebut tidak berubah dengan semangat kebangsaannya.

PKR pula lahir bukan untuk menggantikan Umno, tetapi diwujudkan untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku ke atas DS Anwar menjadi asas kepada wujudnya PKR. Ini adalah kerana sekiranya tokoh ternama dan pemimpin yang pernah berada di kerusi nombor dua dalam kerajaan boleh diperlakukan sedemikian rupa, apatah lagi rakyat bawahan yang lain. Justeru itu, bagi menegakkan keadilan parti ini tidak bersifat perkauman kerana keadilan adalah untuk semua tanpa mengira kaum. Maka, PKR kini dianggotai oleh semua golongan yang terdiri dari berbilang bangsa dan ugama. Meskipun pada awalnya parti ini seolah-olah berjuang untuk DS Anwar, namun telah dibuktikan bahawa setelah DS Anwar dibebaskan dari penjara parti ini masih berjuang dan terus berjuang.
Kini, parti pimpinan DS Anwar ini berjaya meyakinkan rakyat dari bebilang kaum sehinggakan mampu merampas beberapa buah negeri yang dahulunya dikuasai oleh Umno/Bn dengan kerjasama dari rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR). Berapakah kerusi atau negeri yang pernah dirampas oleh parti anak Yatim S46 dahulu?

Rais juga melahirkan rasa `kagum' beliau dengan kehebatan keluarga DS Anwar. Beliau menganggap PKR adalah parti keluarga DS Anwar. Itulah kehebatan keluarga DS Anwar yang sanggup bersusah payah bersama rakyat meski pun tidak pernah seorang pun anaknya berada di dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia walaupun dahulunya DS Anwar pernah menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Bagaimana pula dengan anak Mahathir ? Anak Pak Lah dan juga keluarga Najib? Pernah tersenarai atau tidak ? Tentu Rais boleh jawab sendiri. Isteri DS Anwar adalah pejuang ketika suaminya terpenjara, anak perempuan DS Anwar juga adalah pejuang sehingga di gelar `Puteri Reformasi'. Nama kedua-dua anak DS Anwar ini terkenal ke pelosok dunia serta disanjung rakyat di negara ini. Bagaimana pula dengan anak Rais? Terkenal juga dan pernah juga tersiar kisah anak beliau di dalam akhbar. Tetapi bukan sebagai pejuang. Terkenal kerana `kisah dan masalah' rumahtangga. Tidak perlu saya ulas kerana ini masalah rumahtangga anaknya.

Sehubungan itu, tidak lojik dan tidak masuk akal sekiranya Rais ingin menjadikan sejarah parti S46 yang pernah disertainya dahulu akan berulang ke atas parti pimpinan DS Anwar. Pertamanya kerana DS Anwar mempunyai prinsip yang kuat tidak seperti Rais yang bukan sahaja sanggup mengumpul `arang-arang kayu jambatan' yang telah dibakarnya dahulu, bahkan Rais sendiri sanggup menggadaikan tesis Phd nya sendiri demi untuk mencari makan di dalam Umno. Keduanya, PKR sanggup kehilangan beberapa pemimpin yang tidak sanggup bersusah payah untuk rakyat kerana parti ini inginkan kualiti bukan kuantiti. Ketiganya, PKR adalah parti untuk semua bukan parti bersifat perkauman seperti Umno, MCA dan MIC. Itu adalah sebahagian dari kekuatan PKR yang tidak ada pada parti S46 yang terkubur tanpa nisan itu.

Seandainya DS Anwar sendiri tiba-tiba `hilang akal' dan memasuki Umno, PKR tetap akan bersama rakan-rakannya untuk terus mengibarkan bendera perjuangan ini. Seandainya pula DS Anwar terpaksa memasuki penjara semula, PKR akan lebih cepat bersama rakan-rakannya ke Putrajaya dan ketika itu yang gulung tikar adalah Umno. /wfauzdin.blogspot.com

REFORMIS MAHU ADAKAN DEMO BANTAH PENGKHIANAT RAKYAT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mereka juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan itu adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia.

Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Mereka sudah lama senyap tetapi kini mula bersuara kembali melalui kenyataan ini.

Kumpulan tersebut yang mendakwa diberi mandat untuk mewakili lebih 2,000 aktivis reformasi seluruh negara dengan tegas menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Mereka percaya hanya Anwar mempunyai iltizam yang kuat dan mampu untuk membawa agenda reformasi serta perubahan di negara ini dan menyokongnya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Mereka juga menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, kerana agenda Pakatan Rakyat jelas membawa perubahan, menghapuskan rasuah dan merealisasikan hasrat 'Malaysia Baru'.

Bagi mereka, tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut yang jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihan raya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

“Oleh itu, kami mencabar golongan ini supaya bersikap 'jantan' dengan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Hanya dengan cara itu dapat mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan sama ada tindakan mereka mendapat restu pengundi,” ujar kenyataan tersebut.

Mereka turut menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat jumlah wang yang ditawarkan kepada ahli-ahli Parlimen yang melompat parti dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Wakil-wakil aktivis reformasi terdiri daripada Nasir Isa, Mohd Hamdi Mohd Said, Badaruddin Ismail, Syed Baniamin Syed Baharuddin, Norzairi Jantan, Sow Hock Hin, Badrulhisham Mohd hanafiah, Mohd Hafifudin Nordin, Pospan Lingam Sinakanu, Abdul Rahman Hackeem, Zainal Misran (Enot), Zunar dan Haili Ahmad.

BUNGA-BUNGA YB ZUL KELUAR PARTI ?

12 MP PKR ikrar setia tapi Zul, Wee hilang
Wong Teck Chi
Mac 3, 10


Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskaNONEn demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.

azlanBagaimanapun, tiga lagi ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut.

Mohsin telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini.

Ditanya mengapa ada ahli parlimen yang keluar parti, Kamarul berkata: "Mungkin ada tawar menawar, mungkin ada masalah peribadi yang tidak diluahkan kepada kami.

"Saya percaya kepimpinan tidak diberi maklum tentang sebab yang menyebabkan mereka ambil keputusan itu," katanya.

Kamarul juga membaca kenyataan yang mendakwa bahawa serangan Umno-BN untuk memecahbelahkan keutuhan PKR, bermula dengan mengumpan beberapa ahli parlimen menjadi wakil bebas.

Menurutnya, nama-nama ahli parlimen tersebut telah disebarkan melalui beberapa blog, dengan merujuk kepada mereka yang tidak berjawatan dalam pimpinan utama PKR.

Sehubungan itu, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka akan meninggalkan PKR, sepertimana yang dispekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebaliknya, katanya, hakikat sebenarnya ialah Umno-BN berasa gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada kepimpinan Pakatan, terutama yang berkaitan dengan kes fitnah kedua terhadap Anwar.

Beliau mendakwa, Umno-BN mahu mengalih tumpuan daripada kemerosotan ekonomi negara dan isu-isu nasional yang "semakin parah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyelesaian."/Malaysiakini

Rabu, 3 Mac 2010

PERTAHANKAN DS ANWAR KERANA INI PUSINGAN TERAKHIR

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan syabas kepada DS Anwar kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai prinsip. Apabila beliau melihat bahawa di dalam partinya mempunyai masalah beberapa pemimpin yang Justify Full`berpenyakit' dan `lapar perut' sehingga beberapa Wakil Rakyat dari PKR `menjadi katak', beliau telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Sebelum ini, DS Anwar merendah diri dengan mengakui akan kelemahannya iaitu terlalu mudah percaya kepada seseorang untuk dilantik menjadi pejuang rakyat. Akhirnya, beberapa orang yang dilantiknya itu berpaling tadah dan khianat kepada rakyat.

Bukan mudah untuk seseorang pemimpin itu mengakui kesilapannya, jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan pemimpin Umno/Bn. DS Anwar sendiri memohon maaf kepada rakyat yang mengundi `pemimpin khianat' itu, sedangkan si pengkhianat terus berada di dalam kekenyangan. Setelah menyedari pula PKR kini kekurangan wakil mereka di dalam Parlimen, DS Anwar merasa bertanggungjawab untuk menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada parti rakan di dalam PR. Ini satu lagi sikap bertanggungjawan dan tidak gilakan kuasa yang ada pada DS Anwar. Alhamdulillah, rakan-rakan di dalam PR terus memberikan sokongan kepada beliau untuk terus berada di hadapan sebagai `Panglima' memimpin PR berdepan dengan Umno/Bn. Pengorbanan DAP dan PAS di dalam hal ini amat-amat kita sanjungi dan ini cukup menyakitkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat DS Anwar terpinggir tidak menjadi kenyataan.

Umno sedar bahawa selagi DS Anwar masih aktif di dalam politik, segala cita-cita mereka untuk memperbodohkan rakyat tidak akan kesampaian. Tetapi mereka lupa, PR masih mempunyai pimpinan yang tidak kurang hebatnya dengan DS Anwar seperti Tuan Guru Nik Aziz yang kini semakin dipercayai oleh semua golongan masyarakat berbilang agama. Oleh itu, kita harus terus mempertahankan kedua-dua tokoh ini walau apa pun terjadi. Musibah fitnah yang berlaku ke atas DS Anwar haruslah kita tentang seperti mana kita juga tetap menentang fitnah ke atas Tuan Guru Nik Aziz. Kes liwat yang dikenakan ke atas DS Anwar adalah fitnah terakhir dari tukang-tukang fitnah ini kerana mereka tahu sekiranya DS Anwar terpenjara sekali lagi, maka kerjaya politiknya pasti berakhir.

Seandainya mereka berjaya memenjarakan DS Anwar walaupun hanya selama 6 tahun sahaja, sudah pasti apabila DS Anwar bebas beliau sudah tiada upaya lagi kerana ketika itu faktor usia DS Anwar membataskan kegiatannya untuk terus berjuang. Inilah perkiraan jahat mereka. Justeru itu lah DS Anwar tetap bertegas dan penuh keberanian menyatakan kali ini beliau tidak akan ke penjara lagi. Kepada semua pimpinan di dalam PR, ayuh bangun mulai sekarang dan semarakkan semangat rakyat untuk bersedia menhadapi apa jua kemungkinan akibat permainan kotor puak-puak yang zalim dan rakus ini.

Pedulikan biar berapa puluh orang pun yang sanggup menjadi `pelacur politik' dengan menggadaikan amanah rakyat, biarkan mereka kekenyangan sehingga mati pecah perut sekali pun, kita teruskan perjuangan kita. Kita bukan tidak pernah susah dan sekarang kita tidaklah sesusah seperti beberapa tahun dahulu. PAS pernah alami kesusahan, begitu juga dengan DAP dan PKR pernah tinggal seorang sahaja MP di Parlimen. Semua itu kita berjaya tempuhi dengan berkat kesabaran dan perjuangan kental kita. Maka, mengapa kita perlu tangisi pemergian beberapa orang yang tidak sanggup berlapar ini?

Pemimpin kita difitnah, negeri kita dirampas, hak royalti kita juga dirompak, maka masihkah kita ingin bersenang lenang lagi? Umno tidak lagi sehebat dahulu sebab itulah perbagai muslihat dan kerja-kerja kotor mereka dirancang sedemikian rupa. Cuma, jika kita hanya sanggup memerhatikan sahaja tingkah laku umpama iblis itu, maka kita akan disumpah seranah oleh keturunan kita akan datang. Jika Najib berbangga dengan 1 Malaysia nya, kita juga boleh menentangnya dengan 1 kuasa iaitu kuasa rakyat.

Sempena dengan pengkhianatan beberapa orang dari kalangan kita yang tiada maruah itu, marilah kita berdoa siang dan malam dengan menyebut kesemua nama-nama mereka agar Allah kembalikan mereka kepada kita untuk meneruskan perjuangan ini, atau Allah laknat mereka di dunia mahupun di Akhirat. Amin Ya Rabbul Alamin./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 2 Mac 2010

PERMIT AP TUJUAN SEMPADAN PILIHANRAYA ?

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja./Harakahdaily

JAWATAN PRESIDEN PKR - INI JAWAPAN ANWAR

Siapa pengganti Anwar?
Mac 2, 10


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, buat masa ini biarlah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menerajui PKR kerana ia membolehkannya menumpukan perhatian kepada tugas-tugas lain.

"Azizah tidak mahu serahkan jawatan itu. Apa boleh saya buat? (Ketawa) Lebih senang jika Azizah teruskankannya sebab saya boleh tumpukan perhatian pada perkara lain. (Setakat ini) saya sudah cukup terlibat.

"Saya bertemu dengan biro politik (PKR) setiap minggu walaupun tidak terlibat dengan urusan remeh-temeh," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menggantikan Wan Azizah sebagai presiden pada penghujung tahun ini.

Setelah Anwar dibebaskan daripada penjara enam tahun lalu, teka-teki sama ada beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dalam PKR daripada isterinya sentiasa disebut-sebut.

Banyak pihak tertanya-tanya langkah seterusnya, apabila Wan Azizah pada tahun lalu mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkan Anwar bertanding dan memasuki parlimen, seterusnya dilantik sebagai ketua pembangkang.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar disoal pelbagai perkara berhubung proses peralihan dalam PKR, termasuk pengganti-penggantinya dan kedudukan pemimpin nombor dua dalam parti itu Syed Husin Ali.

Nasib baik saya bukan Dr Mahathir...

Mengulas soal penggantinya, Anwar yang juga ketua pembangkang mahu mahu membiarkan perkara itu ditentukan melalui proses biasa parti, iaitu pemilihan parti.

Justeru, beliau tidak akan menyatakan sokongan mana-mana pihak yang mungkin bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti - antara yang disebut-sebut naib presiden Azmin Ali dan anggota biro politik Datuk Zaid Ibrahim.

"Nasib baik saya bukan (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad). Kamu bercakap tentang peralihan dan pengganti... (Ketawa) Kita ada proses pemilihan dalam parti.

"Jadi biarkan ia tentukannya. Azmin telah lama dan dikenali akar umbi. Zaid pula masuk disambut dengan tangan terbuka." katanya.

Dalam temubual di pejabatnya di Damansara, Anwar yang tidak lagi berkaca mata selepas membuat rawatan pembedahan laser berkata, beliau percara PKR sudah cukup matang bagi memilih pemimpin mereka.

Beliau juga berkata, timbalan presiden Syed Husin Ali - yang telah beberapa kali menyatakan hasratnya berundur - akan kekal di kedudukan nombor dua kerana banyak pihak tidak mahu kehilangannya.

"Saya bukan cuma mengenetepikan (persoalan tentang pengganti). Pada saya, ia bukan masalah. Saya minta pada mereka, bekerjalah dalam satu kumpulan. Mereka patut kerja keras dan turun padang," katanya./Malaysiakini

SIDANG DUN PERAK - ADUN PR PULAU NOTIS SPEAKER HARAM

Pakatan Rakyat Perak Pulau Notis Ganesan

Yusmawati Mhd Yusof

SHAH ALAM, 2 MAC - Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan pada 30 Mac ini.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf notis yang dikeluarkan itu kerana Ganesan bukan Speaker yang sah, sebaliknya jawatan itu masih disandang Speaker V Sivakumar.

Bagaimanapun, Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat sedia menghadiri sidang dewan berkenaan jika notis dikeluarkan oleh Speaker S. Sivakumar.

“Kalau dia panggil kita tidak hormat sebab dia bukan Speaker...kita tidak iktiraf surat dia. Jadi kita hanya hadir jika Speaker yang sah, Sivakumar panggil (sidang DUN),”katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Terdahulu, Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan melalui notis yang ditandatangani Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin memanggil sidang Dewan 30 Mac ini.

Sidang itu adalah yang pertama kali selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kontroversi baru-baru ini, apabila mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Semua wakil rakyat turut diminta menghantar soalan bertulis sebelum 15 Mac.

Bagaimanapun, dalam sidang DUN berkenaan, setiap wakil rakyat hanya dibenar mengemukakan maksimum lima soalan bertulis dan tiga soalan lisan sahaja.

Nizar menjelaskan keputusan ungtuk tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker dibuat kerana lantikan Speaker lantikan BN iyu telah melanggan peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak

Ganesan sebelum ini gagal meletakkan jawatan sebagai Peguam selepas tiga bulan dilantik sebagai Speaker.

“Dia telah melanggar peraturan 36A(5) Perlembagaan Negeri Perak yang dilanggar oleh Ganesan ini, dari segi peraturan juga dia melanggar Peraturan Dewan, dari segi Perlembagaan, dia melanggar Perlembagaan Perak...dia tidak patuh pada Perlembagaan Perak. Jadi semua ini menunjukkan dia adalah bukan Speaker,”katanya./TVSelangor

UMNO MASUK UMNO DI PERMATANG PAUH

'Masuk Umno cerita kartun'
Abdul Rahim Sabri
Mac 2, 10


Pejabat ADUN Penanti Dr Mansor Othman PKR mendakwa sebahagian besar daripada 77 ahli Pemuda PKR cabang Permatang Pauh yang dilaporkan menyertai Umno bukan ahli parti itu.

Pegawai khas kepada Dr Mansur (kiri, tengah) - Zainal Abidin Saat - berkata, hanya dua ahli PKR iaitu bekas timbalan ketua Pemuda PKR Guar Jering Fakhrul Che Umar dan bendahari ranting Hesabudin Md Isa yang menyertai Umno.

Guar Jering adalah salah satu ranting yang terletak dalam DUN Penanti.

"Mereka ahli Umno, isi balik borang. Mereka bukan ahli PKR," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, beliau mengenalpasti perkara itu kerana ada di kalangan mereka yang dilaporkan menyertai Umno itu kawan-kawannya sendiri.

"Saya kenal mereka. Ini semua cerita kartun," kata Zainal Abidin yang juga bekas setiausaha Umno cawangan Guar Jering.

Beliau yang juga merupakan pegawai khas kepada ahli parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengulas dakwaan 77 ahli AMK yang dilaporkan melompat parti menyertai Umno baru-baru ini.

PAS masuk Umno 'lagi mengarut'

Hujung minggu lalu, Fakhrul dilaporkan meletakkan jawataan ekoran dakwaaan berlakunya pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat semakin parah selepas dua tahun memerintah.

Sementara sebuah blog turut mendakwa selain ahli PKR, terdapat juga ahli PAS yang terlibat keluar parti di bahagian tersebut. Jumlahnya tidak dinyatakan.

Fakhrul juga dipetik berkata AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan program parti.

Mengulas dakwaan Fakhrul itu, Zainal Abidin berkata dakwaan tersebut tidak benar kerana setiap kelulusan untuk permohonan bantuan dibuat melalui beliau sendiri, sebelum dimajukan kepada Dr Mansor.

"Kalau mereka kata kita tidak turun kawasan, itu tidak betul. Guar Jering ini kampung saya. Banyak bantuan diluluskan," katanya.

Zainal Abidin yang juga pengarah pilihan raya PKR bagi DUN Penanti tidak menolak kemungkinan ada di kalangan mereka yang menyertai Umno itu menerima "sogokan wang".

Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad turut menafikan terdapat ahli parti itu turut menyertai Umno.

"Kalau ada ahli PAS yang menyertai Umno, lagi mengarutlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam./Malaysiakini

ANWAR TETAP MENDAPAT SOKONGAN PADU PAS DAN DAP

Dari MalaysiaKini

Persoalan sama ada DAP akan terus menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang tidak timbul sama sekali.

Sebaliknya menurut tokoh utama parti itu, Lim Kit Siang, DAP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Anwar berhubung kepemimpinannya dalam Pakatan Rakyat, sebagai ketua pembangkang dan sebagai bakal perdana menteri apabila mereka menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Lim pada kenyataan medianya, hari ini, Anwar akan terus menjadi ketua pembangkang meskipun jika ahli parlimen PKR kurang daripada 28 ahli – jumlah yang kini dimiliki oleh DAP.

Dengan pengumuman keluar parti oleh ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng semalam, PKR kini mempunyai 28 MP. Jumlah itu menyamai dengan kerusi yang dimiliki oleh DAP.

Menurut Lim, apa yang berlaku di PKR adalah proses pembersihan yang dilihat perit dan pedih tetapi amat diperlukan bagi menjamin kredibiliti dan masa depan PKR dan Pakatan Rakyat.

Menurut Lim, “perbezaan ketara antara PR dan BN ialah sampah-sarah PR adalah permata BN”.

Dalam pada itu, sekretariat PAS dalam satu kenyataan media menyatakan semua ahli parlimennya menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat PAS, ahli parlimen parti itu, sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu.

AS yang mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat berkata ahli parlimen mereka sedar bahawa rakyat mengundi kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

“Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

“Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini,” menurut kenyataan itu lagi.

PAS juga menyeru kepada masyarakat untuk bersama menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN untuk menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

SAAT ANWAR BERGELUT DENGAN FITNAH, MEREKA MENIKAM DARI BELAKANG

Oleh: WFAUZDIN NSJustify Full
DI SEBALIK kita bersyukur dengan hikmah Allah menunjukkan kepada kita beberapa ekor pengkhianat rakyat, kita merasa simpati juga dengan nasib DS Anwar. Kali ini beliau dihadapkan dengan bebanan serta dugaan yang maha hebat. Calang-calang manusia, sudah pasti tersungkur di pertengahan jalan. Tetapi DS Anwar telah ditarbiyah dengan kekuatan kerohanian yang kental di samping dokongan rakyat bawahan terhadapnya.

Memang tidak dapat dinafikan, kelemahan utama DS Anwar adalah terlalu berbaik sangka terhadap orang lain. Akibatnya, ketika beliau bergelut dengan tuduhan fitnah liwat ke atasnya, terdapat beberapa rakan yang diberi kedudukan oleh DS Anwar menikamnya dari belakang. Berbagai alasan yang diberikan oleh pengkhianat itu untuk menghalalkan cara mereka mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun demikian, alasan-alasan mereka langsung tidak masuk oleh akal kita kerana mereka sehingga kini gagal membuktikan apa yang mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang memberikan kedudukan kepada mereka.

Apa yang kita tahu adalah ada di antaranya keluar dari parti kerana gagal mendapat projek jutaan ringgit, ada yang tidak mendapat projek untuk keluarga mereka, ada yang mengalami masalah hutang kereta dan menuntut parti membayar hutang-hutangnya. Itulah pengkhianat yang bertopengkan seperti Malaikat yang kununnya keluar parti atas prinsip memperjuangkan rakyat, bangsa dan ugama. Memang tepat sekali ada di antaranya yang memilih untuk bersama Umno yang pastinya dipercayai boleh menjamu perut-perut mereka sehingga kenyang. Biarlah mereka makan semahu-mahunya sehingga pecah perut mereka.

Perlukah kita bimbang dengan situasi ini? Tidak sama sekali. PKR pernah mempunyai hanya seorang sahaja MP di Parlimen iaitu DS Wan Azizah. Tetapi berkat yang satu itu yang berjuang dengan ikhlas untuk rakyat, Allah membalasnya dengan apa yang kita perolehi sekarang. Proses pembersihan di dalam parti mesti dilakukan mulai sekarang, dan kita harap PKR tidak lagi terlalu berbaik sangka atau memberi ihsan kepada sesiapa jua yang terang-terang tidak mematuhi semangat setiakawan dan persefahaman di dalam PR. Mereka wajib dikeluarkan segera dari parti. Jangan kita bimbang dengan kehilangan berpuluh-puluh orang yang inginkan perut mereka kenyang dengan membiarkan rakyat menderita. Kita wajib bersyukur jika kita hanya memiliki hatta seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat. Kita mesti bersedia kehilangan ramai lagi pengkhianat-pengkhianat selepas ini. Kita ingin melihat menjelang Pilihanraya Umum akan datang, berapa orangkah yang sanggup berlapar dan bersusah bersama rakyat.

Kita wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari parti kerana sekiranya mereka masih berada di dalam parti, seandainya InsyaAllah, kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal. Pecayalah bahawa masih ada beberapa orang lagi yang sedang lapar berada di dalam parti kita. Kepada kepimpinan parti, jangan pedulikan permintaan mereka untuk mengenyangkan perut-perut mereka sendiri, biarlah mereka bertindak untuk keluar parti dan kita tunjukkan jalan ke pintu keluar dengan segera.

PR mesti dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat seperti ini sebelum rakyat menghukum kita. Rakyat tidak akan menghukum kita semata-mata pengkhianat ini keluar, tetapi rakyat akan menghukum kita jika kita masih lagi sanggup memelihara manusia hina ini. Mulai sekarang, giatkan usaha mencari petualang-petualang durjana ini dan tendang mereka keluar sebelum rakyat menendang kita. Mereka tiada nilai walau sebesar atom kepada kita tetapi amat bernilai kepada parti yang sememangnya memerlukan orang seperti itu./wfauzdin.blogspot.com

FITNAH LIWAT 2 - APA DI SEBALIKNYA?

Persoalan dan Ulasan Fitnah liwat II

Oleh: anak_muar

"Sudah hampir 2 tahun isu fitnah liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berkumandang diseluruh negara mahupun dunia.Dari laporan polis yang dibuat Saifool hinggalah kepada pengakuan sumpah laknat bagi meyakinkan semua bahawa Saiful memang benar-benar diliwat oleh DSAI dan kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Walaupun sumpah yang dilakukan oleh saiful dianggap satu sikap paling berani demi menyatakan kebenaran dakwaannya namun majoriti masyakat Malaysia mahupun antarabangsa masih meragui dan menolak dakwaan saiful itu.

Masyarakat menganggap isu liwat terhadap DSAI lebih bermotifkan politik kerana kebangkitan dan kepulangan Anwar ke arena politik negara amat ditakuti oleh musuh politik beliau.Oleh itu satu usaha perlu dilakukan bagi mengekang kemaraan Anwar.Ulama-ulama Islam juga terperangkap dalam sumpah laknat yang dilakukan oleh saiful kerana mereka bercanggah pendapat dalam isu sumpah tersebut.Hebat sungguh orang muda seperti saiful yang mampu menggemparkan dunia akibat pengakuan bahawa beliau diliwat oleh tokoh politik yang hebat lagi berpengaruh iaitu DSAI.Nampaknya isu liwat II ini agak hebat tamparannya terhadap DSAI.

Persoalan di pihak Anwar

Kembali kepada persoalan yang ingin diajukan ialah DSAI dilihat kurang menjawab serta menjelaskan secara menyeluruh fitnah liwat yang dilemparkan terhadap diri beliau.DSAI juga tidak menyentuh langsung mengenai bagaimana beliau mengenali saiful dan peranan saiful selaku pembantu peribadi beliau.Cuma dalam satu ceramah Saifuddin Nasution ada menjelaskan tentang latar belakang saiful ini namun ia tidak sampai kepada matlamat penjelasan mengenai siapakah saiful.Persoalan lain pula mengapa DSAI tidak menjelaskan dimanakah beliau berada semasa waktu dakwaan fitnah liwat itu berlaku kerana ia adalah alibi yang paling kuat untuk meyakinkan semua pihak bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya sememangnya satu fitnah serta tidak masuk akal dan perlu digugurkan kerana tiada layak untuk dijadikan kes.

Saifuddin Nasution juga dalam satu ceramah ada menyatakan bahawa memang Anwar berada di kondominum tersebut mengadakan perjumpaan dengan tokoh-tokoh tertentu.Tempat yang sama didakwa oleh saiful yang beliau diliwat Anwar.Jika beliau menyatakan di mana beliau berada dan bersama siapa beliau ketika itu mungkin beliau sudah memperolehi kemenagan dari segi bukti umum walaupun ia masih dibicarakan oleh makamah.Mungkin adakah sesuatu yang lebih penting terpaksa dirahsiakan oleh Anwar kepada umum apakah sebenarnya yang berlaku pada 28 Jun 2008 di Kondominium tempat dakwaan bahawa saiful menyatakan beliau diliwat oleh DSAI.Persoalan-persoalan tersebut yang membuatkan rakyat seperti sudah mula percaya akan dakwaan pertuduhan liwat terhadap DSAI.

Ulasan Persoalan

Mungkin kali ini Anwar perlu berhati-hati dalam menghadapi fitnah liwat kali ke-2 terhadap dirinya kerana pengalaman 1998 membuatkan beliau lebih cermat menghadapi keadaan.Tindak tanjuk pihak pemerintah pada kes 1998 terhadap beliau membuatkan beliau tidak mahu terperangkap dengan maianan media setiap kali Anwar membuat jawapan balas berkenaan fitnah terhadap dirinya.Selain itu juga kali ini penguam Anwar tidak membenarkan beliau membuat sebarang penjelasan yang berlebihan kerana bimbang akan setiapa kenyataan Anwar akan dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Ia adalah adalah sebagai langkah yang lebih berhati-hati dalam menghadapi badai fitnah hebat kali ke-2 ini.Mungkin Anwar mahu melindungi keselamatan saksi yang bakal ditampilkan ke makamah kerana tidak mahu sebarang ancaman berlaku terhadap saksi-saksi pihak pembelaan.

Ulasan seterusnya mengapa DSAI tidak menjelaskan secara sahih dimanakah beliau berada dan apakah yang terjadi pada tarikh dakwaan kejadian liwat tersebut memungkinkan ada sesuatu yang lebih sulit terpaksa dirahsiakan oleh Anwar kepada umum kerana ketika itu begitu heboh diwar-warkan oleh beliau tentang penubuhan kerajaan 16 September pada 2008 dengan penghijrahan ahli-ahli parlimen BN ke parti pembangkang untuk membentuk kerajaan pusat bagi menumbangkan kerajaan UMNO-BN.Anwar ketika itu dikatakan sibuk membuat rundingan dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan menyertai beliau.Oleh sebab itu kita mungkin boleh kaitkan kes liwat ini dengan isu 16 September kerana mungkin jika kes liwat ini berjalan secara tidak langsung akan isu lompat parti akan diheret sama dalam perbicaraan liwat dan beberapa dokumen-dokumen penting yang ada kaitan dengan dengan isu 16 September akan terdedah dan Anwar tentu tidak mahu mengambil risiko besar jika ada kaitannya dengan dokumen 16 September yang diwar-warkan oleh beliau.

Apapun hanya Anwar dan Saiful yang lebih mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku pada 28 Jun 2008 dan sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yang berlaku.Jika benar semua dakwaan liwat ini sememangnya fitnah yang menimpa DSAI ingatlah bahawa Allah sedang menguji dan mengangkat darjatnya sebagai hamba yang bakal menjadi pemimpin yang membawa kesejahteraan dan kebaikan kepada umat di bumi Malaysia ini. InsyaAllah./Tranungkite

PARTI ENGGAN BAYAR HUTANG MAKA FAIRUS KELUAR PARTI

Kenyataan penuh Timbalan Presiden PKR mengenai Fairus

01 Mar 2010

Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.

Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.

Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.

Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

Syed Husin Ali

Sumber: KLPost

DS ANWAR, DENGAR PESANAN KU INI

Oleh: Zukri Aksah

Saya tidak pasti apakah surat terbuka saya ini akan dibaca oleh saudara atau tidak. Putri sulung saudara, Nurul Izzah Anwar dalam satu kesempatan pertemuan di Parlimen tidak lama dahulu, ketika saya ke sana atas urusan kerja, memberitahu saya yang banyak tulisan saya yang mengkritik saudara telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap keluarga saudara. Atas sebab itu, saya tidak kecil hati jika saudara tidak mahu membaca tulisan ini.

Sebagai seorang yang tidak pernah bergelar ahli Umno, sebelum dan selepas, dahulu, kini dan selamanya, percayalah, segala apa yang disebut orang sebagai kritikan, komen atau kupasan saya tentang saudara adalah datang dari seorang kawan, bukan seorang musuh! Cuma mungkin, saya bukanlah kawan saudara seperti Zahrain Hashim ataupun Nallakarupan, saya tidak kenal saudara berpuluh tahun dan saya juga tidak kaya seperti mereka.

Saya tidak pernah terlibat dengan reformasi 1998, tetapi saya antara yang hadir dan mengisi borang keahlian bila Parti Keadilan Nasional (PKN - sekarang PKR) dilancarkan pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Pada tahun 1998, ketika saudara sedang hangat memimpin massa menggoncang pemerintahan Mahathir, yang kemudiannya popular dengan nama gerakan reformasi, saya telah ke UUM Kedah melawat junior-junior saya yang masih ada di sana. Dalam perjalanan pulang, saya telah singgah di Kulim, di rumah ayah angkat saya, Ustaz Wahab, seorang pendakwah bebas, juga ahli jawatankuasa Persatuan Ulama Negeri Pulau Pinang ketika itu. Rumahnya di Jalan Ayer Merah, berhampiran dengan Kolej Matrikulasi MARA Kulim, tempat pengajian saya sebelum ke UUM.

Dalam kesempatan pertemuan itu, Ustaz Wahab telah bercerita tentang saudara kepada saya, tentang pertemuannya dengan saudara di rumah saudara di Bukit Damansara sebelum saudara ditangkap. Bersandarkan keperibadiannya yang saya kenal, saya percaya apa yang dia percaya, iaitu saudara tidak bersalah! Bahkan Ustaz Wahab telah membawa saya melihat rumah saudara di Cherok Tokun, Bukit Mertajam, sebuah rumah tipikal orang utara, rumah kayu bertiang tinggi yang mana bahagian bawah kemudiannya diubahsuai menjadi tingkat bawah rumah, jadilah ia rumah dua tingkat, keseluruhan rumah saudara dicat warna putih.

Ustaz inilah, ayah angkat saya inilah yang membawa saya menyertai PKN @ PKR, sehinggalah saya berjaya mendaki tangga kepimpinan parti, menjadi Exco AMK selama dua penggal, sebelum saya mengambil keputusan mengucap sayonara pada bulan Julai 2007. Dahulu saya menyertai parti ketika saudara menghadapi pertuduhan liwat kali pertama, saya cukup percaya saudara dizalimi, sampai hari ini pun...

Ketika saya meninggalkan parti dahulu, saya ada mengatakan yang parti sudah rosak akidah perjuangannya, keutamaannya adalah kedudukan pemimpin-pemimpin besar tertentu dan permainan politik berkaitan dengan bagaimana mempertahankan kedudukan itu. Hari ini ia semakin menampakkan kebenarannya, pemimpin-pemimpin besar inilah, yang kebanyakannya diangkat saudara sendiri, semakin meninggalkan saudara. Tidak kiralah Zahrain Hashim, Nallakarupan dan Datuk Nasha yang hanya seminggu bersama saudara, semuanya dari air tangan saudara. Yang lain termasuklah silver frog dari Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu yang berdosa meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

Ketika saudara mengangkat Zahrain Hashim sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, semata-mata kerana dia adalah sahabat saudara puluhan tahun, tindakan saudara telah ditentang hebat oleh AMK Pulau Pinang yang ketika itu di bawah teraju Amizuddin Ahmat, tetapi saudara pertahankan keputusan saudara. Saudara lihat sekarang, Amizuddin memang seorang yang lantang dan kadang-kadang lepas cakap, tetapi dia kekal setia dengan perjuangan keadilan, sedangkan yang kononnya "sahabat 30 tahun" saudara itu, Zahrain Hashim meninggalkan saudara setelah berjaya mendapat gelaran Datuk Seri, tentulah harganya menjadi semakin mahal sekarang ini.

Atas kerisauan yang sama, walaupun telah meninggalkan PKR ketika itu, saya menulis mempersoalkan tindakan saudara melantik Datuk Fauzi Abd Rahman sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pahang (sekarang Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang). Sumpah, saya menulis itu bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan Datuk Fauzi, bahkan anaknya adalah rakan baik saya. Saya cuma prihatin dan bimbang, kata orang tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat bermain! Saya bimbang dengan bekas elit Umno yang biasa dengan kemewahan, yang biasa dengan kereta menjalar, rumah dan pejabat besar, apakah mereka betah untuk kehilangannya? Apakah pula cita-cita mereka, adakah hanya kerana "sahabat" Anwar seperti Zahrain dan Nallakarupan tadi?

Dalam tulisan Sayonara saya dahulu, saya turut mengatakan yang agenda rakyat sudah terkebelakang, isu rasuah tinggal sebagai rencah ceramah, bukan lagi berupa gerakan penentangan, reformasi tercicir di dalam peraturan tetap Angkatan Muda sekadar hiasan slogan. Ketika itu ada kalangan angkatan muda yang pernah bersama saya mempersoalkan hujah saya ini. Hari ini, kalaupun tidak sepenuhnya, sebahagiannya telah terbukti betul. Orang-orang seperti Zahrainlah, seperti Nallakarupan, seperti Jamaluddin dan Osman Jailu yang ucapannya berdegar-degar, kononnya bercakap soal perjuangan telah membenarkan apa yang saya tulis. Tiada gerakan penentangan di bawah pimpinan mereka yang boleh disenaraikan, bahkan yang bercakap berdegar-degar inilah yang akhirnya menjadi petualang perjuangan.

Ramai orang menelah, terutama dari kalangan Umno, Ezam adalah trojan horse ketika dia mengambil keputusan menyertai Umno. Namun apa yang jelas hari ini, trojan horse ini lebih ramai di dalam PKR, seperti Zahrain, seperti Jamaluddin, seperti Osman Jailu, dan mungkin juga seperti Zulkifli Noordin. Kebanyakan yang menjadi trojan horse di dalam PKR ini pula adalah "orang pilihan" saudara.

Ada juga cerita tentang "orang pilihan" saudara ini dalam PKR Pahang. Umum mengetahui wujudnya krisis kepimpinan di sini, terutama di antara Datuk Fauzi dengan Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orang bertanya saya, siapa cantas siapa ini? Saya kata susah mahu cakap, sebab dua-dua "orang Anwar."

Dalam keadaan PKR sedang berhadapan dengan krisis kesetiaan yang teruk inilah, saudara dihadapkan pula dengan kes pertuduhan liwat versi kedua. Orang yang menuduh saudara namanya Saiful Bukhari Azlan, nama yang saya tidak pernah jumpa ketika masih aktif dalam AMK dahulu. Saya tertanya-tanya, berdasarkan latar belakangnya, mengapakah dia yang saudara pilih untuk bekerja dengan saudara, sedangkan AMK dari seluruh negara mempunyai ribuan calon yang berkelayakan, bahkan ramai dari mereka sanggup bersukarela tanpa dibayar sesen pun, asal sahaja makan minum mereka terjaga.

Masalah ini belum lagi dicampur dengan krisis dalaman parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain seperti PAS yang masih belum kebah dari dihantui dengan pertembungan kumpulan pro perpaduan dan pro pakatan. Saya faham dalam hal parti lain, saudara hanya mampu memberi nasihat dan pandangan, bukan memberi arahan. Bagi saya, ia sudah satu kejayaan besar jika saudara mampu menyelesaikan masalah pertuduhan liwat kali kedua ini dan paling penting, masalah dalaman PKR yang belum berubat itu.

Untuk kali kedua inipun, saya tetap percayakan kata-kata ayah angkat saya dahulu, yang saudara tidak bersalah dan dizalimi. Saya meninggalkan parti dahulu bukan kerana saya percaya apa yang Ezam percaya, tetapi kerana saya cemuih (kata orang utara) dengan politiking dalaman parti, lebih dari itu saya tidak nampak aura perjuangan di wajah bekas-bekas elit Umno yang saudara angkat sebagai pemimpin PKR, sepertimana saya sudah tidak percayakan Ruslan Kassim bila saya bersalam dengannya ketika dia menjadi calon dalam Pilihanraya Kecil Teluk Kemang lama dahulu, dia bersalam tidak melihat muka orang! Yang saya nampak adalah mata yang mengintai peluang kekuasaan, pangkat dan kedudukan, mata yang sedang mabuk kepayang.

Atas sebab karamah insaniyah, apakah sekali lagi saya harus bangkit membela saudara? Saudara sendiri lihat, yang tidak ramai lagi reformis yang mengikuti perbicaraan saudara yang kali kedua ini. Saya yakin, mereka juga seperti saya, masih percaya yang saudara tidak bersalah dan dizalimi, soalnya ke mana mereka? Saya rasa sebelum terlambat, saudara mesti berbuat sesuatu.

Saya berani mengatakan yang kesalahan saudara adalah kerana saudara tidak mencuba untuk berkenalan dengan mereka, mendalami kelebihan dan pemikiran mereka. Mereka mungkin bukan "sahabat" saudara puluhan tahun, mereka juga mungkin bukan teman bermain tenis saudara, mereka bukan dari kalangan saudagar kaya-raya. Mereka sudah tentu tidak mampu menyumbang harta-benda, tetapi percayalah, mereka adalah pejuang paling setia. Walaupun hari ini mereka tidak lagi menghurungi mahkamah setiap kali perbicaraan saudara berlangsung, tetapi dari jauh mereka tetap menyokong dan berdoa untuk saudara. Mulai sekarang, saudara sudah patut memulakan langkah baru, membina persahabatan baru, dengan anak-anak muda yang tidak pandai berbatik dan berkot ini, di sebalik ini, kebanyakan dari mereka sebenarnya berpendidikan tinggi.

Dari segi ini, penghormatan saya jauh lebih besar terhadap Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri saudara, berbanding dengan saudara sendiri. Wan Azizah benar-benar membawa sosok pejuang dari kaum ibu. Sewaktu saudara masih di dalam penjara, saya banyak kali singgah di rumah saudara di Bukit Damansara dan berceramah di sana. Dia seorang ibu sejati, cuba mengenali, cuba memahami, cuba mengambil tahu, siapa anak muda yang tiba-tiba muncul di sekeliling perjuangan ini. Bahkan saya sampai menyimpulkan yang sokongan terhadap saudara tidak pernah surut ketika itu walaupun saudara merengkok di Sungai Buloh adalah kerana tarikan sikap keibuan Wan Azizah (entah kebetulan entah tidak, nama ibu saya juga Azizah).

Sekali lagi perlu saya tegaskan, saya tidak pernah membenci, tidak pernah memusuhi saudara. Biasalah bila orang muda menegur, bahasanya panas dan pedas. Di sebalik itu, sampai hari ini saya masih tetap mendoakan kerahmatan hidup saudara sekeluarga.

Isnin, 1 Mac 2010

MEREKA INI LAPAR DAN PR TIDAK MAMPU BERI MEREKA MAKAN?

3 wajah manusia yang `lapar'
Tan Tee Beng, Zahrain dan Fairus

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara agaknya?. Seorang demi seorang pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Bermula dengan Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Lepas kemudian Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti, Fairus Khairuddin. Terkini, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pula berbuat demikian. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim pula kemudiannya mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.

Sesuatu yang agak memusykilkan kita ialah kesemua mereka yang berbuat demikian adalah dari negeri Pulau Pinang, yang sudah begitu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya sekarang, apakah tindakan berkenaan sebagai langkah untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar telah hilang "taringnya". Lantaran itulah pemimpin terbabit bertindak meninggalkan PKR secara berturut-turut sekarang ini. Alasan yang diberikan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng ialah mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kononnya Guan Eng gagal membela nasib kaum Melayu di pulau itu. Kenyataan itu dinafikan oleh Anwar, malahan Guan Eng sendiri kemudian mendedahkan beberapa perkara yang menyebabkan pemimpin terbabit nekad meninggalkan PKR. Semua ini sebenarnya boleh membuatkan Pakatan Rakyat hilang serinya. Tindakan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, jelas sekali satu perbuatan khianat yang tidak wajar untuk dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

Wajarkah tindakan keluar parti dilakukan sekarang ini dikatakan tanpa desakan dan tawaran oleh "petualang" terbabit?. Zahrain dan Tan Tee Beng, selaku wakil rakyat yang masih memegang jawatan itu mengatakan mereka keluar parti secara sukarela tanpa ada apa-apa tawaran daripada UMNO Barisan Nasional. Namun, bolehkah kita mempercayai kata-kata "melaun" ini?. Keluar parti dan tidak dapat apa-apa adalah sesuatu yang amat melucukan. Tambahan pula jika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat. Jika parti itu berada dalam Barisan Nasional, mungkin juga tawaran tidak berlaku. Ini kerana, seseorang yang keluar dari "lubuk duit" dan kembali kepada rakyat sudah tentu tidak akan mendapat apa-apa habuan. Namun, sebaliknya jika seseorang yang datang dari rakyat tiba-tiba bersekongkol untuk menjadi wakil rakyat bebas "walhal menyokong BN seperti tiga ADUN di Perak dulu", boleh mengatakan mereka tidak menerima apa-apa habuan?.

Zahrain dan Tan boleh menipu diri sendiri, tetapi mereka belum tentu boleh menipu rakyat sebenarnya. Rakyat lebih bijak menilai apa yang berlaku. Kita tidak hairan, jika Fairus berbuat demikian kerana beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam PKR. Maka, itu adalah keputusan peribadinya kerana memikirkan tiada langsung masa depan akibat projek yang dihalang oleh pentadbiran kerajaan negeri. Malah fairus dilihat lebih bijak kerana bertindak menyertai UMNO secara rasmi. Ini bermakna beliau berani untuk membuat tindakan tersebut. Namun bagi Zahrain dan Tan, keluarnya mereka berdua seolan-olah merupakan satu pembersihan dalam Parti Keadilan Rakyat itu sendiri. Mereka pergi membawa diri sendiri dan bukannya rakyat. Oleh itu, tunggulah kemarahan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Apakah mereka berdua ini akan terpilih sebagai calon bebas atau BN?. Rakyat yang akan menjadi hakim untuk memastikan riwayat politik "petualang rakyat" ini terkubur akibat kesilapan mereka. Apakah mata mereka sudah dibutakan agaknya dari melihat kebenaran?.

Seluruh dunia tahu bahawa Pakatan Rakyat kini semakin sebati di hati rakyat. UMNO Barisan Nasional hanya layak digelar "Juara Rakyat" tetapi hakikatnya, mereka hanya "syok sendiri". Laungan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" oleh Perdana Menteri, Najib Razak jelas dilihat gagal untuk menutup kepincangan, kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran beliau mutakhir ini. Malah, isu-isu seperti kes fitnah liwat Anwar, kes Altantunya, kes kehilangan enjin pesawat pejuang ATM, komisyen kapal selam scorpene dan jet sukhoi serta banyak lagi isu-isu panas yang dikatakan melibatkan Najib Razak dilihat gagal menyakinkan rakyat. Biarpun ada kes-kes tertentu, mahkamah dijadikan alat dan perkakas untuk mereka "menghalalkan cara", namun realitinya rakyat semakin muak dan jelek melihat kelibat Najib 1Malaysia memerintah negara ini.

Dasar yang jauh menyimpang dan jelas menipu rakyat itu sebenarnya berjaya membuang hasrat rakyat untuk menyokong UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka hanya mengharapkan "Ehsan Sabah dan Sarawak" untuk memastikan kerajaan yang ada dikekalkan. Jika tidak, sudah lama BN "terkubur" dan "dikapankan". Masyarakat antarabangsa juga mula melihat kes liwat yang melibatkan Anwar juga kini jelas satu penindasan terhadap Mantan TPM itu. Malah, saban hari sokongan terhadap Anwar semakin meningkat, bukan sahaja oleh dunia barat malah pemimpin dan ulamak dari negara Islam sendiri. Inilah yang menakutkan rejim Najib Razak sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah membuktikan kepada dunia bahawa sokongan terhadap Anwar semakin menurun. Bagi mengesahkan senario itu, maka wakil rakyat PKR dengan mudah diajak keluar parti kononnya kecewa dengan corak kepimpinan Anwar itu sendiri. Wajarkan kita percaya dengan apa yang berlaku ini?. Semakin Anwar dibenci, maka semakin ramai manusia diluar sana menyokong beliau. Terbuktilah kini, kerajaan Najib terdesak untuk menimbulkan isu sebenarnya. Maka, langkah terbaik ialah menarik seberapa ramai pemimpin PKR untuk menjadi bebas "atas kertas". Padahal mereka semua itu sebenarnya sudah kembali berkiblatkan parti karat "UMNO BN" dulu, kini dan selamanya.

[Rakyat di seluruh negara diminta bersabar melihat apa yang berlaku ini. Mereka yang keluar itu membawa diri masing-masing sebenarnya. Lainlah jika pemimpin terbabit membawa bersama mereka beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah dia taktik kotor yang dimainkan oleh pemimpin yang sudah terdesak bagi meraih sokongan dan simpati rakyat. Apapun, rakyat perlu ingat bahawa keluarnya ketiga-tiga pemimpin itu dan yang lainnya adalah sikap individu itu sendiri. Sedangkan, dalam pilihanraya bukan mereka yang akan membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, rakyat yang akan memangkah di kertas undi. Oleh itu, keluarnya "mangkuk hayun" terbabit sedikit pun tidak menjejaskan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Samalah dengan kemasukan Ezam Md Noor ke dalam UMNO yang kononnya akan menyebabkan PKR hilang sokongan rakyat. Namun, apa yang terjadi dalam piliharaya umum ke-12 yang lalu. Jangankan Ezam yang langsung tidak terpilih sebagai calon sebelum itu, malah UMNO BN juga hampir tumbang dibuat dek gelombang tsunami suara rakyat. Inilah yang kita mahukan sebenarnya daripada mempertahankan beberapa kerat pemimpin yang kemaruk untuk mengumpul harta dan khianat kepada perjuangan itu].

Sumber: Pahang Daily

KISAH MENTERI YANG KURANG AJAR DI KELANTAN

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 1 Mac: “Kami telah berbincang dan bersetuju memberi penghormatan kepada Menteri Besar bagi melepaskan pelumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) seperti tahun-tahun lepas. Namun malangnya ada sabotaj di saat-saat akhir apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula diminta penganjur melepaskan peserta, sedangkan Menteri Besar ada pada majlis berkenaan,” kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood.

Menurutnya, tindakan pihak penganjur itu secara jelas telah memperlekehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri.

“Sedangkan sejak peringkat awal lagi perlumbaan LTdL diadakan kita memberi segala kerjasama sebaik mungkin,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Upacara pelepasan pelumba ke Kuala Berang, Terengganu diadakan di Dataran Rehal pagi tadi.

Dan tengah hari semalam, Menteri Besar hadir pada program pengenalan pasukan bertanding yang diadakan di sebuah hotel.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri telah memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.

Malah katanya, persetujuan telah dicapai di mana acara pelepasan dilakukan Menteri Besar, namun apa yang berlaku pagi tadi begitu mendukacitakan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur bagi menyatakan kekesalan terhadap insiden terbabit.

LTdL tahun ini buat pertama kali dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 km bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.

LTdL 2010 menjadikan Kelantan sebagai tempat pelepasan pertama peserta bagi memulakan cabaran Kota Bharu ke Kuala Berang sejauh 174.5 km.

Abdul Fattah juga mendakwa tindakan Awang Adek dianggap biadap kerana semasa ketibaan Menteri Besar beliau tidak bangun, sedangkan VIP menghormati kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz./Harakahdaily

Biar Rakyat Nilai Tindakan Fairus, Tan Tee Beng - Lim

01 Mac, 2010

PULAU PINANG, 1 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta penduduk Pulau Pinang menilai sendiri tindakan Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Mohammad Fairus itu.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata tindakan kedua-dua anggota PKR itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita akan terus berkhidmat dengan mandat yang diberikan kepada kita dan kita tidak akan terganggu dengan perkara itu," katanya.

Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno manakala Tan, yang mengumumkan keluar parti itu pagi ini, akan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tan memberi alasan bahawa tindakannya itu disebabkan beliau kecewa dengan PKR yang tunduk kepada kepimpinan Lim yang dianggap seperti diktator manakala Mohammad Fairus berkata beliau telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR kerana gagal memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

-- BERNAMA

EZAM TUDUH ANWAR PERGUNAKAN PAS DAN SYEIKH YUSOF QARDHAWI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

Akhbar Sinar hari ini telah melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang terus mempersoalkan tentang kredibiliti DS Anwar dan juga PAS, terutamanya Tuan Guru Nik Aziz. Beliau berkata demikian selepas program ceramah royalti minyak di Bachok, Kelantan. Meski pun ceramah tersebut merupakan program penerangan anjuran Umno tentang royalti minyak, namun seperti yang berkali-kali saya perkatakan bahawa Ezam raja sesumpah ini tidak akan senang hatinya jika tidak menfitnah DS Anwar. Begitulah perangai budak muda ini yang telah meletakkan dirinya setaraf dengan `pencacai dan pelacur murahan' Umno.

Kita akan menghormati Ezam sekiranya beliau berupaya memberikan fakta atau bukti terhadap apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar dan juga PAS. Tetapi, sehingga kini Ezam hanya pandai menyalak umpama anjing kelaparan. Setiap tuduhannya terhadap DS Anwar hanya lahir dari mulut busuknya semata-mata dengan andaiannya yang lahir dari jiwa yang kotor. Beliau berkata DS Anwar hanya ingin memperalatkan PAS untuk membela dirinya dari tuduhan liwat. Tidakkah beliau tahu bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan juga Presiden PAS bukan pemimpin seperti Umno yang buta hati dan jahil itu. PAS mempunyai kepimpinan yang kebanyakannya bertaraf Ulamak dan mereka tahu apa yang Islam ajar dengan tuduhan liwat ke atas DS Anwar itu.

Sewaktu DS Anwar dipecat serta diaibkan dengan fitnah liwat yang pertama dahulu, Almarhum Us Fadzil Noor yang menjadi Presiden PAS ketika itu adalah orang pertama yang menemui DS Anwar di rumahnya. Bukan DS Anwar yang memohon simpati kepada beliau, sebaliknya Presiden PAS sendiri hadir untuk menunjukkan bahawa PAS tetap menentang kezaliman ke atas sesiapa pun hatta DS Anwar ketika itu adalah bekas Timbalan Presiden Umno. Ini hujah untuk menunjukkan bahawa DS Anwar tidak pernah memperalatkan PAS di atas fitnah yang menimpanya. Fitnah bodoh terhadap DS Anwar ini bukan sahaja mendapat simpati PAS, tetapi juga seluruh Ulamak Muktabar Dunia seperti Syeikh Yusof Qardhawi dan kebanyakan Ulamak Fekah Dunia. Mengapa Ezam raja sesumpah ini tidak menuduh DS Anwar ingin memperalatkan Ulamak terkenal dunia itu? Ini menunjukkan betapa busuk hati dan jiwa Ezam raja sesumpah yang tidak pernah senang apabila melihat DS Anwar tidak difitnah. Inilah manusia yang paling keparat dan hina sekali setelah beliau mengkhianati rakyat yang menyokongnya sebelum ini.

Ezam juga seolah-olah kagum dengan DS Anwar yang berjaya menyatukan PAS dengan DAP. Sememangnya Umno tidak akan senang dengan hubungan rapat PAS dengan DAP kerana apabila kedua-dua parti ini bekerjasama, Bn pasti akan berkubur dengan cepat. Ini terbukti di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Oleh kerana Ezam raja sesumpah telah menganut fahaman Umno yang sekular itu, maka tidak hairanlah Ezam juga akan sakit hati apabila PAS berbaik dengan DAP. Ezam tidak perlu berhujah dengan isu Negara Islam semata-mata untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat kerana jika benar Ezam juga mahukan Negara Islam, mengapa Ezam memilih Umno yang beliau sendiri tahu Umno tidak pernah inginkan Negara Islam bahkan menentangnya? Ini satu bukti menunjukkan Ezam tidak pernah ikhlas terhadap agama yang dianutinya.

Ezam mesti buktikan DS Anwar pernah meminta PAS atau memaksa PAS untuk menggugurkan matlamat Negara Islam di dalam penyatuan PAS dan DAP. Apakah Ezam fikir jika PAS bersatu dengan Umno, matlamat Negara Islam akan tercapai? Mustahil akan tercapai, usahkan Negara Islam, isu rasuah pun Umno gagal mengatasinya kerana pemimpin-pemimpin Umno dipenuhi oleh golongan perasuah. Umno sendiri berkata bahawa Ketua Pemudanya terlibat rasuah termasuk juga KM Melaka sekarang. Bukti lain ? Ezam ada bukti kerana Ezam sendiri pernah pikul kotak-kotak rasuah pemimpin Umno berkenaan. Penyatuan PAS dengan DAP juga PKR lebih baik jika dibandingkan dengan penyatuan Umno bersama Bn.

Ceramah Ezam bersama beberapa pemimpin Umno di Bachok ternyata gagal untuk meyakinkan rakyat Kelantan bahawa Umno itu lebih baik daripada PAS. Gagal juga untuk meyakinkan bahawa Umno sebenarnya tidak menipu rakyat Kelantan dalam isu royalti ini. Oleh sebab itulah, rakyat Kelantan tidak lagi berselera untuk hadir di dalam mana-mana ceramah oleh Umno seperti yang telah dibuktikan di Bachok. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 28 Februari 2010

KU LI BAKAL DIPECAT ?

Royalti: Ahli MT mahu Ku Li dikenakan tindakan
Feb 28, 10
Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Umno perlu mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana didakwanya bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.

Mohd Puad, yang juga timbalan menteri pelajaran dan Ketua Umno bahagian Batu Pahat berkata, walaupun Tengku Razaleigh merupakan bekas "orang besar" dalam Umno, tetapi ia tidak bermakna beliau perlu diberikan sebarang layanan istimewa.

"Umno perlu mengambil tindakan terhadap Tengku Razaleigh. Beliau tidak sepatutnya diberikan sebarang layanan istimewa walaupun beliau pernah menjadi orang besar di dalam Umno suatu ketika dahulu," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tengku Razaleigh bekerjasama serta terlibat di dalam siri ceramah anjuran parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.

Majlis Tertinggi Umno, dalam mesyuaratnya minggu ini, menyerahkan kepada anggotanya untuk menentukan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap Tengku Razaleigh.

Menurut Mohd Puad, Tengku Razaleigh sememangnya sengaja menggunakan platform parti pembangkang di dalam isu royalti minyak Kelantan kerana mahu memaksa Umno mengambil tindakan terhadapnya dan seterusnya menjadi hero di dalam isu itu.

"Tujuan beliau (terlibat dalam siri ceramah pembangkang) itu adalah untuk mencabar parti (Umno) mengambil tindakan terhadap dan membolehkannya menjadi hero, " katanya.

Mohd Puad berkata pandangan Tengku Razaleigh tentang isu royalti minyak Kelantan ketika ini juga adalah tidak konsisten dan berlainan sebagaimana ketika beliau menjadi menteri kewangan suatu ketika
dahulu.

Mengenai tindakan Tengku Razaleigh yang mahu mengadakan siri ceramah tentang isu itu, beliau berkata, Umno tidak perlu berasa bimbang kerana wakil rakyat Gua Musang itu tidak mempunyai pengaruh yang besar, sebaliknya terpaksa bergantung kepada parti pembangkang.

- Bernama