Selasa, 25 Januari 2011

PKR - ANTARA MUSTAFA KAMIL, CHEGU BARD DAN GOBALA

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR telah menunjukkan kematangannya dan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keadilan dan ketelusan di dalam menguruskan parti. Ini terbukti apabila Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub tetap diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Tindakan PKR ini menunjukkan adanya langkah atau respon terhadap beberapa aduan yang diterima, dan diharapkan tindakan tegas seperti ini perlulah berterusan tanpa mengira sesiapa. Sebelum ini terdapat beberapa Cabang yang diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula akibat terdapatnya bukti berlaku salah laku atau menyalahi peraturan mesyuarat.

Difahamkan masih terdapat beberapa aduan lagi yang belum diketahui statusnya. Ini termasuk aduan yang seringkali dipersoalkan oleh penyokong-penyokong Chegu Bard . Tempoh yang dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR untuk menyelesaikan perkara ini nampaknya tersasar tetapi kita harus memberikan lebih banyak masa kepada beliau asalkan hasilnya nanti memberi keadilan kepada semua. Kepada SUA pula, laksanakanlah amanah tersebut dengan jujur dan ikhlas. Jangan ragu untuk membuat keputusan walaupun dilihat tidak popular.

Berbalik kepada isu Sdr Mustafa Kamil, PKR mestilah mengadilinya dengan betul. Jika terbukti beliau bersalah sekali pun, saya merasakan kesalahannya tidak seberat kesalahan dan pengkhianatan yang dibuat oleh YB Gobala. YB Gobala sehingga kini berterusan menyerang pimpinan parti dan menunjukkan gelojohnya untuk dipecat dari PKR. PKR haruslah memecat YB Gobala segera kerana keangkuhannya itu.

Buat Chegu Bard pula, ada ketikanya kita terpaksa terlalu banyak mengalah dengan parti demi parti juga. Apa yang penting, prinsip harus dipertahankan dan bijak memilih saat dan waktu untuk bertindak. Saya percaya, parti tidak berniat untuk menyapu kesemua masalah di bawah `karpet' kerana di dalam PKR kita mempunyai ramai pimpinan yang berani menegur parti tidak seperti Umno. Satu kesilapan besar jika parti berbuat demikian./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan