Isnin, 10 Januari 2011

PRESIDEN PAS TETAP MENOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO, MAKA HENTIKAN PRASANGKA TIDAK BAIK

Oleh: WFAUZDIN NS

APA lagi yang mahu kita dengar dari mulut Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz? Kedua-dua mereka telah memberi ikrar bahawa PAS di dalam keadaan susah dan senang tetap akan bersama dengan PR. Inilah yang ditegaskan oleh pimpinan utama PAS di hadapan lebih kurang 30 ribu rakyat di Stadium Melawati, Selangor malam tadi. Baca di sini.

Justeru itu, jangan lagi ada yang mencuba untuk `melanggar Hj Hadi' bagi menimbulkan persepsi atau salah faham di kalangan kita. Tidak perlu `dilanggar', Presiden PAS memberikan jaminan ini. Jaminannya bahawa PAS tetap akan bersama PR tetapi bukan jaminan PAS tidak boleh bertemu muka dengan Umno. Ada beza di situ.

Apa salahnya pemimpin PAS bertemu muka dengan pemimpin Umno? DS Anwar juga kerap kali berbincang dan bertemu muka dengan pimpinan Umno di Parlimen. Masakan kita mahu pimpinan kita menjadi `katak di bawah tempurung'. Mungkin benar sejarah lalu sedikit sebanyak meragukan kita untuk menerima jaminan ini, tetapi sampai bila kita ingin meraguinya? PAS terbukti berdisiplin, sebab itulah jika ada sebarang usaha ke arah yang kita khuatir berlaku seperti Kerajaan Perpaduan Umno-PAS itu pastinya akan gagal kerana disiplin PAS yang berjaya mengawal parti tersebut. Kuatnya disiplin PAS ini mendapat pujian daripada YB Karpal Singh seorang tokoh berpengaruh di dalam DAP.

Usahlah kita bersusah payah untuk menyelami sampai ke dalam hati dan niat pemimpin PAS ini. Ketahuilah, kebanyakan was-was atau keraguan itu adalah permainan Syaitan, maka jauhilah sifat sedemikian. Oleh yang demikian, lebih baik bagi kita bersangka baik dan menyerahkan Nawaitu setiap pemimpin kita kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Tugas kita, tentukan bahawa Umno dapat dihancurkan seberapa segera. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. wfaudin,bikinlah seperti cakap.
    aku tengok hang ni suruh orang behenti cakap,tapi hang sendiri kadang kadang bawa untuk orang bercakap.
    bukan setakat melibatkan TGHA ,malah ada kes yang sepatutnya dah tutup,hang buka balik.

    BalasPadam
  2. Slm...TKasih kerana sudi beri komen. Tolong bgtahu saya apa yg tak betul dlm tulisan saya di atas? Wslm...

    BalasPadam