Selasa, 25 Januari 2011

MENGAPA KECOH DI MERLIMAU ? SELESAIKAN DULU MUSUH DI TENANG


Oleh: WFAUZDIN NS

TUMPUAN sekarang adalah ingin menumbangkan Umno di PRK Dun Tenang. Meskipun selepas ini terdapat satu lagi PRK iaitu di Dun Merlimau, Melaka dan kemungkinan menanti pula di Dun Pelabuhan Kelang, namun PR ketika ini tertumpu di Tenang.

Sehingga kini, tiada pimpinan di dalam PR menyebut parti manakah yang bakal menggalas harapan PR di PRK Dun Merlimau nanti. Mengikut persefahaman yang dibentuk, jika sewaktu PRU Ke 12 yang lalu kerusi Dun Merlimau ditandingi oleh calon dari PAS, maka ini bererti kerusi itu layak diserahkan kepada PAS. Persefahaman ini amat baik dikekalkan sehingga menjelang PRU Ke 13 nanti.

Persefahaman inilah yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi agar calon PAS diletakkan di situ. Berbeza pula dengan kenyataan dari AMK Melaka yang dikatakan mahu agar kerusi tersebut diberikan kepada PKR atas faktor tertentu. Ini disokong oleh Ketua AMK, khabarnya. Baca ulasan PahangDaily di sini.

Saya merasakan lebih baik dan bijak jika kerusi tersebut diserahkan kepada PAS mengikut persefahaman yang dipersetujui. PKR tidak perlu tamak, kerana sifat tamak selalu membawa kepada kerugian. Doakan saja nanti di Dun Pelabuhan Kelang akan diadakan PRK, dan pada waktu itu PKR pula akan diberi peluang kerana kerusi tersebut ditandingi oleh calon dari PKR walaupun akhirnya calon ini bertukar menjadi `katak sakit' sekarang.

Apa pun, lupakan seketika Merlimau dan mari kita tumpukan ke Tenang. Ketika ini calon kita Cikgu Mala diserang dari berbagai sudut. Maruah Islam di Tenang sedang dicabar oleh MCA, Gerakan mahu pun oleh sekutu Apco. Kita diserang juga melalui media haprak kawalan mereka dengan berbagai dakyah yang kotor. Mudah-mudahan `tangan' wanita ini akan menggoncang Tenang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan