Selasa, 11 Januari 2011

BUAT RAKAN BLOGGER, JANGAN BERHENTI DAN BOSAN MENULIS

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT nasihatku buat seorang rakan Blogger yang ku minati tulisannya. Beliau bukan penulis setaraf penulis seperti Mohd Sayuti Omar, Syed Hussin Al-Attas, Us Subki Latif, Termizi Md Jam atau beberapa penulis politik terkenal yang lain, tetapi penulisannya jauh lebih baik dari Awang Selamat Utusan Meloya tu.

Tidak manis untuk aku sebutkan namanya di sini kerana itu amanahnya pada aku. Macam Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj Hadi yang amanah terhadap perjumpaan beliau di Istana baru-baru ini. Rakan Blogger aku ini seperti mengeluh menyuarakan hasratnya untuk berehat dari menulis. Aku tidak pasti samada beliau akan berehat sebentar atau berehat untuk selamanya. Daripada apa yang beliau sebut, seolah-olah blognya akan ditutup terus, Wallahu Aklam.

Aku meminati tulisannya kerana beliau seorang yang peka terhadap sebarang `sentuhan, kritikan, serangan mahupun apa jua pandangan orang lain terhadap pemimpin dan jemaah partinya. Beliau seolah-olah menjadi jurucakap atau tukang jawab bagi pemimpin parti. Beliau ada mengeluh terpaksa berbuat demikian kerana terdapatnya pemimpin di dalam partinya agak lembab untuk bertindak apabila melihat sesuatu yang tidak betul diperkatakan terhadap parti bahkan pemimpin itu sendiri.

Ini yang aku hormat padanya. Aku sendiri kerap mendapat `serangan' dari beliau apabila tulisan aku dianggap tidak betul atau mengelirukan. Bagi aku, lebih baik banyak menerima kritikan daripada menerima pujian kerana kita boleh belajar banyak perkara. Tetapi kritikan dan teguran itu biarlah ikhlas untuk memperbaiki sesama kita. Bukan serang membabi buta, maki hamun, anggap orang lain sebagai penulis upahan, melabelkan seseorang dengan anjing sehingga sanggup pamirkan foto orang lain ke dalam blog semata-mata ingin melepaskan dendam. Ada penulis blog yang berperangai begitu yang tidak berani berhujah. Tetapi, rakan aku ini tidak bersikap sedemikian cuma kadangkala agak `panas' juga tulisannya kerana mengikut rentak yang dimainkan.

Aku mengharapkan agar rakan aku ini terus menulis dan memeriahkan lagi media alternatif yang kita semua tahu ini lah senjata PR bagi menghadapi musuh. Jika diguna dengan betul senjata tidak akan makan tuan, tetapi jika sebaliknya kita seperti memberikan senjata kepada pihak musuh. Ada ketikanya kita hanya mampu menulis untuk menyemarakkan perjuangan kita bersama. Semoga rakan ku itu berfikir kembali..../wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. bagaimana mohd sayuti omar(mso) berjaya dengan banyak isue:
    "kami" tak pertikai kebolihan MSO ni dari aspek penglibatan dia dalam pemulisan dan cari berita.tapi ada satu amalan dia yang patut didedah disini yang banyak orang tak tau.
    JANGAN SEKALI KALI HAMPA LAKUKAN KOMEN DALAM MANA MANA BLOG DIA KALAU KOMEN ITU MENUNJUKAN HAMPA LEBIH TAU DARI DIA.KOMEM ITU AKAN DISIMPAN DAN AKHIRNYA AKAN KELUAR SEMULA SEBAGAI IDEA PENULISANNYA.ini manusia yang anggap dia saja yang tau.

    BalasPadam