Rabu, 26 Januari 2011

HATI-HATI LANTIK DATUK KHUSRIN, JANGAN KITA MENYESAL NANTI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN Kerajaan PR Selangor bersedia untuk menerima Datuk Khusrin sebagai SUK dan mungkin membenarkan beliau mengangkat Sumpah menyimpan rahsia. Namun, MB Selangor menyebut bahawa perkara ini akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco terlebih dahulu. Baca di sini.

Mungkin MB Selangor sudah berfikir banyak kali untuk mengambil keputusan yang amat `pahit' ini. Jika membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali sebelum ini, beliau berkata untuk dirinya tiada masalah berurusan dengan Datuk Khusrin kerana beliau ada pengalaman bekerja dengannya. Adakah ini sedikit sebanyak memujuk ketegasan MB Selangor agar menerima SUK yang beliau sendiri `tiada selera'?

Apa pun terserahlah kepada bijak pandai di kalangan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil keputusan nanti. Kita telah `gagal' di dalam usul pindaan perlembagaan baru-baru ini dan adakah kita harus terus menerima `kegagalan' kali kedua dengan isu SUK ini? Sedih rasanya bila membayangkan kita menjadi Kerajaan memerintah, tetapi seolah-olah tidak `memerintah'. Rakyat telah bersama kita, yang tidak bersama kita adalah di luar sana. Mengapa perlu kita menoleh ke luar sana?

Memang sukar bagi MB Selangor dan para Exconya untuk menerima `kegagalan' kali kedua ini. Namun, apa pilihan yang mereka ada? Jika akhirnya kita terpaksa `tunduk' lagi, maka ribuan tahniah diucapkan kepada Datuk Khusrin dan bosnya di luar sana. Cuma mahu kita berpesan, jangan suatu hari kita mernyesal dan ianya tidak berguna lagi. Mungkin DS Nizar ada jawapannya.,/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan